Telemovie Pok Ya Cong Codei yang ditayangkan pada 20 Januari yang lepas di Astro Citra 131 dan Mustika HD 134 mendapat sambutan hangat dalam kalangan penonton. Gelagat yang bersahaja dengan loghat negeri kelantan berjaya mencuit hati para penonton.

Nama Hotel Concorde yang disebut oleh watak Pak Ya sebagai ‘Cong Codei’ menjadi buah mulut penonton sehingga menimbulkan isu di pihak hotel tersebut. Penerbit Telemovie Pok Ya Cong Codei, Balang Rimbun Sdn. Bhd. telah meminta maaf dalam satu kenyataan media semalam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Syahid Johan selaku pengarah syarikat tersebut, pihaknya meminta maaf di atas penggunaan nama dan imej Hotel Concorde Shah Alam tersebut dalam telemovie itu. Penggunaan nama ‘Cong Codei’ bagaimanapun telah memberikan kesan negatif kepada pihak hotel tersebut.

Balang Rimbun memohon agar para penonton untuk berhenti menyamakan ‘Cong Codei’ dengan nama sebenar hotel Concorde.