Industri penerbitan buku di Malaysia berkembang pesat sejak kehadiran rumah penerbitan alternatif mula meneroka pasaran secara serius seawal tahun 2007. Kehadiran rumah-rumah penerbitan alternatif ini memberi pilihan yang pelbagai kepada para pembaca yang mahukan kelainan dalam sesebuah buku.

Berikut senarai 7 Rumah Penerbitan Alternatif yang utama di Malaysia;

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

lejen press

Lejen Press

  • Bermula pada tahun 2011, saudara Aisa Linglung memulakan penerbitan alternatif Lejen Press dengan buku Sperma Cinta yang juga dikarang oleh beliau.
  • Berpusat di SS15 Subang Jaya, Lejen Press adalah syarikat penerbitan yang gemar pada novel-novel thriller dan eksistensialisme.
  • Turut mempunyai kedai menjual buku-buku alternatif iaitu I AM LEJEN di SS15.
  • Buku hits: Awek Chuck Taylor, Dendam Anak Jagoan
  • Layari www.lejen.my untuk maklumat lanjut.

terfaktab

Terfaktab Media

  • Rumah penerbitan ini bermula sebagai kumpulan penulisan blog pada 2010 dan secara rasmi menjadi rumah penerbitan pada tahun 2012.
  • Didukung oleh saudara Alexia Aqram, rumah penerbitan ini lebih menumpukan pada buku-buku bercorak kemanusiaan dan sentimental untuk para pembacanya.
  • Merupakan rumah penerbitan yang mempunyai bilangan pengikut Twitter (@terfaktab) terbanyak di Malaysia iaitu kira-kira 60 ribu pengikut.
  • Buku hits: Kitab Terfaktab, Kamar Sutera
  • Layari www.terfaktab.com untuk maklumat lanjut.

dubook press

Dubook Press

  • Bermula pada tahun 2010 dengan menerbitkan buku pertama mengenai bola sepak, rumah penerbitan Dubook Press telah berkembang menjadi syarikat penerbitan Sendirian Berhad.
  • Syarikat penerbitan ini berpusat di Bangi dan lebih menumpukan pada buku-buku versatil.
  • Pengasasnya, saudara Mutalib Uthman turut membuka syarikat percetakan untuk mencetak buku-buku terbitan Dubook Press.
  • Buku hits: Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang, DIAgnosis
  • Layari www.dubookpress.com untuk maklumat lanjut.

merpati jingga

Merpati Jingga

  • Faisal Mustaffa merupakan tulang belakang rumah penerbitan Merpati Jingga di bawah syarikat Orange Dove Sdn Bhd.
  • Rumah penerbitan ini telah menerbitkan pelbagai buku daripada para pelakon, pengarah filem hingga ke pengkritik filem utama di Malaysia.
  • Merpati Jingga lebih gemar pada karya bercorak kritikan sosial.
  • Buku hits: Bogel Menuju Tuhan, Doubt
  • Layari www.merpatijingga.com untuk maklumat lanjut.

FIXI

  • Amir Muhammad (Pengasas) memulakan rumah penerbitan FIXI pada 2011 sebagai ‘cuba-cuba’ selepas telah menubuhkan syarikat penerbitan Matahari Books.
  • Eksperimen cuba-cuba ini ternyata mendapat sambutan yang menggalakkan kerana konsep keseragaman kulit muka buku FIXI yang menarik para pembaca
  • FIXI menumpukan pada karya kontemporari dan noir serta menubuhkan cabang buku bahasa Inggeris (FIXI NOVO, buku terjemahan (FIXI VERSO) dan sebagainya.
  • Buku hits: Kelabu, Murtad
  • Layari www.fixi.com.my untuk maklumat lebih lanjut.

Sindiket Soljah & Studio Anai-Anai

  • Merupakan pendukung awal (tahun 2007) rumah penerbitan alternatif yang masih aktif hingga kini.
  • Didukung oleh saudara Sinaganaga, rumah penerbitan ini lebih gemar menghasilkan buku-buku edisi terhad bercorak oldies kepada para pembacanya.
  • Rumah penerbitan ini juga terkenal dengan aktiviti seni muzik dan persembahan yang dinamakan sebagai MASKARA.
  • Buku hits: Siapa Kekah Bidan Sepiah, Kalshinikov
  • Layari www.sol-jah.blogspot.com untuk maklumat lebih lanjut.

Selut & SFP Press

  • Juga bermula sekitar 2007, pertemuan antara dua sahabat iaitu Sufian Abas dan Aloy Paradoks untuk membentuk rumah penerbitan puisi dan novela dalam satu bumbung.
  • Selut merupakan bumbung untuk penulis-penulis baru, manakala SFP untuk penulis-penulis yang mempunya nama.
  • Tumpuan rumah penerbitan ini lebih bertumpu kepada buku puisi pop dan urban. Rumah penerbitan ini turut menghidangkan buku-buku sci-fi.
  • Buku hits: Seksi Ovari, Langit Vanilla
  • Layari www.selutbooks.com untuk maklumat lebih lanjut.

Selain dari senarai yang dinyatakan di atas, banyak lagi penerbit alternatif di Malaysia ini untuk peminat buku alternatif. Antaranya Buku Hitam Press, Moka Mocha Ink, Poket Press, Rabak Lit dan sebagainya.

Jika anda seorang penulis atau mempunyai karya penulisan, tetapi tidak tahu untuk menghantar karya penulisan anda untuk dibukukan, rumah-rumah penerbitan alternatif yang disenaraikan ini adalah tempat yang boleh anda cuba nasib menghantar karya anda.

Penerbit Alternatif manakah yang ngam dengan selera bacaan anda? Jika tiada kami alu-alukan anda tinggalkan dalam ruangan komen di bawah.