Seperti ramai sedia maklum, dunia dikejutkan lagi dengan kehadiran varian Omicron yang dilaporkan lebih bahaya dan mampu merebak dengan mudah.

Susulan situasi yang berlaku, Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin menerusi sidang media sebentar tadi telah memaklumkan kesemua penerima vaksin Sinovac berusia 18 tahun ke atas perlu mendapatkan dos penggalak pada Feburari 2022 untuk mengekalkan status vaksinasi lengkap.

Selain itu, individu berusia 60 tahun dan ke atas bagi kesemua jenis vaksin juga perlu mengambil dos penggalak bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap. Dalam erti kata lain, status individu pada aplikasi MySejahtera yang tidak mendapatkan dos penggalak bukan lagi memaparkan menerima vaksinasi lengkap kelak.

Difahamkan langkah ini dibuat bagi meningkatkan imuniti setiap penerima vaksin menerusi suntikan dos penggalak. Setakat ini, kes kedua varian Omicron di Malaysia telah dikesan membabitkan kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun yang tinggal bersama keluarga di Nigeria dan pulang ke Malaysia.

Ketahui lebih lanjut mengapa WHO mengisytihar varian Omicron sebagai sangat berbahaya pada ketika ini.

Ini Sebab Mengapa WHO Isytihar Varian ‘Omicron’ Sebagai Sangat Berbahaya Pada Ketika Ini

‘Mereka Dah Lama Rancang’ – Netizen Kaitkan Varian Omicron Dengan Filem Tahun 1963