Siapa pernah mewakili sekolah atau negeri untuk acara sukan ke peringkat lebih tinggi ketika zaman persekolahan dulu mesti tahu betapa besar tanggungjawab yang anda galas. Semua orang mengharapkan anda untuk buat yang terbaik supaya boleh merebut semua pingat yang ada.

Tapi itu dulu, zaman sekolah. Sekarang ini anda pernah bayang tidak perasaan atlet negara kita yang mewakili Malaysia ke sukan peringkat antarabangsa? Bukan 50, bukan 100 harapan terletak di bahu mereka tetapi jutaan rakyat Malaysia mahu melihat mereka lakukan yang terbaik untuk tanah air tercinta.

Sempena Hari Malaysia kali ini, Malaysia Airlines tampil dengan video terbaru yang memaparkan penerjun negara, Pandelela Rinong berkongsi perasaannya apabila menjadi wakil negara di sukan peringkat antarabangsa. Semoga anda boleh jadikan inspirasi!

Buat sepenuh hati

Screen-Shot-2019-09-19-at-5.11.32-PM-671×284

Kongsi Pandelela Rinong dalam video itu, tiada benda lain dalam fikirannya selain fokus dengan kemenangan yang bakal digarap di hadapan ketika menjadi wakil negara. Beliau akan cuba buat semuanya dengan sepenuh hati dan yakin dengan diri sendiri.

Screen-Shot-2019-09-19-at-5.12.26-PM-671×285

Beliau berkata “ada masa saya rasa yakin, kadang-kadang ada juga rasa ragu-ragu. Tapi, semua itu bukan penghalang kerana ramai yang berdiri di belakang saya”

Orang sekeliling dijadikan inspirasi

Screen-Shot-2019-09-19-at-5.12.12-PM-671×285

Pandelela pun sama macam kita. Ada masa kita yakin, ada masanya kita ragu-ragu. Namun, bagi Pandelelea, beliau percaya dengan sokongan orang sekeliling untuk mengharungi cabaran di hadapan. Lantas, rasa ragu-ragu itu hilang serta-merta!

Screen-Shot-2019-09-19-at-5.12.33-PM-671×285

“Saya ada rakan sepasukan yang sentiasa menemani dan keluarga yang sentiasa memberi semangat. Malah, kepercayaan yang diberikan oleh negara juga saya jadikan inspirasi untuk terus maju. Semuanya untuk moment terindah depan satu dunia”kata Pandelela dalam video tersebut.

Kibar Jalur Gemilang untuk rakyat Malaysia adalah satu perkara istimewa bagi Pandelela

Sudah tengok video terbaru dari Malaysia Airlines sempena Hari Malaysia ini? Kalau belum tengok, click Play sekarang!

Jujur kami kata, meremang bulu roma kami apabila Pandelela kibar Jalur Gemilang selepas Malaysia memperoleh kemenangan. Bagi Pandelela, ia adalah satu perkara istimewa untuk kita sebagai rakyat Malaysia hargai.

Sebab, ia memerlukan usaha yang gigih untuk beliau berada di tahap setinggi itu. Dan ingat, sejauh mana kita pergi, Jalur Gemilang yang dekatkan kita. Selamat Hari Malaysia dari Malaysia Airlines dan Vocket!

Selain daripada Pandelela, ini adalah atlet tempatan yang telah berjaya di persada sukan dan mengharumkan nama Malaysia.

Ini 5 Atlet Tempatan Yang Telah Berjaya Di Persada Sukan Antarabangsa

Gadis Bertudung Ini Curi Perhatian Dunia Apabila Muncul Juara Pro Wrestling