Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai laporan oleh agensi berita antarabangsa Al Jazeera bertajuk “Locked Up in Malaysia’s Lockdown” yang tular di media sosial kerana dikatakan menyampaikan maklumat tidak tepat mengenai pengurusan warga asing tanpa izin di negara ini sepanjang tempoh kawalan pergerakan sebelum ini.

Laporan tersebut bukan sahaja menimbulkan kemarahan netizen secara amnya namun turut mendapat pihak berkuasa yang sudah mula memanggil beberapa pihak yang terlibat dengan laporan itu untuk diambil keterangan.

Realme-7-Pro-Sun-Kissed-SpecIal-Edition
HYPE
Serba Lengkap, Unik Dengan Vegan Micrograin Leather, Ini 5 Sebab realme 7 Pro Special Edition Berbaloi Untuk Dimiliki
Baca lagi →

Rasa tidak puas hati dengan laporan tersebut juga tidak berakir dengan sekadar luahan di media sosial namun ia turut berlaku di kaca TV tempatan Bernama TV.

Ianya berlaku apabila salah seorang pengacara program Malaysia Petang Ini yang disiarkan di saluran itu mengatakan program Al-Jazeera sepatutnya digelar sebagai Al-Jahiliyah, seperti dilaporkan Free Malaysia Today.

Selain mencadangkan agar nama ditukar, pengacara tersebut Harleena Pahlavy juga dilaporkan Malaysiakini sebagai berkata “Al Jazeera, ‘you shut up’.” serta mendakwa laporan tersebut sebagai tidak beretika dan tidak berasas.

Dikenakan tindakan

Berpunca daripada tindakannya itu, pengacara tersebut kini dimaklumkan telah diambil tindakan atas komen yang telah diberikannya itu oleh pengerusi Bernama.

Perkara itu dimaklumkan sendiri Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah dalam satu ciapan yang dibuat di akaun Twitternya semalam.

Mula menarik perhatian banyak pihak kerana ulasan yang dibuatnya itu, pengacara tersebut akhirnya dilihat memberi komen mengenai perkara itu juga melalui ciapan di akaun Twitternya.

Menegaskan beliau bersikap patriotik di stesyen TV, Harleena mengakui tindakan beraninya itu mempunyai kesannya yang tersendiri.

“”Tidak gentar dan patriotik di saluran TV Malaysia mempunyai akibatnya sendiri,” kata beliau.

Walaupun tindakannya itu mungkin dianggap berani namun tindakannya itu tidak sepatutnya berlaku seperti yang dicadangkan oleh Menteri Komunikasi dalam ciapannya.

Perbezaan pendapat dalam kalangan individu atau mana-mana pihak sepatutnya tidak membenarkan kita memanggil mereka dengan gelaran sedemikian.

Baca perkongsian kami mengenai kontroversi laporan Al Jazeera sebelum ini yang mengundang kritikan daripada netizen di pautan di bawah. 

Laporan Salah Al Jazeera Bangkitkan Kemarahan Rakyat Malaysia

Netizen Meluat Lelaki Bangladesh Ini Cuba Raih Simpati Walaupun Mengaku Mereka Adalah PATI

Anda Mungkin Suka