Mata Najwa adalah program terbitan Narasi TV yang sering diudarakan di Trans7, salah sebuah stesen televisyen yang terbesar di Indonesia. Program ini sering ditonton oleh masyarakat Indonesia kerana format wawancaranya yang mendalam.

Program yang diacarakan oleh Najwa Shihab ini sering menjadi tuan rumah kepada pelbagai jenis tetamu mulai dari ketua daerah, petugas COVID-19 sehinggalah Presiden Indonesia sendiri.

BeFunky-collage-42
HYPE
Pengalaman Berharga, McDonald’s Tawar Peluang Untuk Anda ‘Spend Time’ Bersama Finalis AJL 35
Baca lagi →

Selama musim wabak yang melanda Indonesia, Najwa sering menumpukan kepada penggalian pelbagai maklumat mengenai penanganan wabak di Indonesia dari pelbagai sumber.

Namun, menurut pengakuan Najwa, Menteri Kesihatan Indonesia Terawan Agus Putranto malah telah menolak untuk menghadirkan diri ke program tersebut bagi membincangkan perkembangan situasi COVID-19 di Indonesia.

Mungkin geram atau difikirkan Najwa bahawa menteri ini harus ‘diajar’, Najwa  telah merancang satu episod khas berjudul “#MataNajwaMenantiTerawan” yang kemudian disiarkan di saluran YouTube Najwa Shihab, semalam.

“Pandemik ini belum reda dan terkawal. Oleh itu, kami menjemput Menteri Kesihatan Terawan Agus Putranto. Tentu saja tidak ada tokoh yang lebih tepat untuk berbicara kepada masyarakat, kepada kami, untuk memberi penjelasan mengenai keadaan sebenar dan sejauh mana negara menanganinya,” kata Najwa memulai acara tersebut.

Menurut Najwa, Terawan adalah individu paling hadapan dalam perang melawan COVID-19 dan dia harus menjadi tokoh yang memperjuangkan kesihatan rakyat Indonesia.

“Selagi kedudukan Menteri Kesihatan masih di tangannya, tanggungjawab tidak dapat dipisahkan dari bahunya,” sambung Najwa.

2231045400

Difahamkan, sebelum acara ini berlangsung, Najwa telah berulang kali mengundang Terawan untuk hadir ke studio Mata Najwa bagi membincangkan situasi COVID-19 yang melanda Indonesia.

Namun apa yang diharapkan Najwa tidak dapat dilaksana, Terawan ‘hilang’ dan tinggallah Najwa bersama dengan sebuah kerusi kosong dihadapannya sambil berlakon seolah-olah dia sedang menemuramah Menteri Kesihatan Indonesia.

“Mengapa kamu menghilang tuan? Anda tidak selalu muncul di khalayak ramai semasa wabak ini,” kata Najwa kepada kerusi kosong di hadapannya. “Atau mungkin kehadiran Menteri Kesihatan di khalayak ramai tidak penting?” dia meneruskan.

Selama kira-kira empat minit, Najwa melemparkan banyak soalan kepada sebuah kerusi kosong yang dibayangkan olehnya seolah-olah Menteri Kesihatan Indonesia ada di hadapannya.

3785428271

“Orang ramai, antara lain melalui petisyen, meminta kemurahan hati anda untuk mengundurkan diri, adakah anda bersedia untuk mengundurkan diri, tuan?” tanya Najwa.

Sehingga laporan ini ditulis, sekitar lebih 200,000 orang telah menonton siaran Najwa Shihab setelah beberapa jam dimuat naik di laman YouTube. Manakala ribuan komen juga datang memberi pandangan mereka – ada yang bersetuju dan ada juga yang menuduh Najwa melakukan provokasi.

Tetapi melihat kes yang mendadak di sana, tidak heran mengapa pengacara ini telah bertindak sedemikian. Untuk rekod, Indonesia telah mencatat lebih 200,000 kes COVID-19 dan lebih 10,000 kematian.

Untuk membaca artikel yang lain, klik pautan di bawah.

Lelaki Di Indonesia Positif COVID-19 Selepas Disuntik Dengan Vaksin ‘Made In China’

Malaysia Halang Kemasukan Warganegara India, Indonesia Dan Filipina

Dakwa Ada Kelebihan Elak Peluru, Pesilat Wanita Indonesia Ini ‘Kantoi’ Tipu Penonton

Anda Mungkin Suka