Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Khabar duka dari negara seberang, Indonesia apabila individu yang difahamkan bertanggungjawab menemukan rasa rempah (bumbu) Indomie dilaporkan meninggal dunia pada semalam.

Individu berkenaan, Nunuk Nurain dilaporkan meninggal dunia pada pagi Rabu melalui satu ciapan di Twitter sebelum disahkan beberapa portal berita negara berkenaan termasuk CNN Indonesia.

Menurut CNN Indonesia, pemergian Nunuk Nuraini itu disahkan sendiri oleh wakil syarikat Indofood melalui satu kenyataan yang dikeluarkan kepada mereka pada semalam.

Beliau sebelum ini difahamkan bekerja sebagai peracik bumbu (pengadun rempah) di syarikat berkenaan dan pernah tular dengan gambarnya memegang mi segera kegemaran rakyat Indonesia itu sebelum ini.

Menurut laman Hops.id, Nunuk telah bekerja di perusahaan mi segera itu sejak lebih 20 tahun yang lalu dan telah menghasilkan banyak resipi bersama syarikat itu.

Antara ciptaan dan penemuan beliau yang boleh dianggap sebagai masterpiece adalah perasa Indomie Goreng yang menjadi kegemaran sehingga ke hari ini.

Susulan daripada pemergian Nuraini itu, laman media sosial dan ciapan yang mengumumkan perkara berkenaan telah dibanjiri dengan ucapan takziah daripada netizen yang berduka dengan pemergian beliau.

Baca juga perkembangan semasa dunia yang pernah kami kongsikan sebelum ini melalui pautan di bawah. 

Gurauan Terakhir Kawan, Netizen Indonesia Kongsi Mesej Dengan Mangsa Tragedi Sriwijaya Air

Ibu Diugut Anak Sendiri, Serahkan ‘Fortuner’ Yang Dibeli Atau Bayar Sewa RM57,629

Wanita Dari AS Dikecam Netizen Indonesia, Ajar Orang Salah Guna Visa Untuk Tinggal ‘Free’ Di Bali

Anda Mungkin Suka