Nota Editor: Kisah ini asalnya telah dikongsikan di Facebook Abdul Halim Bakar. Kami kongsikan semula di sini degan izin dari penulis asal. Semoga ia menjadi inspirasi untuk anda turut mendalami buku yang paling relevan sepanjang masa tanpa mengira zaman – Al Quran.

saudagar-yaman-1

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebagai perkongsian ikhlas, hari ini ahad 14hb June 2015, awal pagi jam 5.00am lagi sudah saya berada di sekitar KLCC kerana ada meeting jam 6.30am di Mandrin Oriental KLCC.

Kerana terlalu awal saya singgah di Masjid As- Syakirin KLCC. Apabila saya masuk ke dalam masjid melihat 2 hamba ALLAH sedang mengaji Al Quran.

saudagar-yaman-2

Yang muda sedang membaca manakala yang tua itu sekali sekala membetulkan bacaan yang muda. Sehinggalah masuk waktu azan subuh.

Untuk makluman semua yang tua tadi itu merupakan Abdul Gbbar Hayel Saeed, billionair dari Yaman, yang mempunyai perniagaan di 32 buah negara.

Dan yang muda tadi merupakan anak angkat beliau yang merupakan warga Malaysia, juga kini merupakan seorang ahli perniagaan di Malaysia.

Sambil duduk di belakang perhatikan mereka saya terfikir mungkin kerana inilah Allah swt memurahkan rezeki mereka kerana mereka tidak pernah membelakangkan Allah swt walau setinggi mana mereka berada.

Mereka sama seperti 20 tahun dulu dimana anak muda ini ketika baru masuk ke Yaman, menjadi anak angkat melalui biasiswa dari Abdul Gabbar Hayel Saeed. Bermula saat itu, yang tua dan yang muda ini hampir setiap malam menjadi ‘sparing partner’ dalam tadarus Al Quran.

saudagar-yaman-3

Kenapa saya boleh tahu? Kerana dengan orang inilah saya seharusnya jumpa meeting jam 6.30 nanti, beliau juga merupakan pemilik hotel AL SAFWAH ROYALE ORCHID MAKKAH.

Kejadian ini menjadi pengajaran besar buat diri saya dan saya memohon kepada Allah swt supaya memberi kelapangan lebihkan diri ini dengan amalan ibadah dari kesibukan keduniaan. Amin.

BACA: Suami Isteri Ini Sanggup Kekal Memandu Kancil Demi Menambah Nilai Hartanah Mereka

BACA juga: Cerita Menarik Tentang Orang Muslim Di Jepun. Bagaimana Mereka Menghadapi Cabaran Masyarakat Di Sana

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram