Rasanya ramai yang sudah menonton filem Avengers: Infinity War dan sudah tahu siapa yang ‘terbunuh’ akibat kuasa Infinity Stones.

Digital Domain adalah studio di belakang efek khas untuk filem Infiniy War ini. Studio inilah yang diberi kepercayaan untuk menghasilkan CGI untuk Thanos supaya ianya nampak real dan hebat di dalam Infinity War.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam temubual bersama SlashFilm, Dan DeLeeuw dan Kelly Port berkongsi kisah bagaimana Josh Brolin berlakon untuk watak Thanos ini serta betapa tepatnya setiap pergerakan badan dan wajah Josh ditiru untuk watak Thanos ini.

Mereka turut berkongsi tentang konsep asal bagaimana separuh populasi alam semesta dibunuh oleh Thanos dengan petikan jarinya. Pada awalnya, mereka mahu Thanos berjalan di atas lautan darah sebagai simbolik Avengers yang dibunuhnya.

Menurut DeLeeuw, idea untuk menjadikan darah sebagai simbolik pemergian watak Black Panther, Spider-Man, Doctor Strange dan Guardians Of The Galaxy ini menjadi sangat ‘dark’ sehingga mereka perlu mencari jalan lain untuk membunuh watak-watak ini.

Disebabkan filem ini mahu dikelaskan sebagai PG-13, jadi mereka bersetuju untuk menjadikan setiap watak yang terkorban menjadi debu. Dengan cara ini, ianya lebih mesra penonton dan terlepas daripada dilabel R-Rated.

Sekiranya idea asal diteruskan, adakah Infinity War akan lebih berdarah seperti filem Deadpool? Avengers 4 akan berada di pawagam tahun 2019.