Adat berkelana ke negara orang. Kita selalu dihidangkan dengan kisah rakyat Malaysia yang bekerja mahupun melebarkan bidang ilmu mereka di sana. Selalunya cerita-cerita ini pasti berhubung kait dengan perangai orang kita bila berada di bumi asing. Ada yang sombong dan ada yang ramah.

Pengalaman di negara asing yang tidak ada Melayu, Cina atau India ini turut dikongsi oleh Datuk Azizulhasni Awang, pemenang pingat perak Olimpik Tokyo 2020 dan atlet berbasikal negara. Ketika pertama kali berada di Australia sekitar tahun 2007, Azizulhasni menceritakan pengalaman beliau ditertawakan oleh masyarakat Melayu yang berada di sana disebabkan tidak fasih berbahasa inggeris.

HYPE
Lenovo Janjikan Pengalaman ‘Gaming’ Dan Kerja Lebih Lancar Dengan Legion 5 Dan G27q-20 Monitor
Baca lagi →

EScTwyBWsAQ9lHE

Dia yang ketika itu baharu beberapa bulan di bumi asing tersebut. Telah hadir dalam satu perjumpaan bersama dengan komuniti Melayu di Australia. Perjumpaan itu tidak formal dan tujuannya adalah untuk berkenal-kenalan dengan orang Malaysia yang berada di Australia. Komuniti tersebut hadir daripada kalangan mereka yang menyambung pelajaran bagi peringkat  Doctor of Philosophy atau PHD.

Entah bagaimana, topik perbincangan ketika itu adalah mengenai Chromosome, DNA dan RNA. Ketika sedang sibuk mendengar perbincangan itu, Azizulhasni dengan yakin menyebut ‘Jen’ bagi merujuk kepada perkataan ‘Gene’, tetapi sebutan yang betul sebenarnya adalah ‘Jin’. Bagaimanapun, kesalahan sebutan Azizulhasni itu tidak dibetulkan, malah ditertawakan oleh dua orang pelajar PHD berbangsa Melayu.

azizulhasni-040821-reuters_800x500

FMT

Apa yang membuatkan Azizulhasni sedikit terkilan adalah beliau tidak diberitahu apa yang salah dan apa yang betul. Dia tahu bahawa dia salah menyebut perkataan tersebut itu pun daripada salah seorang rakan setelah kisah itu dicanang-canang. Tetapi Azizulhasni tidak sakit hati dan marah kerana dia sedar diri di mana tahap penguasaan bahasa inggeris beliau ketika itu.

Azizulhasni kemudiannya membuat perbandingan dengan orang daripada negara lain atau di negara kita lebih terkenal dengan panggilan Mat Salleh. Dia memberitahu sepanjang berada dalam komuniti asing pulak, akhlak mereka sangat jauh terpuji berbanding dengan bangsa kita. Kumpulan orang asing ini tidak pernah memperlekehkan kemahiran Azizulhasni yang tidak fasih berbahasa inggeris. Tidak pula beliau ditertawakan oleh ‘Mat Salleh’ ini kerana mereka tahu bahawa bahasa inggeris bukanlah bahasa harian orang Malaysia.

68455086-10156494453426705-3276327789283770368-o-29_28_794989-1024×670

Kashoorga

Sepanjang pengalaman beliau mengembara ke seluruh dunia dan menghadiri pelbagai temasya sukan. Azizulhasni faham bahawa tak semua orang tahu bercakap dalam bahasa inggeris. Tetapi apa yang beliau nampak adalah dalam pada kesulitan untuk bertutur dalam bahasa asing, sikap saling hormat menghormati antara satu sama lain tetap diterapkan oleh komuniti luar berbanding komuniti dari negara sendiri.

“Saya bukannya nak mempertahankan mereka yang membuat kesalahan dalam bahasa Inggeris ini, tetapi jangan kita memperlekeh dan merendahkan orang lain atas sebab itu. Mereka yang kurang fasih ini juga, nasihat saya jangan bangga kerana anda tidak fasih, tetapi sentiasa cari ruang untuk meningkatkan kemahiran komunikasi anda dan jangan cepat putus asa.

・・・Brokeng English.Tahun 2007 masa saya baru-baru sampai ke Melbourne dulu, saya ingat lagi, saya dan rakan sepasukan…

Posted by Azizulhasni Awang on Friday, February 19, 2021

“Mereka yang pandai pula, bantulah mereka yang kurang pandai ini. Bukankah satu perasaan yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit apabila kita berjaya membantu orang lain. Dan jika semua dari kita mempunyai sikap yang sama seperti ini, tidak ada sebab untuk masyarakat kita tidak melangkah maju ke hadapan.

“Kalau kita lihat dari segi pembangunan negara, kita sudah tidak jauh untuk mencapai status ‘Developed Country’ akan tetapi jika kita lihat dari segi sikap dan mentaliti pula, saya minta maaf, kita masih sangat jauh di belakang,” katanya di hujung catatan.

Azizulhasni Awang hadiahkan pingat perak buat negara di Olimpik Tokyo 2020. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Azizulhasni Awang Hadiahkan Pingat Perak Buat Negara Di Olimpik Tokyo 2020

Harga Cecah RM300,000, Ini Jentera Yang Bakal Digunakan Azizulhasni Untuk Olimpik 2020

Harumkan Nama Malaysia, Datuk Azizulhasni Awang Dikurniakan Gelaran Datuk

Anda Mungkin Suka