Beberapa bulan lepas kita dikejutkan dengan tragedi malang melibatkan kematian pelancong kita di Flores, Indonesia dan juga di Ho Chi Minh City, Vietnam.

Berikutan itu, banyak posting mengenai kepentingan mengambil travel insurance terpapar di media sosial.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Saya juga terpanggil untuk menulis sedikit sebanyak perihal insurans ini tapi lebih kepada pengalaman saya sendiri.

Persoalan yang selalu timbul bila beli insurans ni ialah mahal ke? Senang ke nak claim? Tak rasa rugi ke?

Oleh itu, ni kisah saya.

cara-claim-travel-insurance-1

Dah jadi amalan saya untuk ambil travel insurans setiap kali keluar negara sejak setahun yang lalu.

Biasanya saya ambil ‘per trip base’ tapi sejak awal Disember 2015 saya ambil pakej setahun dengan AXA Affin. Actually banyak lagi penyedia insurans seperti AIG, ETIQA dll.

Bro dan sis boleh buat penilaian di web gobear.com.my kerana insurans yang kita perlukan berbeza.

Ada yang melibatkan negara berisiko tinggi dan ada juga pelancong yang terlibat dalam aktiviti berisiko tinggi, jadi syarat dan peraturannya (terms and conditions) berbeza. Begitu juga harga.

Alkisahnya, saya terlibat dalam satu kemalangan di Kabupaten Pekalongan, Jawa pada 25 Mac yang lalu.

Kerana saya travel solo, good samaritan tepi jalanlah yang menghantar saya ke Rumah Sakit Kraton Pekalongan atau General Hospital Pekalongan.

X-Ray dibuat pada petang itu jugak dan didapati patah tulang bahu kiri dan retak 5 tulang rusuk kiri.

Dah jadi amalan saya untuk fotostat dokumen perjalanan seperti passport, tiket penerbangan, lesen memandu dan juga polisi/sijil insurans dan diletakkan di bahagian senang capai dalam beg.

Ini memudahkan registration. Kad ATM, wang dan passport saya letakkan di dalam traveller belt.

Jadi kalau hp dan wallet kena copek pun InshaAllah passport dan sedikit wang ada lagi.

Kerana hospital ni GH, memang takde dealing dengan AXA. Jadi saya kena bayar tunai.

Hari kedua di hospital baru ada kekuatan untuk menelefon AXA office di Malaysia (dekat sijil ada nyatakan 24 jam Hotline) tapi malangnya 3 kali saya call diangkat oleh receptionist tapi tiada yang menjawab panggilan sambungan pada hari Sabtu 26 Mac tersebut. Oklah, saya kata. Kenalah bayar cash dulu jawabnya.

cara-claim-travel-insurance-2

Dipendekkan cerita, saya pulang ke Malaysia pada 28 Mac dan dalam minggu itu juga saya call AXA dan berbicara dengan pegawai terlibat.

Pegawai tu kata, semua urusan claim (tuntutan) boleh buat online dan poskan dokumen bukti ke Claim Dept, AXA di Kuala Lumpur.

Apa dokumen yang perlu?

1. Tiket penerbangan pergi/balik ke Indonesia
2. Medical Report (laporan perubatan) dari RSUD Kraton Pekalongan
3. Resit rasmi dari hospital
4. Apa-apa bukti yang boleh membantu, dalam kes saya laporan X-Ray.

Kesemuanya di scan pdf, lampirkan dalam email dan hardcopy saya poskan.
Kesemua aktiviti ini kena selesai dalam masa 14 hari SETELAH pulang ke Malaysia.

Dalam 4 hari kemudian saya dapat email dari wakil AXA dan kami berbalas beberapa email lagi selepas itu, lebih kepada beberapa pertanyaan yang pihak AXA perlu tahu.

Dalam seminggu lepas tu saya dapat email yang tuntutan sudah diluluskan dan pembayaran akan dipindahkan ke akaun Maybank dalam masa 3 hari. Mudah saja!

Apa tuntutan yang diluluskan?

1. Kos perubatan sepanjang di Indonesia selama 3 hari 2 malam lebih kurang MYR1,600

2. Elaun warded sebanyak MYR350 sehari/semalam (wajib complete 24 jam) bernilai MYR700.

3. Flight tiket balik yang ASAL. Tiket balik yang saya beli lepas cedera tu tak cover ye.

4. Flight tiketuntukk trip yang saya terpaksa batalkan sebab saya tak boleh diteruskan perjalanan disebabkan kemalangan dan kecederaan yang saya alami. Ini dinamakan Trip Curtailment Claim. Saya ada 4 flight yang cancel dan fully paid by AXA.

Jadi berapa saya bayar untuk travel insurans ni pada bulan Disember yang lalu? Hanya sekitar MYR217 (harga berubah-ubah ikut plan bro dan sis).

Berbaloi tak? Pada saya YA, amat berbaloi. Kalau tak saya kena bayar MYR1,600 kos hospital. Itu baru 3 hari 2 malam. Kalau kena buat pembedahan? Atau libatkan kematian?

cara-claim-travel-insurance-4

Sebagai tips tambahan

1. Print satu set policy dan sijil dan bagi pada suami atau isteri atau sesiapa saja yang terdekat untuk urusan dengan insurans provider di Malaysia.

Jangan lupa terangkan pada mereka cara berurusan. Travel solo ni kalau dah sakit, patah riuk susah dah nak deal dengan admin hospital, kakitangan insurans dll. Nak bernyawa pun siksa. Kita cuba sedaya upaya kurangkan interaksi. Kalau boleh.

2. Sediakan sekurang-kurangnya satu set dokumen perjalanan dan maklumat insurans di letakkan di dalam beg, di bahagian yang senang capai.

Ini memudahkan pendaftaran di hospital yang boleh memeningkan lebih-lebih lagi kita orang asing di negara tersebut.

3. Kalau travel sorang-sorang macam saya selalu buat, mungkin susah sikit nak pilih-pilih hospital. Kalau dah ‘tergolek dog’ mana ada kederat nak call situ nak call sini dah.

Tapi kalau travel dalam group adalah disarankan suruh travel buddy call 24 jam talian hotline dan dapatkan maklumat hospital yang boleh deal direct dengan penyedia insurans.

4. Tak semestinya ambil AXA, carilah insuran yang bersesuaian dengan akitiviti dan negara yang nak pergi tu. Ramai kawan-kawan saya ambil AIG juga.

5. Yang ni penting. Selalu amalkan tolong orang, baik di bumi Malaysia mahupun di bumi orang. InshaAllah tuhan ketemukan kita dengan insan hebat di bumi orang. Kita tak tau bila kita perlukan bantuan.

Diharap posting ini dapat membantu bro dan sis. Tak susah sebenarnya nak claim ni janji dokumen lengkap.

Baca: 4 Risiko Besar Yang Ramai Traveller Pandang Remeh Sewaktu Mengembara