Pernah kalian tersangkut dan hampir masuk bilik soal siasat kerana gagal ujian di bahagian pemeriksaan imigresen? Saya pernah, masa di airport Madrid, Spanyol.

Travel bertiga. Dua dah masuk awal tunggu di gate. Saya pergi melilau sekejap, kemudian baru lalui pemeriksaan. Masa melalui metal detector, nak jadi cerita saya terlupa nak keluarkan tali pinggang. OK. Kena ulang lalu sekali lagi. Lega sebab clear.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Masa nak ambil tali pinggang, dia tahan aku sekejap. Dia calit beberapa paper stick di beberapa kawasan (di poket depan, belakang, baju, tapak tangan, celah cari, lengan, leher).

Mereka pakai sesuatu yang saya tak berapa jelas, sambil mereka bersembang sesama sendiri dalam bahasa Spanyol. Dalam hati berdoa, ok kot. Sekali dia cakap, “positive!” OMG! OMG! Gabra dah saya. Hanya Allah sahaja yang tau. Masa tu mereka dah suruh saya ke tepi dan mereka pegang semua barang saya dan mula buat pemeriksaan pada semua barang yang ada. Waduh. Peluh jantan keluar beb. Istigfar tak putus-putus. Masa tu juga lah bos dia pun datang dengan dua lagi polis. Aiyok. Jeng jeng.

Lepas tu mereka cakap, kalau pusingan ke dua positif, mereka akan bawa masuk ke dalam. Waduh. Rasa cuak sebab aku seorang yang kena haha. Mereka ambil lagi stick tu dan calit-calit di tempat yang sama dan suluh pakai uv di tapak tangan sambil semua dok buat muka serius. Jeng.

Masa tu lah mereka dok sembang lagi dalam bahasa Spanyol. Sudah lah masa nak terbang dah suntuk. Kemudian salah sorang cakap, “okay sir, you can go.” Alhamdulillah. Sambil masukkan semua barang dalam beg, sambil tu aku tanya apa benda yang disyak pada aku tadi? Dia cakap, “at first we detected drugs trace but no trace for the second one.” Oooo.

Kerana masa suntuk, aku tak sempat nak tanya lebih lanjut lagi. Terus aku berkejar ke gate. Nak dijadikan cerita, ngam-ngam sampai di gate baru aku teringat tertinggal tali pingang. Hahaha. Sudah lah jauh, kena berlari lagi hingga sampai ke bahagian pemeriksaan dan ambil balik tali pinggang. Haha.

Pesanan untuk diri dan rakan-rakan, sentiasa berwaspada masa sebelum dan ketika sedang berada di airport. Jangan biar orang sentuh beg kita. Jangan duduk atau berdiri terlalu rapat dengan orang yang kita tak kenal. Nasib saya kali ini Alhamdulillah lepas. Di lain waktu, wallahua’lam.