Allhamdulillah syukur padamu Allah atas kesempatan untuk menjejakan kaki di bumi Artik yang terletak di Scadinavian Countries. T

rip kali ini adalah ke Norway & Sweden dan ramai yang tanya tak sejuk ka, even masa sampai kat airport sana pun staff airline tanya “Are you coming during winter? Wow! Yes“. Kenapa winter sebab inilah mengapa kembara kali ini saya ke bumi Artik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

MENGAPA DI MUSIM SEJUK?

1. Misi utama kali ini adalah ā€Ŗ#mengejar sang auroraā€¬ iaitu sebuah cahaya misteri dari Illahi.
2. Sebab nak ke Hotel yang dibuat dari ICE.
3. Merasai sendiri bagaimana nak lintasi ‘The Most Dangerous Road‘ iaitu Atlantic Ocean Road.

SUHU BERAPA?

Saya punya expectation adalah -25, tapi sepanjang 2 minggu di sana saya rasa paling sejuk adalah -16 korang rasa sejuk tak? Beku wei! Bila sekali turun salji dan berangin mak aihh dia punya sejuk sampai ke tulang kot.

Baca: 7 Langkah Dan Cara Pakai Baju Yang Sesuai Bila Travel Ke Negara Sejuk Melampau

RINGKASAN PERJALANAN

Nak dijadikan cerita apabila sebuah hati mula remuk maka dengan pantas terus cari flight untuk move on dan dalam masa yang sama dah wishlist nak tengok aurora. Terus book flight Kul-Istanbul-Stockholm by Turkish Airline.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 jam dari Penang – Molde. Cuba bayang Penang-Kul-Istanbul-Stockholm-Oslo-Molde, 5 kali flight baru jumpa hotel. Hahhaha. Dan Stockholm as a Capital City of Scandinavian menjadi entry / out point.

ROUTE : STOCKHOLM(transit) – OSLO(transit) – MOLDE(Atlantic Ocean Road) – TROMSO(transit) – NARVIK(transit) – ABISKO (Mengejar Sang Aurora) – KIRUNA (Ice Hotel) – STOCKHOLM (transit).

Aktiviti lain semasa transit yang boleh dibuat adalah seperti : city walk, visit Sami Village, ski & snowmobile, memancing di bawah tasik beku, ice climbing, dog sledding, guling-guling atas salji, makan ais kepal dengan moktan, selfie dengan salji dan mereput di airport!

1. Atlantic Ocean Road di Norway

mengejar-aurora-15
Atlantic ocean road – dah nak beku tu.
mengejar-aurora-16
Atlantic Ocean Road
mengejar-aurora-17
Atlantic Ocean Road. Wish come true.
mengejar-aurora-18
Atlantic Ocean Road

Sebelum ni dok tengok dalam Youtube saja. Nah alang-alang dah sampai Scadinavian lajak terus ke Molde, Norway yang mengambil masa 2 jam dengan menggunakan flight tapi dah kena transit di Oslo maka lebih kurang 6 jam jugak.

Takjub akan engineer yang bina jambatan ini sebab dah la berbengkok di tengah-tengah jambatan tu.

Lepas tu ombak siap melintasi jalanraya kot. Angin memang kuat betoi dan nasib tak berapa bagus hari hujan habis lencun dalam kesejukkan.

Nak cross jambatan ni umpama hampa mai Penang pastu nak naik jambatan Pulau Pinang hahaha! Macam tu la.

Cuma bezanya kat sini adalah ala-ala naik roller coster. Tak dinasihatkan datang sinidi musim sejuk.

2. Mengejar Sang Aurora di Sweden

mengejar-aurora-3
Aurora oh aurora di belakang hotel jew!
mengejar-aurora-4
Aurora oh aurora di kaki bukit
mengejar-aurora-5
Aurora oh aurora di kaki bukit
mengejar-aurora-6
Aurora oh aurora di atas bukit sky station
mengejar-aurora-7
Aurora oh aurora siap ada benda melintas!

Untuk hunting Aurora kali ni saya ke Abisko, Sweden. Disebabkan route kami bersambung dari Tromso, Norway so just ambil bas dari sana ke Narvik (4 jam perjalanan) lepas tu naik Artic Train Circle dalam sejam macam tu dan sampailah Abisko!

Bagaimana terjadinya fenomena misteri ini? Ia adalah disebabkan zarah-zarah dari sinaran matahari yang melalui megnet bumi dan bergaul dengan atom dan molekul oksigen & nitrogen di bumi maka terhasilah cahaya ni (hahah saya pun pening nak cerita).

Aurora ni ada warna merah jambu , hijau , kuning , biru , ungu, dan kadang-kadang oren dan putih. Biasanya, apabila zarah berlanggar dengan oksigen, kuning dan hijau yang dihasilkan.

Interaksi dengan nitrogen menghasilkan merah, ungu, dan kadang-kadang warna biru. So layan warna aurora yang saya dapat snap wokey.

Selain Sweden, aurora ni boleh tengok juga di Iceland, Kanada, Alaska, Norway, Finland dan negara lain yang dibawah garisan Artik. Kemungkinan nak nampak aurora ni kira tinggi di musim sejuk jadi sila gagah untuk kesejukkan.

Asas nak tengok dan snap gambar aurora

1. Tempat mestilah gelap dan jauh dari pencemaran cahaya lampu. Kalau boleh dalam hutan
2. Langit clear dari kabus dan awan, dan secara mata kasar boleh nampak aurora dancing.
3. Kamera serta tripod yang di setting dalam mode manual dan di shoot secara long exposure!

Bukan semudah yang disangka untuk tengok aurora ni. Berjam-jam jugak la keluaq 1-3 pagi menoreh gambaq katanya dalam kesejukkan malam.

Baca: HotelsCombined Dedah 7 Hotel Unik Dan Menarik Untuk Pemburu Aurora Borealis

3. ICE Hotel diĀ  Sweden

mengejar-aurora-1
Pintu masuk ke Ice Hotel
mengejar-aurora-8
Gereja habuan nak kawin
mengejar-aurora-9
Rock yaw dalam ice bar
mengejar-aurora-10
Ice bar dan air panas. Ahha.
mengejar-aurora-11
Menu dalalm ice bar
mengejar-aurora-12
Minum air pun cawan dari ais. Fuh!
mengejar-aurora-13
Kalau nk kencing macam mana?
mengejar-aurora-14
Bilik ais, kau mampu tidur?

ICE Hotel senang kata benda yang wajib hampa masukkan dalam itinerary bila sudah sampai ke Sweden.

Dari Abisko ambil lagi Artic Circle Train ke Kiruna (1 jam 30 min kot) antara bandar besar la jugak dari Abisko.

Dari Kiruna boleh ambil bus or taxi dan 20 minit perjalanan terus sampai ke Jukkasjarvi dimana terletakany ICE Hotel.

Apa yang istimewanya ICE Hotel ni adalah iainya wujud time winter saja iaitu bermula dari Dec – April dan setiap tahun hotel ini dibina dengan ukiran ais yang baru.

Terdapat 17 Art Suite, 14 Ice Room, 12 Northern Light Room, 5 Snow Room dan 2 Luxury Suite dan harga bai setiap bilik bermula dari RM1300-4300. Kau mampu?

Kalau bagi free pun tak ingin pun nak stay, sejuk wei cuba bayang nak kecing macam mana ahhaha.

Selain hotel ice, hotel yang tak berais jugak disediakan di luar ICE Hotel ini serta benda lain yang korang boleh tengok dan lawati seperti Ice Sculpting, Ice Church, Aurora Hall.

Yang paling awesome adalah ICE Bar “The World Coolest Bar” semua diperbuat dari ais hinggalah cawan yang sdihidangkan air tu pun daripada ais.

Nak order la jugak sirap limau ka, barli suam ka ahhaa. Malangnya semua minuman yang ditawarkan di sini beralkohol.

Bayaran masuk untuk visit lebih kurang RM 160. Enjoy the Winter!

Baca lagi: 8 Fakta Menarik Tentang Aurora Borealis Yang Mungkin Anda Belum Tahu