Bagi peminat filem seperti Diba Shami dan suaminya Fad Manaf, mengunjungi Festival Filem Cannes merupakan salah satu bucket list mereka.

Justeru pada Mei 2013, pasangan suami isteri ini telah mengambil keputusan untuk travel ke Peranchis bagi memenuhi impian mereka ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kunjungan mereka selama 10 hari telah bermula pada 23 Mei hingga 1 Jun 2013 dan ia menjangkau Selatan Peranchis (Nice-Cannes-Mougins-Villefranche Sur Mer, Ile Sainte-Marguerite ), Monaco, Ventimiglia (Italy) dan kemudiannya ke Paris bertemu 4 rakan mereka di sana dan travel bersama-sama hingga ke Amsterdam.

Menurut Diba, sudah lama mereka berangan untuk ke festival ini sebab setiap tahun ada berita tentang festival itu namuk kemuncaknya pada tahun 2009 sejak beliau membeli dan baca buku 501 Must-Be-There Events.

festival-filen-cannes-1

At Palais des Festivals, Cannes

festival-filen-cannes-2jpg

The Great Gatsby — in France.

festival-filen-cannes-4

Bajet keseluruhan travel di French Riviera

Disebabkan peak season (musim festival) Diba mengambil keputusan untuk menginap di rumah gaya homestay di Mougins (15 minit naik bas ke Cannes). Bayaran yang dikenakan ialah 50 Euro untuk 1 malam, termasuk sarapan setiap hari untuk 2 orang.

Harga itu dikira murah berbanding harga untuk hostel 16 bunkbed di Cannes, yang ternyata lebih mahal daripada harga homestay itu. Sewa homestay ini diperolehi daripada AirBnB.

festival-filen-cannes-13

The host is interior designer, jadi rumah dia memang lawa. Kami tanya harga rumah dalam jutaan Euro katanya.

festival-filen-cannes-12

Selain daripada dapat tinggal di homestay dengan kemudahan seperti di rumah (boleh memasak sendiri), mereka juga dapat melihat pemandangan pergunungan Alps yang cantik.

festival-filen-cannes-11

Homestay kami di Mougins Village tu juga merupakan tempat Picasso, Jean Cocteau,Yves Saint Laurent, Christian Dior, Winston Churchill pernah menetap. Sempat singgah rumah Pablo Picasso yang kini jadi galeri/muzium dia.

Menurut Diba, jumlah perbelanjaan untuk 10 hari perjalanan termasuk lawatan ke Paris dan Amsterdam adalah RM3000 seorang. Katanya perbelanjaan boleh dijimatkan lagi jika tidak membeli belah.

Mana-mana kami pergi kami pentingkan pengalaman yang lebih memberi kepuasan di sesuatu tempat seperti contoh masuk The Lourve di Paris. Alang-alang dah sampai biar puas dan balik dengan tidak mengatakan “ala kenapa tak buat itu, tak buat ini”.

Untuk kapalterbang, Diba memilih Emirates  dengan penerbangan Multiple City dari KL-NICE dan penerbangan balik dari Amsterdam. Tiket dibeli 2 bulan sebelum mereka berangkat pada harga RM3600.

Sebenarnya lebih murah kalau di Matta Fair kerana pernah dapat multiple city Etihad pada harga RM2700.

festival-filen-cannes-14

Finally in French Riviera. This is Corine and Vincent.We stay at their lovely home for 5 days.They don’t speak English and we don’t converse in French so we use Google translate most of the time — in Mougins le Haut.

Isu Islamophobia

Berkenaan isu makanan halal dan kunjungan mereka sebagai muslim ke rumah host di Peranchis, sedari awal sewaktu proses bertanya tentang tempat tinggal Diba telah maklumkan bahawa beliau seorang Muslim.

Kami beritahu dan dia faham. Jadi makanan yang dia sediakan pun tanpa bacon dan daging lain-lain. Kami ada berbual tentang Islamophobia dan dia beri respon simpati dengan kebanyakan orang berjanggut dan bernama Mohammad kerana dia pernah menyaksikan sendiri orang Islam bernama Mohammad diberi perhatian lebih di airport

festival-filen-cannes-16

Peristiwa kelakar dan paling diingati

Banyak juga yang terjadi. Saya ceritakan secara ringkas seperti berikut:

  1. Kami sewa motor dari Cannes mahu ke Monaco tapi berhenti di Nice kerana menaiki motor di lebuhraya ketika itu bahaya, angin kuat. Akhirnya kami naik train dari Nice.

festival-filen-cannes-8

Plan awal naik scooter dari Mougins ke Ventimiglia tapi stop kat Nice dan naik train dari sini (sebab lost dan terlampau sejuk) — at Nice Ville – Promenade Des Anglais.

festival-filen-cannes-15

Bumped into Rashida Jones (I Love You,Man/slapping the bass) — in Villefranche Sur Mer.

2. Ulang alik di tempat Rashida Jones minum bersama 2 orang rakan. Mula-mula malu dan segan nak tegur takut salah orang. Lepas ramahkan diri betullah dia Rashida Jones.

3. Peristiwa paling diingati pula adalah bila terserempak pelakon Rashida Jones dan menonton tayangan filem secara terbuka di tepi pantai dan suasana festival itu sendiri.

4. Kami juga tak boleh lupakan peristiwa berbual dengan tuan rumah menggunakan google translate dan ia umpama itik dan ayam. Bahasa lain-lain tapi masing-masing faham apa yang nak disampaikan.

5. Sajian sarapan pagi yang disediakan oleh tuan rumah juga sangat menyelerakan! Malah sewaktu kami pulang lewat malam kami dapat emel dari tuan rumah menanyakan khabar mungkin khuatir dan ambil berat kalau kami sesat.

festival-filen-cannes-9

6. Juga sewaktu naik motor hanya berpandukan papan penunjuk lokasi di tepi jalan tanpa peta waktu itu.

7. Satu lagi sewaktu minyak motor hampir habis, singgah di stesen minyak tapi kaunter dah tutup dan hanya kad diperlukan tapi kad kami tak diterima jadi kami teruskan sahaja perjalanan dan bertawakal melalui jalan yang gelap dan ada signboard ‘awas rusa melintas’.

8. Kelebihan membawa orang tempatan untuk menyewa motor, sepatutnya deposit mereka perlukan kad kredit, tapi dengan kehadiran host kami, atas budi bicaranya semua itu tak perlu. Kami hanya bagi cash sahaja.

9. Melawat penjara kisah legenda Man in the Iron Mask di Ile Sainte Marguerite. Seram sejuk sewaktu berada di dalam sel namun pemandangan dari tingkap kecil sel sangat indah dan menakjubkan!

10. Kelebihan menyewa motor dapat jumpa 3 kedai kebab/arab halal yang agak tersorok kedudukannya. Mostly kami tapau untuk makan malam dan untuk sarapan pagi host sediakan.

Croissant chocolate, Madeleines (bahulu Perancis), buah-buahan dan jus segar. Jadual padat dan lawatan singkat di French Rieveraselama 5 hari tak memungkin kami masak untuk host.

festival-filen-cannes-5

festival-filen-cannes-6

festival-filen-cannes-7

Orlando Bloom in action

festival-filen-cannes-3

Paparazzi paling teruk-Cannes Film Festival

Perasaan selepas dapat ke Festiva Filem Cannes

Perasaannya teruja sangat sampai beratur di barisan hadapan sebab nak tengok wayang free di tepi pantai walaupun cuaca malam suhunya jatuh dan agak sejuk.

Setiap penonton diberikan selimut seorang satu untuk menghangatkan tubuh. Nampak gelagat paparazzi tak bertauliah panjat pokok untuk dapatkan shot terbaik. Official journalist dan photographer dress up formal untuk cover event itu.

Saya dan suami memohon untuk membuat liputan media namun kerana terlalu renyah proses permohonan jadi kami prefer jadi penonton sahaja.

Nampak Orlando Bloom dan Audrey Tautou di layar putih dan di depan mata. Kumpulan Muse diwawancara di belakang kami.Banyak tayangan filem lama secara terbuka di tepi pantai tapi kami pilih The Birds oleh Alfred Hitchcock kerana masa.

Karpet merah dan orang-orang penting filem dan belakang takbir yang sampai dengan limosin hitam masing-masing dan gah berjalan di atas karpet.

Yang dekat dengan penonton sempat beri tandatangan. Ada yang meletakkan kerusi atau tangga masing-masing dan datang awal hanya untuk menyaksikan pelakon atau pengarah filem kesayangan mereka.

Ada penjualan cenderamata festival dan kami turut tak lepaskan peluang beli untuk buat kenangan.

Baca lagi: Kenangan Masa Kecil Bawa Lelaki Ini ‘Travel By Land’ 6 Bulan Dari Malaysia Ke Eropah

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram