Tiket free pulang beraya dari Norway ke Malaysia.

Projek ke Norway sebenarnya adalah untuk hiking dan kemudian memancing di Fjord (baca Fiord), makan ikan salmon.

Kami akan mendarat di lapangan terbang Fleshland. Perkataan Velkommen tertera dia papan tanda sebelah atas apabila sudah keluar dari pesawat British Airways yang bermaksud ‘welcome’ dalam bahasa Norway.

Selepas selamat sampai di Bergen, Norway kami terus menuju ke immigration untuk pemeriksaan passport. Namun, ia mendukacitakan apabila immigration Norway menyekat kemasukkan kami ke negara tersebut dengan alasan tiket keluar tidak valid dan tidak diketahui statusnya.

Kami cuba menegakkan hak dengan meminta bukti yang tiket kami itu tidak valid bagi mereka tetapi mereka berdalih dengan menyatakan mereka telah menghubungi pihak airlines Eurowings bagi mengetahui statusnya.

Mereka juga tidak memberi peluang kepada kami untuk menghubungi sesiapa bagi membuktikan tiket, jadual dan dokumen perjalanan adalah benar.

Kami disekat 3 jam di airport dan mereka cuba menyelesaikannya namun alasan sama diberikan iaitu tiket keluar dari Norway adalah tidak sah.

Mereka juga telah menghubungi orang yang akan menjadi host kami semasa di Norway. Kebetulan semasa sampai di Norway, kami tidak mempunyai rangkaian internet.

Jadi ia menyukarkan kami membuktikan tiket itu adalah sah dan alasan lain yang menyokong. Kami diminta naik ke bilik immigration dan mereka cuba translate segala data sebelum dibawa ke balai polis untuk ditempatkan dalam tahanan sementara mereka masih cuba menyiasat.

Rupanya kami dibawa ke penjara sementara di balai polis tengah kota Bergen.

Tiba di sana kami disambut oleh officer Kennett. Mungkin dia ketua petugas penjara. Kami dibawa ke bilik ‘penginapan’.

Barangan kami semua tidak dibenarkan untuk dibawa masuk bersama. Tali pinggang, jaket, bag, kasut dan semuanya. Dengan bilik kecil ditutup rapi berukuran lebih kurang 12×16 kaki, pintu jeriji yang hanya boleh diintai dengan hujung mata, 2 butang yang tertera ‘call’ dan ‘music’ untuk memanggil, 2 lubang jamban dan 2 tilam.

Huhhh! Apa nak buat? Seminit rasa macam sehari. Mujur kami meminta untuk bawa buku bersama sebagai bahan bacaan dan menulis.

Nahhaiii, dalam penjara memang tak tahu la siang atau malam. Jadi kami tidak tahu pukul berapa. Dan kiraan bagi berbuka puasa adalah dengan mengira dan mengandaikan jam ketika kami sampai di airport Bergen.

Kami memilih untuk berbuka mengikut waktu maghrib di London kerana tidak tahu waktu berbuka puasa di Norway. Nak tanya pengawal bertugas pun mereka tak tahu sangat English.

Dah lah tak bagi makan pulak tu kat penjara. Mau kebulur dibuatnya. Oleh sebab air yang sangat terhad, kadang kami berwuduk dengan air dan kadang kami tayamum ja. Pakai debu-debu dalam penjara tu.

Nasib baik juga kami bawa makanan pek semasa nak datang haritu. Makanan kami bawa makanan yang berunsur kacang. Sebab tahan lama sikit nak hadam tu.

hiking-di-norway-2

hiking-di-norway-3

hiking-di-norway-4

hiking-di-norway-5

hiking-di-norway-6

Buka puasa hari pertama kami makan kurma dan snickers, air masak pastu peanut butter. Mau sembelit dibuatnya.

Dalam penjara kami habiskan masa dengan membaca buku ‘Pesan Hati ke Hati’ dan ‘Berani Gagal’. Saja nak sedapkan hati dan kuatkan balik semangat yang tengah nak down.

Lena yang panjang pada malam itu dikejutkan dengan pintu sel dibuka waktu pagi. Kami dipanggil bagi memberikan kenyataan dan tentang laporan yang dibuat. Perbincangan disertai penterjemah English yang lebih fasih dari sebelumnya.

Dan keputusannya kami akan dihantar pulang ke Malaysia kerana laporan mengatakan kami di’reject’ dan isi kandungan dalam bahasa Norwegian.

Ishh, takkan kot. Ya la, takkan nak hantar ke Malaysia sedangkan kami punyai baki tiket lain yang masih sah tanpa keraguan mereka. Dan tiket lain juga valid suci murni.

Boleh saja mereka hantar ke Amsterdam di mana tiket Amsterdam ke London 4 hari selepas kami hiking di Norway. Alasannya, Norway yang merupakan negara yang tergolong dalam kumpulan Schengen Area di mana mereka tidak dibenarkan menghantar kami ke mana-mana negara Schengen Area. Mestilah kena keluar dari kawasan tersebut.

Hari kedua ni pun kami minta nak check tiket kami kat komputer. Sebab kami nak jugak bukti. Bayar £100 kot tiket tu senang-senang kata tak valid. Mereka tak benarkan juga.

Jadi keputusannya adalah menghantar kami pulang ke Malaysia sama ada esok atau mana-mana tarikh yang ditetapkan. Nahh haii!! Takkan nak duduk lama-lama dalam penjara.

Hari kedua tu pun tak bagi makanan langsung. Meratah maggi ja buat keropok. Pastu time nak sahur barulah minta makanan ada ka tak. Roti ngan keju ja. Bolehlah.

Yang tahanan lain meronta-ronta dalam tu. Tak tahu nak apa. Smoking time ada pulak. Tu pun bergari tangan depa hisap rokok.

Hari ketiga solat subuh diganggu officer datang ketuk pintu sel tanya nak makanan ke tak. Hari ketiga baru tanya. Aku cakap tak nak la. Dah puasa dah.

Kami kena tangkap gambar dan fingerprints sebelum kami dihantar pulang. Ada lah polis 2 orang ikut kami hantar ke Oslo dari Bergen, salah satunya officer Kennett tu.

Dan dalam perjalanan dia tunjuk-tunjuk tempat menarik kat Norway, permandangan dari rumah dia, tempat main ski, projek dia buat, anak dia semua.

Sampai Oslo, kami diserahkan pada polis Oslo. Turun ja flight, terus naik kereta polis. Tak lalu ikut laluan penumpang turun tu sampai masuk dalam bangunan airport tu.

Turun flight dan lalu ikut bawah di landasan flight. Kereta polis tunggu siap. Pastu bawa naik kereta pergi flight satu lagi. Hantar depan tangga dan bukan laluan penumpang biasa.

Macam penjenayah besar pulak rasa. Sempat lagi suruh polis tu tolong ambilkan gamba kat depan flight. Dan adegan serah menyerah ni dari Bergen ke Oslo, Oslo ke Doha, dan Doha ke Kuala Lumpur.

Masa kat Oslo tu lah barulah kami dapat semula telefon dan barangan lain. Masa kat Oslo tu juga dapat rangkaian internet. So, kami dapat check tiket, check status bank sama ada dah deduct ke belum, tengok email, hubungi rakan dan semuanya.

Dan semuanya valid, sah dan suci. Kami beritahu polis dan tunjuk bukti semuanya. Tapi tak boleh buat apa dah. Positif sajalah. Norway bagi tiket free pulang beraya dan tiket dari Norway ke Kuala Lumpur lagi mahal dari tiket depa cakap tak valid tu.

So, sapa tak ada duit nak beli tiket balik boleh lah cari idea bagi hantar balik free. Hahaha. Belum rezeki nak rasa nikmat nature Norway.

hiking-di-norway-7

hiking-di-norway-8

hiking-di-norway-1

Insyaallah kami akan kembali ke Norway dalam masa terdekat jika sempat. Juga disarankan oleh pihak polis kepada kami jika ingin kembali sila cuba hiking di tempat yang namanya ‘Preikestolen'(dalam gambar di atas), 4 jam dari bandar Bergen.

Pengembaraan tanpa bekalan merupakan tradisi pelarian. Kita bukanlah pelarian yang keluar dari tanah sendiri, sebaliknya kita yang sukarela ingin mempelajari ‘keistimewaan’ sepanjang pengembaraan tersebut.

Norway kami akan datang balik tuntut perjalanan yang berbaki.

Baca lagi: Selepas 44 Tahun Dalam Penjara, Lelaki Ini Terkejut Dengan Teknologi Sekarang