Bila sebut negara Laos, rasanya masih ramai pengembara dari Malaysia berkerut dahi apa yang mereka akan alami sekiranya datang ke sini. Bagi kami berlima kunjungan ala backpakers sememangnya menguji kesabaran dan kenangan terindah ketika berada di bandar warisan UNESCO ini.

l2
Mount Phone Nguyen

Vang Vieng

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Apabila selamat tiba di airport Luang Prabang, kami perlu bergegas ke stesen bas untuk bergerak ke destinasi kami seterusnya iaitu Vang Vieng yang jaraknya 190km dari Luang Prabang. Episod pengalaman kami berlima bermula dengan keadaan di dalam bas dipenuhi warga tempatan Laos dan juga ternakan serta barang keperluan harian mereka. Ditambah pula keadaan lebuhraya Laos yang azab. Mujur kami disajikan dengan panorama gunung-gunung semulajadi Laos yang cantik, perjalanan selama 4 jam kami tadi sememangnya berbaloi!

Bandar Vang Vieng yang juga berdekatan dengan sungai Mekong ini dikunjungi ramai warga Korea kerana pelbagai aktiviti serta keindahan alam semulajadi yang cantik terdapat disini. Seperti lazimnya kami tidak akan melepaskan peluang mendaki gunung pada setiap trip yang kami kunjungi. Gunung Phone Nguyen kami pilih kerana jarak pendakian yang agak pendek dan trek semulajadinya. Perjalanan 4 jam keseluruhan diperlukan untuk anda menikmati keindahan sekitar gunung gunung Vang Vieng. Kami telah disambut dengan hujan lebat ketika sampai dipuncak Phone Nguyen.

l3
Entrance Mount Phone Nguyen

l4

Perjalanan kami dengan menaiki motor sewa diteruskan ke pendalaman Vang Vieng untuk sampai ke destinasi seterusnya, Blue Pool 1 dan Blue Pool 3. Kami juga berpeluang menyerahkan set alat tulis kepada kanak kanak kampong secara percuma!. Blue Pool 1 dan Blue Pool 3 ini mempunyai kolam kolam air yang cantik. Disini anda berpeluang dan bakal disajikan oleh kepelbagaian aksi terjunan oleh para2 peserta seluruh dunia.

Malam hari di bandar Vang Vieng akan mejadi sesak dan dipenuhi dengan mereka yang mencari hiburan dan restoran. Kami juga tidak melepaskan peluang untuk merasa roti nan Laos dengan kadar bayaran melampau untuk kami berlima iaitu RM210! Dan ianya sungguh menginsafkan! Hahaha.

Luang Prabang

l5
Bamboo Old Bridge

Pengalaman ketika menaiki bas untuk ke Vang Vieng sememangnya menjerihkan kami berlima. Kami bersepakat untuk menaiki van bagi perjalanan balik semula ke Luang Prabang bandar warisan UNESCO. Bandar Luang Prabang ini sememangnya mempunyai daya tarikannya tersendiri dengan kepelbagaian bangunan bangunan lama yang sememangnya dipelihara cantik. Kebanyakan bangunan bangunan lama ini telah diubah suai untuk dijadikan hotel atau ‘homestay’ untuk mereka yang bakal mengunjungi Luang Prabang.

Kami juga berpeluang untuk mengujungi ‘Bamboo Old Bride’ yang dibina khusus untuk penduduk sekitar melintas untuk ke bandar Luang Prabang. Jambatan ini akan runtuh ketika musim tengkujuh dan akan dibina semula setiap tahun.

l6
Tat Kuang Xi Waterfall

l7

Air Terjun Tat Kuang Xi, Luang Prabang tempat wajib dikunjungi sekiranya anda mencari antara air terjun yang cantik di dunia. Air Terjun setinggi 7 tingkat ini sememangnya lain dari air terjun yang pernah kami kunjungi. Airnya yang jernih dari kolam kolam disitu seolah-olah memanggil kami untuk terjun kedalamnya.
Didalam kawasan air terjun Tat Kuang Xi ini, terdapat juga pusat pemulihan beruang. Anda akan menemui pelbagai saiz beruang berada disini.

Tarikan utama di bandar Luang Prabang ini adalah Pasar Malamnya (Night Market). Kepelbagaian barangan untuk pelancong dijual di sini. Perlu diingatkan anda harus bijak untuk menawar harganya kerana barangan yang dijual tidaklah murah seperti anda sangka seperti pasar-pasar malam ditempat lain.

Berhampiran bandar Luang Prabang, terdapat satu gunung suci bagi masyarakat setempat Gunung Phousi. Kami perlu mendaki anak anak tangga yang disediakan untuk sampai kepuncak. Anda pasti disajikan pemandangan sekeliling bandar Luang Prabang.

l8
Mekong River Cruise

Sememangnya bagi kami negara Laos ini selamat untuk anda kunjungi walaupun negara LAOS ini masih lagi jauh di belakang dari sudut ekonomi dan juga sosial. Anda dinasihatkan untuk bersiap sedia dari segi mental dan juga fizikal! Laos sememangnya telah menginsafkan kami.