Inilah road trip kami sejauh 3059km pemanduan, pulau-pulau indah, drone dan kopi.

Hari Pertama: Ayer Hitam – Arau
Kami mulakan #RoadtripTH dari rumah aku di Ayer Hitam, Johor lewat petang Khamis. Tiba di Arau agak lewat malam, jadi kami setuju untuk tidur dia Masjid Besar Arau sekejap sementara subuh lepas makan malan. Silap besar, nyamuk nauzubillah banyak makan kami. Tak boleh tidur.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hari Kedua: Arau – Wang Kelian – Satun – Koh Lipe

Page esoknya kami bungkus sarapan di warung dan terus tuju ke point pertama, Bukit Keteri, Perlis, bukit batu kapur termasyur di Perlis.

Sebelum masuk ke sempadan, kami isi minyak penuh lepas berhenti di hentian puncak Wang Kelian. Lepas lintas sempadan Thai, kami jalan kaki ke gunung dan taman negara sebelum sampai ke bandar Satun untuk beli simcard Thai.

Dari Satun ke Pak Bara lebih kurang 45 mins sahaja. Kami ambil bot lepas makan tengah hari. Ini bukan masa yang terbaik untuk melawat Koh Lipe & pantai-pantai sebelah barat sebenarnya.

Angin barat daya sangat kuat jadikan bot yang kami naik macam roller coaster. Satu jam setengah perjalanan yang paling mencabar.

Bila kami sampai Koh Lipe, cauca tenang langit cerah, udara segar dan laut sangat cantik. Mungkin sebab Koh Like di sebalik Koh Adang.

Kami terus check-in Harmony Bed & Bakery untuk 2 malam. Walking Street cuma beberapa langkah sahaja dari pintu hotel, jadi kami tak ada masalah nak cari makan.

Hari Ketiga: Koh Lipe

Matahari terbit di Sunrise Beach tersangatlah cantik pagi ini. Kami habiskan masa sepagi di sekitar Sunrise Beach dan hotel sekeliling.

Kebanyakkan hotel mewah di tutup pada low-season. Pada sebelah petang kami habiskan masa berjalan kaki sekeliling pulau dari Sunrise Beach ke Sunset Beach dan kemudian ke Pattaya Beach sehingga senja.

Di hujung pantai Pattaya ada satu kem askar, jadi waktu petang mereka berlatih di sepanjang pantai.

Kami terus ke restoran Melayu di sebelah hotel kami untuk makan malam, cuma beberapa langkah je dari hotel. Restoran Tisnem Halal Seafood. Tokey kedai ramah, makan pun murah. Kami jumpa kawan sekampung dari Johor di sini.

tip-bercuti-ke-koh-lipe-1

tip-bercuti-ke-koh-lipe-2

tip-bercuti-ke-koh-lipe-3

tip-bercuti-ke-koh-lipe-4

tip-bercuti-ke-koh-lipe-5

Hari Ke Empat: Koh Lipe – Pak Bara – Trang – Ao Nang

Awal subuh kami terus ke Sunrise beach tapi kali ni dengan kawan baru kenal semalam. Kami ke Pandit Serendipity Beach Resort untuk dapatkan pemandangan yang terbaik.

Hampir 2 jam kami habiskan di sekitar Sunrise beach. Memang terbaik. Sebelum kami berangkat, sempat singgah di kedai Tusneem.

Tepat 9.30am bot bergerak keluar dari Koh Lipe dan kami sampai ke jeti Pak Bara jam 11am. Cuaca baik tak berombak seperti sebelumnya.

Sepanjang perjalanan kami sempat berhenti di beberapa warung untuk tapau makan tengah hari. Somtam dan salad daging bakar terbaik pernah kami rasa.

Sampai di Trang kami singgah ke Robinson lebih kurang sejam untuk beli barang keperluan sebelum teruskan perjalanan ke Krabi yang ambil masa lebih kurang 4 jam.

Bila kami sampai ke Krabi dah pun hampir senja. Sempatlah beli makanan di pasar malam dulu. Selepas itu terus ke Oscar Pool Villa Ao Nang.

Villa ni taklah jauh dari pantai, cuma kalau ada kenderaan tu satu kelebihanlah. Kami check in untuk satu malam dulu sebab tak tau nak singgah lama atau teruskan perjalanan lagi.

Hari Ke Lima: Ao Nang – Railay Bay – Thubkaek

Sebab dah tau cuaca tak berapa nak baik, kami tak ambil pakej pulau-pulau, tapi kami beli tiket longtail boat untuk ke Railay Bay.

Cuma 10 minit dengan bot dah sampai ke teluk yang di kelilingi bukit batu kapur. Tersangat cantik.

Kami habiskan masa seharian di Railay Bay, tidur dalam hammock, makan tengah hari bawah pokok, pusing-pusing pantai. Tengah hari hujan turun agak lebat, nasib kami pilih tempat yang betul, bawah pokok ni tak kena hujan.

Kami keluar dari Railay Bay lewat petang dan ke Ao Nang seterusnya ke Thub Kaek beach untuk sunset. Cuaca tak berapa menarik untuk sunset harini tapi kami dapatlah juga gambar sikit.

Keluar dari Thubkaek kami terus ke Walking Street Ao Nang untuk makan malam di stall tepi jalan dan seterusnya cari cenderhati. Rasanya ini kali ke 5 aku sampai ke Ao Nang.

Kami sambung satu malam lagi di Oscar Pool Villa, ada kolam depan bilik memang bestlah berendam malam-malam.

Hari Ke Enam: Ao Nang – Ratchaprapa Dam – Surat Thani – Koh Samui

Perasaan bercampur baur antara nak terus ke Samui atau ke Phuket dulu. Memang banyak tempat yang menarik di Phuket, tapi tengah cuaca tak berapa nak cantik ni macam rugi rasanya kalau ke sana.

Rugi memandu jauh-jauh duduk dalam hotel je nanti. Jadi kami teruskan perjalanan ke Samui sebab jauh lagi nak sampai.

Aku banyak baca tentang Ratchaprapa Dam ni, Guilin of Thailand orang panggil. Rupabentuk mukabumi sekitar tasik ni seaakan-akan di Guilin.

Kami cuba untuk ambik bot ke Guilin tu, tapi cuaca teruk, hujan lebat. Jadi kami terpaksa batalkan niat.

Teruskan perjalanan ke Surat Thani. Kami ke Raja Ferry dan beli tiket sehala. Cuma THB800 untuk kereta dan 4 orang. Kali ketiga aku masuk Samui.

Pertama kali dulu dengan Sudin, naik bas 8 jam dari Hatyai nak sampai ke Samui ni jauh ya amat. Tak sempat nak sampai ke pulau sebelum sunset, kami menghayati sunset dari atas ferry dah cukup puas.

Sampai sahaja ke Koh Samui kami cari hotel berdekatan Kampung Melayu Samui. Makan malam di Melayu Samui Seafood, menu baik tapi tak sama macam dulu.

Dulu datang sini dengan Sudin siap kena jemput kenduri kahwin. Niat nak sarapan sekali tu dapat makan nasi kenduri. Sedap oi. Selesai makan, kami check-in di The Fisherman’s Challet untuk 2 malam.

Hari Ke Tujuh: Koh Samui

Sebelah pagi tu nampak semua penat, aku pergi ke kampung nelayan sorang-sorang untuk ambil gambar sunrise dan cari sarapan. Sekitar Maret ni ada pasar ikan, jual barang dapur dan sarapan.

Ada satu kedai melayu pakcik Yamin kat sini, nasi baryani dan nasi daging dia sangat sedap. Murah tu dah tentulah.

Ada pulak jual durian, beli la sikit buat rasa. Tengah musim buah ni sama macam tempat kita. Lepas sarapan aku tidur sepagi tu kepenatan.

Tengah hari barulah keluar jalan-jalan. Cuaca sangat baik, langit biru, ombak halus je beza dengan masa aku datang dengan isteri dan anak-anak awal tahun haritu.

Masa jumpa BangRak market aku beli sekilo udang besar ya ampun. Bukan udang tu je yang menarik, awek-awek hot yang jual udang masalahnya atas hilux.

Masa nak balik ke hotel jumpa pulak tempat aku pernah pergi dengan Sudin dulu makan tiram segar dan salad telur belangkas. Murah gila sini oi. Lebih kurang RM2-RM6 je seketul tiram hidup. Mana nak dapat bang.

Korang tengok-tengoklah sebelah kiri selepas area jeti sebelum sampai bandar tu. Ada 7-Eleven depan kedai tu. Sampai ke hotel terus aku goreng udang besar tu.

Nasib bawak dapur dan garam kunyit. Ada pulak lauk-lauk thai beli tadi. Puas makan ramai-ramai.

Lepas makan kami terus ke pasar di Mae Nam depan-depan Central Festival Plaza. Dapatlah makan sotong bakar kat sini. Banyak souvenier juga budak-budak ni beli.

tip-bercuti-ke-koh-lipe-6

tip-bercuti-ke-koh-lipe-7

tip-bercuti-ke-koh-lipe-8

tip-bercuti-ke-koh-lipe-9

tip-bercuti-ke-koh-lipe-10

tip-bercuti-ke-koh-lipe-11

Hari Ke Lapan: Koh Samui – Surat Thani – Amphoe Tha Sala – Nakhon Si Thamarat – Thale Noi – Hat Yai

3 hari memang tak cukup kalau ke pulau ni. Tapi apakan daya nak kena ikut jadual cuti Zaidi.

Jadi kami keluar awal pagi lepas sarapan kat kedai pakcik Yamin yang aku beli sarapan semalam. Nasi Baryani, Nasi Daging, Pulut Bungkus, Puding Jagung. Sedap oi. Perut kenyang, sambung jalan-jalan.

Tempat terakhir kami berhenti, Laem Sor Pagoda, Taling Ngam. Puncak terbaik untuk nampak Pulau Tean dan Pulau Mat Sum.

Kami ambil feri Setran pula kami ni, depan sikit dari jeti Raja Ferry. Harga sama, tapi lebih selesa. Kami terus menghala ke Hat Yai setibanya di Surat Thani.

Sepanjang perjalanan tu ada beberapa perhentian kami berhenti. Lepas solat di masjid Ban Nai Thung, jumpa pula pasar tepi laut. Ada jual ikan kering, bilis, keropok dan ikan basah.

Boleh pula jumpa udang lipan besar-besar macam kat Semporna tu, terus beli semua. Sotong besar-besar pulak tu. Ketam hidup lagi.

Tanya makcik tu mana nak masak. “Paking Kao?” Dia terus pegi kedai makan tepi pasar tu bawak sorang abang datang.

“Nak apa?” Terus pecah gelak kitorang ni. Abang ni borak dialek Johor, bukan Melayu Pattani lagi. Rupanya dia pernah kerja kat Batu Pahat dulu.

Memang rasa macam borak dengan orang kampung la. Terus mintak tolong dia masakkan udang lipan dan sotong tu. Kedai dia tepi pasar betul.

Kami order sup daging dan nasi putih. Udang Lipan tu goreng kunyit, sotong tepung. Pergh berasa betul isteri abang ni masak. Ikhlas betul masaknya.

Sup daging sedap gila, udang tepung tu siap berempah. Lain kali mesti singgah lagi kedai abang ni.

Kali ini perjalanan kami memang amat jauh. Tak sampai-sampai rasa. Berhenti kejap di Ban Thale Noi Wetland, jambatan lebuhraya terpanjang merentasi kawasan wetlands dan santuari burung.

Agak menakjubkan macam mana mereka boleh buat jambatan tanpa ganggu sistem ekologi kawasan tadahan air terbesar ni.

Rasanya aku boleh duduk berminggu di sini untuk hayati pemandangan, tengok burung ayam-ayam, burung pangling dan teratai.

Kami nak singgah sawah padi yang sangat besar tu tapi tak sempat. Sekeliling batas sawah padi ni ada pokok kelapa laut. Rasa macam kat dunia lain dah.

Tapi masa kami sampai dah terlalu gelap. Jadi kami teruskan perjalanan ke Hat Yai. Sampai ke Hat Yai kami singgah ke Asean Night Bazar untuk makan malam.

Aku mengada-ngada mintak chili flakes extra dengan seafood salad yang aku order. Terbakar mulut. Pedas gila. Malam tu kami check in The Train Hotel.

Hari Ke Sembilan: Hat Yai – Pattani – Narathiwat – Besut

Hari Jumaat adalah paling sebuk di mana-mana pasar Hat Yai. Kami jalan kaki 10 minit untuk sampai ke pasar pagi.

Sayur murah murah, buah, baju, semua jual dalam bundle besar. Sekilo anggur yang comel-comel takda bijik tu THB80 je. Segala macam supplier semua ada sini.

Sejam mana cukup. Lepas check-out, terus kami tuju ke Pattani. Katanya sekarang ni memang tengah banyak bom, tapi semua ditujukan ke politik sahaja. Jadi selamat untuk pelancong.

Tapi selang 10 minit atau kurang, mesti jumpa road block askar. Kami singgah ke Masjid Kur Sea yang jadi kubu semasa kena serang dengan tentera dulu.

Nampak kesan tembakkan kat dinding dan pintu. Masjid ni berusia 502 tahun kaya dengan sejarah islam Pattani satu ketika dulu.

Teruskan perjalanan, kami singgah di mall terakhir untuk stock biskut ovaltine dan Digestive, Hotwheels & Majoratte sikit buat anak-anak.

Sebelum lintas sempadan kami singgah di Tak Bai, satu lagi zon merah. Pintu sempadan tutup jam 9, kami sampai tepat masanya & cukup-cukup minyak. Dari sempadan kami terus ke Besut, bermalam di D’Muara One Chalet.

Hari Ke Sepuluh: Besut – Bukit Keluang – Marang – Rantau Abang – Kuantan – Ayer Hitam

Bukit keluar memang ada dalam senarai, cuma tak tau pulak haritu teramat ramai umat nak panjat. Beratus orang panjat Bukit Keluang dengan kami.

Walaupun cuma 10 minit je nak sampai puncak, tapi rasa lama betul bila dah ramai sangat. Ajoi berjaya panjat bukit ni beb, setengah jam.

Kalau korang ada plan nak panjat bukit ni, silalah datang seawal yang boleh. Masuk ikut entry point sebelah kanan bukit sebab lebih mudah nak daki dari sini.

Tolonglah bawa balik botol air yang korang bawa naik atas tu. Mintak tolong sangat.

Pemandangan memang amat cantik. Untuk turun agak mencabar sikit sebab licin. Jadi berhati-hatilah. Ada jumpa akak ni pakai wedges je naik atas, hebat akak ni. Tapi kasut dia tak selamat, harap kaki dia selamatlah.

Dari Besut kami singgah di Rantau Abang dan Marang. Ambik gambar sikit dekat Batu Pelanduk dan hutan paya. Ini perhentian terakhir kami di Terengganu.

Lepas dari situ kami berhenti di Kula Cakes, Kuantan. Kami cuba signature menu dia Mango Cheesecake. Sedap. Nuttella Pavlova, Choc Moist, Red Velvet dan Blueberry Cheese.

Itulah pengakhiran road trip kami. Total 3059km pemanduan, 6 jam bot dan feri, 38 tingkat hiking, beratus kilo jalan kaki. Ini roadtrip ke 3 aku ke Thailand. Trip seterusnya akan cuba lebih jauh lagi.

Baca: 10 Aktiviti Menarik Yang Boleh Anda Lakukan Sewaktu Di Krabi, Thailand

tip-bercuti-ke-koh-lipe-12

tip-bercuti-ke-koh-lipe-13

tip-bercuti-ke-koh-lipe-14

tip-bercuti-ke-koh-lipe-15

tip-bercuti-ke-koh-lipe-16

tip-bercuti-ke-koh-lipe-17

Costing

Hari Pertama: Ayer Hitam – Arau

Minyak RM160/4 orang
Toll RM90/4 orang

Hari Kedua: Arau – Lipe
Minyak RM80/4 orang
Insuran, borang TM2, borang TM6 RM100/4 orang
Ferry ke Lipe RM26/ 1 orang
Simcard RM18/1 orang
Bed & Bakery Hotel x2 malam RM300/ 4 orang

Hari Ke Tiga: Lipe
Makan sahaja

Hari Ke Empat: Lipe – Ao Nang
Oscar Pool Villa x2 malam – RM300/4 orang

Hari Ke Lima: Ao Nang
Longtail Boat ke Railay Bay – RM12/1 orang

Hari Ke Enam: Ao Nang – Samui
Minyak RM116/4 orang
Ferry Samui RM94/4 orang + 1 kereta
The Fisherman’s Challet x2 malam – RM340/4 orang

Hari Ke Tujuh: Samui
Makan sahaja

Hari Ke Lapan: Samui – Hat Yai
Minyak – RM116/4 orang
Ferry dari Samui RM94/4 orang + 1 kereta
The Train Hotel RM200/4 orang

Hari Ke Sembilan: Hat Yai – Besut
Minyak RM140/4 orang
D’Muara One Chalet RM80/4 orang

Hari Ke Sepuluh: Besut – Ayer Hitam
Minyak RM70/4 orang

Duit makan kami kumpul-kumpul & bayar sekali. Cuma lebih kurang RM300 untuk 4 orang.

Jumlah keseluruhan bagi seorang hanyalah RM700 untuk 10 hari di atas jalan, hotel, makan, feri dan sebagainya.

Tips:

1. Bawa geran asal/salinan untuk buat insurans Thai.
2. Tukar duit sikit kat Malaysia, selebihnya tukar kat Thai atau guna debit card. Lebih murah.
3. Travel Light. Walaupun bawak kereta, biarlah bonet kosong, Balik nanti macam-macam nak isi.
4. Bandingkan harga online & walk-in hotel. Dapat harga online, terus telefon hotel untuk tanya harga. Adakalanya lebih murah walk-in.
5. Beli Simcard Dtac THB150 yang ada data unlimited untuk 1 bulan. Speed 1Mb sahaja, tapi stabil. Untuk upload video kat IG senyum je. Lagipun hotel ada internet laju. Rugi je beli mahal-mahal.
6. Kalau masa singkat, tempah insuran kereta dengan ejen. Ada lain-lain jenis insuran. Yang biasa orang kita ambik insuran buka jalan. RM17 Seminggu. Tapi kalau nak perlindungan penuh ambil insuran yang mahal RM150 tak silap.

Baca lagi: 17 Tip Travel Ke Krabi, Thailand