Nota Editor: Tip ini telah dikongsikan oleh Ida Yunus yang pernah melakukan ‘solo travel via Trans-Siberian’ dari Beijing ke Moscow. Ida kemudiannya meneruskan pengembaraan beliau menjelajah negara Eropah secara backpacking selama hampir setahun.

Setakat ini Ida telah mengembara ke 25 negara dan menggunakan ‘couchsurfing’ untuk belajar tentang adat, budaya, ekonomi dan kehidupan seharian rakyat di negara yang beliau kunjungi.

ida-22

Saya sampai di Lake Baikal, Olkhon Island, Rusia  ni masa ambik trip Trans-Siberia. Lokasi ini terletak di laluan Trans- Siberia dan antara jadi saya idaman nak pergi. Lake Baikal merupakan planet deepest and oldest lake.

ida-9

ida-3

ida-21

Waktu sampai, bulan April. Off Season. Pulau tutup. Nasib baik sebab dapat host couchsurfing kat sana, dan dia ajar macam mana nak ke pulau tu.

ida-11

Sebelum tu saya pegi stesen bas kat Irkutsk nak beli tiket bas, memang tak ada. Kecewa gila.

lake-baikal

Macam ni lah rupa tasik tu jika korang pergi pada bulan Januari atau Februari

Saya advice, korang pergi lah bulan Januari / Februari, boleh tengok fenomena ais yang frozen gila dan macam jalan atas kaca.

ida-2

Bagi yang terpergi time offseason macam saya (April – Jun) cara-caranya adalah:

1. Kalau ambik Trans-Siberia train, turun kat Irkutsk. Ada juga flight ke Irkutsk ni.

ida-18

2. Ambik minibus di Irkutsk ke Khuzir. Perjalanan dalam 5-6 jam (dalam 300km camtu). Pergi seawal 8am. elok booking dulu, selalu full. Cara booking sama ada mintak tolong hostel korang or pegi je kat depan seberang jalan stesen bas. Ada minibus banyak-banyak tu, itulah dia. Harga dalam 500 RUB.

ida-1

3. Dah sampai kat jeti, ada hovercraft. Harga dlm 300 RUB 1 way. Untuk local free aje. Khidmat hovercraft nie pun atas belas ehsan untuk orang luar yang gatai jugak nak ke sana walau dah cakap pulau tu tutup.

Baca: 18 Pemandangan Indah Musim Sejuk Di Mongolia

ida-19

4. Kat seberang sana, dah ada van yang tunggu untuk sambung perjalan ke Khuzir. Tak payah bayar dah, naik je. Khuzir nie lah perkampungan yang banyak hostel dan hidup. Tapi malang bagi saya sebab off season. Kedai runcit je bukak. Segala mak nenek kedai/restoran ke apa ke semua tutup. So, survive makan cekelat, air milo dengan roti je lah.

ida-17

5. Nak balik ke Irkutsk, boleh beli tiket minibus kat Nikita homestead. Booking awai jugak. Sebab Off season. Macam mati akal sikit. Untuk pusing pulau, selalu ada local yang akan offer trip ni.

ida-16

Jadi 3 hari saya dok berulang alik ke Nikita Homestead nie dok tunggu kot ada tourist lain nak join sewa van pusing-pusing pulau. Kehidupan kat sini sangat sangat sangat minimalis terasa cam hidup zaman dolu-dolu.

ida-5

ida-8

ida-12

ida-13

Sebab saya stay dengan host couchsurfing, so aktiviti banyak sikit lah macam bekebun, merayau naik basikal, kacau pakcik mancing, layan budak main bola dll.

ida-4

ida-23

ida-20

5 hari saya kat sini sebelum saya teruskan perjalan ke next stop sepanjang perjalanan menggunakan laluan trans-seberia. Tak rugi datang sini tau. Best!

Baca juga: Pengalaman Di Kiev Sewaktu Tragedi MH17 Mendorong Lelaki Ini Travel Via Trans-Siberian

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤