realme Malaysia akhirnya mengakhiri penantian peminat seluruh negara dengan melancarkan dua produk yang amat dinantikan iaitu produk audio realme Buds Air dan telefon pintar realme 5i sebagai ahli baharu keluarga siri kelima realme.

Selain pelancaran pengenalan bagi tahun ini, realme Buds Air juga merupakan produk IoT pertama realme.

realme Buds Air adalah produk yang menjadi tumpuan bagi menawarkan pengalaman audio tanpa wayar. Tujuanya hanya satu, iaitu memberikan kebebasan bagi mendengar muzik di mana sahaja anda berada.

realme-Buds-Air-8

Ciri audionya ditambah baik dengan custom R1 chip dan Bluetooth 5.0 yang membolehkan sambungan segera di antara realme Buds Air dan telefon pintar. Bukan itu sahaja, penggunaan realme Buds Air juga memberi prestasi bateri yang lebih baik dan akses kawalan pintar (smart assistant) yang menyenangkan.

Dengan transmisi dwi-masa sebenar, realme Buds Air dioptimumkan dengan Mod Permainan yang memastikan pergerakan sempurna antara visual dan bunyi, iaitu kelewatan bunyi bagi mod biasa adalah 243.8ms, manakala bagi mod permainan adalah 119.3ms. Ini sudah pasti bakal menjadi buah mulut dan idaman setiap peminat mobile gaming tegar.

realme Buds Air juga dilengkapi dua mikrofon dengan teknologi Environment Noise Cancellation yang mengenal pasti setiap perkataan dan menyaring sebarang bunyi latar belakang. Semasa pengguna membuat panggilan contohnya, suara anda akan tetap jelas walaupun dalam suasana yang bising.

Screenshot 2020-01-15 at 1.56.37 PM

Manakala bagi pengecasan penuh melalui kabel type-C, realme Buds Air boleh digunakan untuk tempoh sehingga 17 jam. Dari segi reka bentuk, realme Buds Air mempunyai bentuk kanal telinga yang sangat sesuai secara semulajadi terintegrasi dengan telinga anda.

Produk realme Buds Air turut menyokong operasi sentuhan pintar dan menyediakan kawalan pintar untuk menjawab atau menamatkan panggilan, menukar muzik, melancarkan pembantu suara serta keluar masuk mod prestasi dengan sentuhan.

Teknologi melalui Google Assistant ini membolehkan seseorang menikmati gaya hidup pintar baharu tanpa mengeluarkan telefon, boleh mengawal playback muzik, panggilan, pelarasan volume dan perkhidmatan maklumat, seperti cuaca.

realme 5i – telefon pintar baharu dari realme

Model ini dikuasakan oleh cip pemproses Qualcomm Snapdragon 665 An 11nm, yang beroperasi pada kelajuan jam 2.0GHz bersama-sama dengan prestasi permainan yang dipertingkatkan dan generasi Qualcomm AI Engine ke-3.

82443359_2296702477294408_7169771782625296384_o

Sudah pasti memberikan prestasi cemerlang dalam segmen harganya. Ia dilengkapi dengan bateri sebesar 5000 mAh yang memberikan pengguna prestasi hayat bateri yang lama dan tempoh stand-by 30 hari.

realme 5i juga dilengkapi dengan perlindungan tahan api dan tiga kali perlindungan untuk keselamatan bateri.

82019051_2297702737194382_8749116186047807488_o

Bagi ciri kamera, ia hadir dengan quad kamera ultra lebar – 119 ° lensa sudut lebar (8MP), kamera utama (12MP), lensa potret (2MP) dan lensa ultra makro (2MP). Kamera utamanya juga menyokong kesan EIS yang lebih baik, jadi pengguna boleh mengambil video yang lebih stabil semasa bergerak.

realme 5i boleh didapati pada dua warna iaitu Aqua Blue dan Forest Green.

83009249_2302767963354526_4050214465763803136_o

Berikut adalah harga untuk kedua-dua produk baharu realme. Apa yang pasti, Buds Air bakal dijual dengan potongan besar pada 21 January nanti.

Sebelum itu, apa kata anda layan dahulu lagu baharu yang dikeluarkan oleh Meerfly, MK dan Kidd Santhe khas untuk realme.

Dengarkan Versi Remix Haa Tepok Yang Dihasilkan Khas Buat realme

Lihat Kualiti Gambar Menakjubkan realme X2 Pro, Peranti Unggul Buat Kaki Travel