Khas buat peminat Kurt Cobain. Sebelum kerjaya di Seattle, sebelum Nirvana ditubuhkan di sinilah segalanya bermula.

Tempat dia dilahirkan dan membesar hingga hujung zaman remaja, tempat di mana keluarganya bercerai berai yang menjadi punca kebencian dia pada manusia di sekeliling dia yang secara langsung menjadi sumber inspirasi penulisan lagu-lagunya, tempat di mana Nirvana tercipta. Tempat di mana Kurt Cobain dilahirkan dan dibesarkan oleh ibunya.

Pekan Aberdeen yang kecil ini tidak mengagungkan dia kerana bagi mereka seorang artis penagih dadah yang membunuh dirinya sendiri tak layak dibanggakan.

Namun ada juga peminat dia yang sedikit di pekan ini yang menghargainya dengan mendirikan tugu peringatan di sebuah taman di tepi sungai yang juga tempat lepak dia, tempat dia mencari ilham menulis lagu.

“Underneath the bridge
The tarp has sprung a leak
And the animals I’ve trapped
Have all become my pets
And I’m living off of grass
And the drippings from the ceiling
But it’s okay to eat fish
‘Cause they don’t have any feelings…”

-Something in the Way

Come As You Are. Aberdeen is where Kurt Donald Cobain was born and raised. — at Aberdeen, Washington. Kurt Cobain’s Birthplace.

Rumah nombor 1210 di East 1st Street, rumah Kurt Cobain dan ibunya sejak dia kecil hingga remaja. Hampir setiap hari dia berjalan kaki melalui jalan ini ke bawah jambatan di Sungai Wishkah yang tak jauh dari rumah ini.

Rumah ini masih untuk dijual dengan harga $300,000. Tekan link ini untuk lihat rupa di dalam rumah ini dan juga bilik tidur Kurt yang dindingnya berlubang. — at Aberdeen, Washington. Kurt Cobain’s Birthplace.

Taman kecil yang menjadi taman peringatan Kurt. Di bawah jambatan di sana itulah tempat dia lepak mencari ilham menulis lagu. — at Aberdeen, Washington. Kurt Cobain’s Birthplace.

Dari peminat Kurt Cobain. — at Aberdeen, Washington. Kurt Cobain’s Birthplace.

Yang tak kelihatan juga ialah Boddah, sahabat imaginasi zaman kanak-kanak Kurt. — at Aberdeen, Washington. Kurt Cobain’s Birthplace.

Tebing Sungai Wishkah, tempat lepak Kurt, dan juga tempat di mana sebahagian abu mayatnya ditebarkan. — at Aberdeen, Washington. Kurt Cobain’s Birthplace.

Di bawah jambatan inilah dia duduk hampir setiap hari ketika zaman kanak-kanak dan remajanya. Sebenarnya seriau juga waktu saya di sini. Mungkin sebab hari mendung dan sejuk waktu itu. — at Aberdeen, Washington. Kurt Cobain’s Birthplace.

Terdapat banyak grafiti peminat Kurt di bawah jambatan ini. Sungai ini bukanlah sungai yang bersih, baunya juga kurang enak. — at Aberdeen, Washington. Kurt Cobain’s Birthplace.

From the Muddy Banks of The Wishkah, album terakhir Nirvana yang dikeluarkan selepas beliau pergi. Sudut ini jugalah mungkin sudut pandangan yang sama dengan Kurt ketika dia lepak di sini dulu.

In memoriam. — at Aberdeen, Washington. Kurt Cobain’s Birthplace.

“I’d rather be hated for who I am than be loved for who I am not.”
“Wanting to be someone else is a waste of the person you are.”

“My name is Kurt and I sing and play guitar and I’m a walking, talking bacterial infection.” — with Kurt Cobain at Aberdeen, Washington. Kurt Cobain’s Birthplace.

Nota: Saya bukan peminat tegar mana-mana artis. Saya juga tidak mengidolakan mana-mana artis. Saya lawat Aberdeen ini khas untuk peminat Kurt Cobain dan Nirvana kerana Aberdeen ini juga dalam laluan perjalanan saya dari utara ke selatan.