Benua Amerika Selatan sering diperkatakan sebagai satu benua yang bukan hanya besar, menghidangkan berbagai panorama keindahan alam dan pengalaman yang pelbagai, tapi juga aktiviti mendebarkan buat adrenalin junkies.

Terkini kami ingin berkongsi pengalaman menarik Menk Mahawangsa yang telah melakukan volcano boarding, iaitu aktiviti meluncur turun dari gunung berapi dengan menggunakan papan luncur.

Menk yang telah mengembara lebih 3 bulan di bahagian tengah benua Amerika Latin ini memberitahu kami, beliau tertarik untuk mencuba volcano boarding ini setelah tiba di Nicaragua.

volcano-boarding-di-nicaragua-9

volcano-boarding-di-nicaragua-2

volcano-boarding-di-nicaragua-3

Di mana aktiviti volcano boarding ini boleh dibuat?

Lokasi aktiviti adalah di Cerro Negro (atau Black mountain) di Leon, Nicaragua. Gunung ini adalah sebuah gunung berapi muda yang wujud pada 1850 dan boleh dikatakan aktif juga lah. Telah meletus sebanyak 23 kali dan letusan terkini adalah pada tahun 1999.

Volcano boarding ini saya buat secara spontan sebenarnya. Baru saja dengar bila travel ke sini bahawa kita boleh panjat gunung berapi yang masih aktif dan cara turunnya dengan sand boarding. Itu yang telah menarik perhatian saya.

Apatah lagi bila guide untuk trip saya pada hari ini ada cakap yang dia ada terbaca, antara 10 perkara utama yang kita perlu buat sebelum mati ialah pada tangga ke dua; volcano boarding!

Ada pakej ke untuk volcano boarding?
Untuk volcano boarding ini hanya dibenarkan pergi dengan guide kerana kita pergi ke gunung berapi yang masih hidup. Kita perlukan guide yang berpengalaman, sebab manalah tahu gunung berapi tu tiba-tiba meletus pula.

Dan jika mahu buat aktiviti volcano boarding ni memang ada pakej yang dijual antara USD21 – USD30. Bezanya yang berharga USD30 termasuk harga tiket masuk ke taman negara sebanyak USD5, baju dan satu air minuman.

Mana nak cari atau dapatkan guide tu?
Tidak susah nak cari guide atau pakej ini. Cuma kena berada di Leon, Nicaragua. Leon merupakan pusat tarikan pelancong untuk melakukan volcano boarding. Hotel dan hostel di sini juga ada tawarkan pakej ini. Selain dari itu agensi pelancongan di old town Leon juga ada tawarkan pakej. Boleh juga cari di beberapa website jika mahu info dengan lebih lanjut.

volcano-boarding-di-nicaragua-4

volcano-boarding-di-nicaragua-5

volcano-boarding-di-nicaragua-6

volcano-boarding-di-nicaragua-7

volcano-boarding-di-nicaragua-12

volcano-boarding-di-nicaragua-13

volcano-boarding-di-nicaragua-8

Berapa orang dalam 1 trip?
Semasa saya pergi hari itu kebetulan ada ramai peserta. Jadi guide kami perlu sewa bas untuk bawa kami semua. Rasanya dalam 30 orang dalam kumpulan kami. Ada guide dan pembantu guide yang membawa kami dari kaki gunung hingga ke puncak, kemudian turun ke bawah dengan cara meluncur.

Apabila di puncak ada beberapa kumpulan lain juga. Ada yang dah sampai awal dan ada yang baru sampai dengan guide masing-masing. Kumpulan lain ini terdiri daripada 5 ke 10 orang.

Adakah kena pandai boarding baru boleh sertai? Atau boleh saja terjah termasuk newbie?
Sebenarnya cara volcano boarding ini ialah dengan duduk atas papan luncur dan turun ke bawah gunung macam turun gelongsor. Ini pakej yang mereka tawarkan dan sangat menyeronokkan. Dan tiada masalah untuk newbie.

Cuma saya telah minta untuk ambil board yang boleh berdiri kerana ada pengalaman melakukan snowboarding. Mereka tidak galakkan berdiri sebab memang susah berbanding snowboarding disebabkan tanahnya agak kasar, keras, berpasir dan berbatu berbanding dengan salji.

Jika buat snowboarding, bila jatuh kita terjatuh atas salji yang lembut. Berbeza dengan volcano boarding, kita meluncur di atas tanah keras yang berpasir dan berbatu. Bila jatuh memang sakit.

Nasihat saya jika anda betul-betul ada pengalaman snowboarding boleh lah minta macam apa yang saya buat. Kalau terjah tanpa ada pengalaman memang jadi tak seronok dan mungkin akan cederakan diri sendiri.

Apa perasaan masa Menk berjaya buat volcano boarding tu?
Mula-mula ada rasa cuak sebab saya seorang sahaja yang telah memilih untuk meluncur dengan cara berdiri. Sepanjang mendaki volcano perasaan gementar sentiasa melintas di kepala tetapi itu lah adrenaline yang buat saya excited juga. Lagipun ini satu pengalaman baru yang tak boleh saya lepaskan.

Apa peralatan yang dibekalkan dalam pakej trip volcano boarding?
Peralatan yang dibekalkan ialah satu board sleigh (board duduk), gogle, sarung tangan, penutup mulut dan hidung, serta baju overall (baju kuning).

Memang wajib ke pakai baju kuning tu? Panas sangat atau macam mana suasana di situ?
Memang perlu pakai baju overall apabila turun volcano tetapi tidak semestinya warna kuning. Ia bergantung kepada nasib kita warna apa yang dapat. Kami dapat kuning kerana agensi itu suka warna kuning.

Baju kuning ini hanya perlu dipakai bila nak meluncur turun sebab keadaan akan jadi berhabuk dari tanah gunung berapi. Kami kena pakai goggle dan penutup mulut supaya habuk tak menggangu pandangan dan mulut. Keadaan memang panas kerana kami berada di atas gunung berapi aktif yang masih ada asapnya keluar dari kawah gunung.

volcano-boarding-di-nicaragua-10

volcano-boarding-di-nicaragua-11

 

volcano-boarding-di-nicaragua-14

volcano-boarding-di-nicaragua-15

volcano-boarding-di-nicaragua-16

Pengalaman sepanjang aktiviti volcano boarding
Volcano boarding ini bukanlah semata-mata mengelongsor turun dari gunung berapi tetapi ia lebih daripada itu. Pertama sekali nak ke lokasi di kaki gunung berapi ini, perjalanan dari Leon ambil masa lebih kurang satu jam perjalanan dengan keadaan jalan yang tidak berturap.

Dan bila tiba di kaki gunung, kami perlu daki ke puncak gunung berapi setinggi 500 meter dengan membawa bersama papan luncur. Pendakian adalah lebih kurang satu jam. Pemandangan sewaktu mendaki ke puncak gunung berapi ini juga cantik.

Cuaca pula memang panas. Dengan matahari terik, tanah yang hitam dan kami pula mendaki di permukaan gunung berapi yang mana lava masih aktif di bawahnya. Apabila kami tiba di puncak gunung pula, pemandangan semakin cantik dan kami di bawa ke bahagian di mana kami boleh lihat bahang asap keluar dari kawah gunung.

Dan akhir sekali, percubaan untuk boarding ini hanya sekali sahaja dan mengambil masa lebih kurang satu minit untuk turun. Dengan keadaan dan cuaca di sini, ia bukan perkara yang mudah. Tetapi jika ada peluang ini adalah perkara yang anda kena cuba dalam hidup.

Your next plan? Nak buat volcano boarding di gunung lain atau tidak?
Saya akan teruskan perjalanan saya meneroka Amerika Latin dan jika kebetulan ada aktiviti meluncur di gunung lain di dalam route saya, saya akan pergi.

volcano-boarding-di-nicaragua-17

volcano-boarding-di-nicaragua-18

volcano-boarding-di-nicaragua-20

volcano-boarding-di-nicaragua-24

volcano-boarding-di-nicaragua-25

volcano-boarding-di-nicaragua-26

volcano-boarding-di-nicaragua-21

Bagaimana orang Nicaragua berbanding negara lain. Kadar jenayah macam mana di sana?
Ya memang benar negara-negara di Amerika Tengah merupakan antara bandar yang tersenarai sebagai berbahaya tetapi biasanya ia berlaku di bandar besar, contohnya di ibu negara adalah tempat yang berbahaya.

Saya banyak dengar cerita ketika travel kali ini, ada saja pelancong yang kena rompak di dalam bas, mesin atm klon kad pelancong dan lain-lain. Malah saya sendiri telah hilang dompet semasa dalam perjalanan tapi bab ini nak kena cerita dalam artikel lain lah. Panjang sangat senarai langkah keselamatan yang hendak saya kongsikan.

Di bandar-bandar tumpuan pelancong seperti Leon pula adalah tempat selamat. Bezanya apabila saya tiba di ibu kota Managua mereka nasihatkan jangan keluar malam dan apabila saya di Leon pula, pemilik hostel gelakkan saya apabila saya tanya selamat ke tak apabila berjalan pada waktu malam.

Sama juga di negara-negara lain di Amerika Tengah, hanya di kota besar sahaja kita perlu jadi seorang yang sangat berjaga-jaga. Saya tak nafikan pada awalnya saya sentiasa berada dalam keadaan risau apabila travel sorang-sorang tetapi selepas mendapat rentak dan cara bagaimana nak menjaga keselamatan diri, semuanya okay setakat ini.

volcano-boarding-di-nicaragua-22

volcano-boarding-di-nicaragua-27

Bagi anda yang bercadang mahu ke Benua Amerika Selatan, aktiviti ini mungkin boleh dimasukkan ke dalam bucket list.

Khabarnya Menk akan menuju je ke bahagian selatan benua Amerika Latin ini tidak lama lagi. Untuk ikuti update terkini pengembaraan Menk, boleh follow beliau di Instagram Routexplorers dan Facebook Page Routexplorers. Selamat mengembara dan meneroka Benua Amerika Selatan Menk!

Baca pengalaman kembara 6 bulan Menk dari KL Ke Eropah dengan cara kenderaan awam. Semuanya kerana kenangan masa kecil beliau.

BACAAN SETERUSNYA

© 2017 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤