Terdapat banyak tempat yang menyeramkan di dunia seperti Highland Tower, Hotel Stanley, Gua Mumia Kabayan dan banyak lagi. Tempat-tempat sebegini seram dan menakutkan berikutan perkara mistik sering terjadi di sini kerana tragedi buruk telah berlaku di tempat-tempat itu.

Jika anda diberi peluang untuk bermalam di tempat-tempat sebegitu, adakah anda akan mengambil peluang tersebut? Terbaharu, Muzium The Turpan yang terletak di Xinjiang telah memberikan peluang untuk bermalam bersama mumia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pastinya bagi anda yang bukan seorang penakut akan teruja dengan perkhabaran ini kerana dapat merasai satu pengalaman berbeza dan unik. Pengunjung boleh bermalam bersama mumia di dewan pameran dimana penuh dengan mumia dan fosil.

muzium

Malah, terdapat dua mumia yang berusia lebih daripada 3,000 tahun diletakkan dalam kotak kaca berasingan. Pengunjung akan tidur dalam khemah dan inisiatif yang dilakukan oleh pihak muzium adalah bertujuan mahu memberikan pengalaman pendidikan kepada pengunjung.

Mana tahu jika anda bertuah, mumia boleh bergerak seperti dalam filem ‘Night at the Museum’ dan anda dapat berinteraksi dengan ‘mereka’. Jika anda berkesempatan ke Xinjiang, anda harus bermalam di muzium tersebut untuk merasai pengalaman yang luar biasa ini.

Baca artikel lain berkaitan tempat penginapan unik yang mungkin menarik minat anda:

Airbnb Tawar Peluang Bermalam Di Muzium Louvre Paris

Airbnb Luxe Tawarkan Pengalaman Sewaan Seluruh Pulau

Lihat Keunikan Homestay Kontena ‘Stayrehat’ Berdekatan Lembah Klang Ini

Sumber