Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Siapa sangka, sebelum ini saya hanya simpan angan-angan untuk menaiki penerbangan kelas premium.

Walaupun masih bergelar pelajar dan tidak mempunyai sumber kewangan yang tetap, namun tiada yang mustahil dalam hidup jika kita berusaha untuk mencapainya.

Rezeki Allah dah tetapkan, simpan cita-cita serta usaha yang selayaknya untuk menggapai impian kita.

Okay untuk kali ini, saya ingin kongsikan pengalaman menaiki First & Business Class dari Kuala Lumpur-Doha-Cairo serta beberapa tips tambahan.

1. CHECK IN

Sebelum penerbangan lagi, dah dapat merasa kelebihan menaiki penerbangan kelas premium. Okay untuk kelas premium akan ada kaunter khas untuk daftar masuk.

Untuk penerbangan kali ini, anggaran kasar hanya 30 kerusi kelas premium. Jadi memang tak payah nak beratur panjang untuk check in, dalam setengah jam dah siap. Berbanding kelas ekonomi, masa untuk daftar masuk sahaja dah mengambil masa hampir sekitar 2 jam.

TIPS 1: Anda boleh mendaftar masuk di kaunter Business Class walaupun menaiki kelas ekonomi dengan syarat anda memiliki kad loyalti penerbangan tersebut, sekurang-kurangnya kad anda berstatus Silver.

2. LOUNGE

Okay dah siap check in, sekarang ada masa sekitar 2 jam lagi sebelum penerbangan. Jadi untuk mengisi waktu ini, anda bolehlah menunggu di dalam lounge Plaza Premium.

Walaupun tak semewah dan secantik KLIA Golden Lounge, tapi bolehlah untuk rehatkan badan sambil makan makanan yang ada di dalam lounge tersebut. Untuk yang tidak mengetahui, anda boleh makan dan minum secara percuma di dalam lounge tersebut, jadi jangan ragu ragu dan makanlah sepuas-puasnya.

TIPS 2: Bagi yang ingin memasuki lounge Plaza Premium tanpa menaiki penerbangan kelas premium, anda juga boleh memasuki lounge tersebut dengan bayaran RM150 ++ untuk 2 jam.

3. WAKTU PENERBANGAN

Jadi inilah waktu yang ditunggu-tunggu, waktu untuk terbang. Yang pasti penerbangan kali ini bukanlah seperti penerbangan biasa, tetapi penuh keselesaan dan kebahagiaan, haha.

Layanan adalah berbeza mengikut syarikat penerbangan. Apa yang menarik mengenai Qatar Airways, kita boleh memesan apa jua makanan di dalam menu pada bila-bila masa. Jadi kalau rasa nak makan, order je. Tiada waktu yang tetap untuk makan seperti kelas ekonomi.

Sewaktu ‘boarding time’ pramugari akan memberikan minuman ‘pre-departure drink’ serta mengagihkan Amenity Kit berjenama Giorgio Armani dan pijama untuk keselesaan sewaktu penerbangan.

Dengan konfigurasi kerusi 2-2-2 ruang tempat duduk amatlah luas serta selesa. Bukan itu sahaja, kerusi juga dapat dilaraskan menjadi ‘flat bed’. Pergh memang syok weh tidur. Penerbangan 8-10 jam pun tidak menjadi masalah.

Mungkin yang ini tidak berapa special bagi sesetengah orang, tetapi berbaloi untuk dinyatakan di dalam artikel ini.

Walaupun hanya ada sekitar 30 kerusi kelas premium, tetapi ada 4 tandas yang disediakan. Kalau nak pergi ke tandas tak perlu nak menunggu lama dan tandasnya sentiasa bersih.

TIPS 3: Beradab semasa berinteraksi dengan pramugari atau pramugara. Anda berkemungkinan besar akan mendapat makanan tambahan atau freebies. Tidak memakai headphones semasa berinteraksi adalah salah satu cara menunjukkan anda menghormati mereka.

4. TRANSIT

Sejujurnya, saya tak pasti yang mana lagi seronok, sama ada sewaktu penerbangan atau sewaktu transit. Keduanya memberikan pengalaman yang sama-sama seronok tetapi cukup berbeza.

Untuk penerbangan kali ini sengaja saya memilih transit yang lama iaitu 9 jam padahal transit 1 jam pun ada. Dah kenapa kan pelik sangat perangai kau ni Taqim. Haaa sekarang meh nak bagitau kenapa pilih transit sampai 9 JAM.

Sebagai pemegang tiket First Class, keluar sahaja daripada kapal terbang terus menuju ke First Class Al Safwa Lounge. Sukar untuk digambarkan secara terperinci mengenai lounge ini melalui penulisan. Selepas ni anda bolehlah melihat gambar yang disediakan bersama artikel ini.

Lounge ini terletak di tingkat 3 di dalam Hamad International Airport, Doha. Ini menambahkan keunikan lounge itu sendiri kerana untuk ke pintu masuk lounge tersebut, anda perlu menaiki satu eskalator yang panjang bermula dari tingkat 1 ke tingkat 3.

Apa yang menarik mengenai lounge ini, anda diberikan satu bilik khas jika transit melebihi 6 jam. Ya saya ulang satu bilik khas, dah macam hotel dah kan? Bukan setakat dapat berehat, nak mandi dan tidur pun boleh semasa transit.

Bayangkan sebesar-besar lounge tersebut, mungkin kurang daripada 100 orang penumpang yang tengah transit dalam tu. Secara psikologi anda akan berasa macam orang penting.

Untuk makluman, Yang di-Pertuan Agong dan juga Tun Dr Mahathir serta isterinya pernah ke lounge ini. 9 jam berlalu, sekarang tiba masanya untuk ke destinasi seterusnya, iaitu, Kaherah, Mesir.

TIPS 4: Kalau anda pemegang tiket First Class, Anda boleh memasuki mana mana lounge yang lain seperti Al Mourjan Lounge (Business Class).

TIPS 5:  Tips untuk lounge, pemegang kad gold dapat masuk bisnes class golden lounge Malaysia Airlines bawa teman seorang. Pemegang platinum kad dapat masuk first class lounge Malaysia Airlines bawa 2 teman walaupun 3 orang tu semua naik kelas ekonomi.

TIPS 6:  Tips check in. Silver member dapat check in extra 10kg tanpa caj tambahan, gold dapat 15kg, platinum dapat 20kg tak kira tiket penerbangan kelas apa.

Pemegang kad platinum jika naik kelas economi total berat beg yang dibenarkan ialah 45kg + 20kg = 65kg. Pemegang kad platinum jika naik kelas bisnes total berat beg dibenarkan ialah 65kg + 20kg = 85kg.

TIPS 7: Tips waktu penerbangan, kalau flight overbook akan ada pemegang tiket economi yang diupgrade. Waktu ini dikira sebagai cabutan bertuah. Keutamaan akan diberi kepada ahli kad platinum. Jadi tak rugi daftar frequent flyer mana tau anda seorang sahaja ahli hari tu maka anda akan diupgrade walaupun anda berstatus paling bawah. It already happened to me, twice – Mohd Hisham Rosslan

kelas-pertama-qatar-airways-1

Plaza premium KLIA

kelas-pertama-qatar-airways-2

Plaza premium KLIA

kelas-pertama-qatar-airways-3

Minuman serta hot/cold towel diagihkan semasa boarding. Semasa ini juga pramugari akan memperkenalkan diri dan mengambil order makanan secara peribadi. Mereka akan catat setiap order kita. Bila dah terbang nanti, terus dapat makan.

kelas-pertama-qatar-airways-4

Pijama

kelas-pertama-qatar-airways-5

Menu pun dah cantik kan?

kelas-pertama-qatar-airways-6

Nah boleh makan apa sahaja, bila-bila masa.

kelas-pertama-qatar-airways-7

Sentuhan yang simple tapi terus memberikan gambaran yang premium.

kelas-pertama-qatar-airways-8

Order pertama, terus makan makanan berat, pasal kejap lagi nak tidur.

kelas-pertama-qatar-airways-9

kelas-pertama-qatar-airways-10

Nah pramugari serve makanan tanpa menggunakan troli.

kelas-pertama-qatar-airways-11

Kalau orang tanya, apa menu yang paling best dalam penerbangan ini, nah dua ni. Dia punya kacang rangup dan manis dia sesedap rasa. Ais krim pula buatkan rasa segar di malam hari.

kelas-pertama-qatar-airways-12

Kerusi dilaraskan menjadi flat bed. Tidur memang nyenyak.

kelas-pertama-qatar-airways-13

Amenity Kit oleh Giorgio Armani.

kelas-pertama-qatar-airways-14

Bersama isteri Syazana Jasman.

kelas-pertama-qatar-airways-15

Ni haa yang duk cerita tadi, eskalator dia sungguh panjang. Terpegun sekejap. Haha.

kelas-pertama-qatar-airways-16

Kena daftar dulu sebelum dapat masuk ke dalam lounge. Lounge ini dikhususkan untuk pemegang tiket kelas pertama sahaja. Ini bermakna walaupun anda menaiki penerbangan kelas bisnes, anda masih tak boleh menggunakan lounge ini.

Untuk makluman, lounge ini telah diiktiraf sebagai lounge 7 bintang. Biasa dengar sampai 5 bintang je kan. Yang ini 7 bintang. Haha.

kelas-pertama-qatar-airways-17

Tadaaa bilik persendirian semasa transit.

kelas-pertama-qatar-airways-18

kelas-pertama-qatar-airways-19

kelas-pertama-qatar-airways-20

kelas-pertama-qatar-airways-21

Ruang legar First Class Al Safwa Lounge. Besar sungguh kan.

kelas-pertama-qatar-airways-22

Boleh dikatakan pekerja lounge ini lebih ramai daripada jumlah penumpang yang transit.

kelas-pertama-qatar-airways-23

Boleh dikatakan pekerja lounge ini lebih ramai dari penumpang yang transit. Takde nampak kan penumpang lain.

kelas-pertama-qatar-airways-24

Orang Arab Middle East kaya sungguh. Masuk dalam lounge ini mereka cuma minum teh je. Tak heran pun makanan lain.

kelas-pertama-qatar-airways-25

kelas-pertama-qatar-airways-26

kelas-pertama-qatar-airways-27

kelas-pertama-qatar-airways-28

Bilik khas untuk solat.

kelas-pertama-qatar-airways-29

Bilik khas untuk solat

kelas-pertama-qatar-airways-30

Bilik khas untuk solat.

kelas-pertama-qatar-airways-31

Teman untuk perjalanan kali ini Mohd Hisham Rosslan, pemegang kad loyati Platinum. Takde dah yang lagi tinggi level dari Platinum.

kelas-pertama-qatar-airways-32

Pengalaman order set salmon pada pukul 4 pagi.

kelas-pertama-qatar-airways-33

Diikuti dengan set lamb.

kelas-pertama-qatar-airways-34

Ini dikenali sebagai magic fountain.

kelas-pertama-qatar-airways-35

Breakfast sebelum penerbangan

kelas-pertama-qatar-airways-36

kelas-pertama-qatar-airways-37

kelas-pertama-qatar-airways-38

kelas-pertama-qatar-airways-39

Ambil peluang yang ada untuk melawat Al Mourjan Business Lounge. Lounge ini khas untuk pemegang tiket kelas busines. Walaupun anda pemegang kad loyalti bertaraf Platinum, masih tidak dibenarkan untuk memasuki lounge ini jika menaiki penerbangan kelas ekonomi.

kelas-pertama-qatar-airways-40

Al Mourjan Business Lounge – Kebanyakan kerusi dipenuhi penumpang. Berbanding dengan Al Safwa Lounge, penumpang boleh dikira dengan jari.

kelas-pertama-qatar-airways-41

Al Mourjan Business Lounge. Terdapat 2 atau 3 ruang khas makan dengan dekorasi yang berbeza untuk setiap ruang tersebut.

kelas-pertama-qatar-airways-42

Antara ‘WOWW’ faktor untuk lounge ini.

Dah itu sahaja untuk kali ini. Di kesempatan ini, ingin saya ucapkan terima kasih kepada Mohd Hisham Rosslan dan Syazana Jasman sebagai peneman sepanjang trip kali ini.

Kalau ada rezeki ingin saya berkongsi mengenai pengalaman menaiki kelas ekonomi tetapi yang syoknya dapat masuk lounge dan dijemput sebaik sahaja keluar daripada kapal terbang. Jumpa lagi di lain kali.

Artikel di atas disumbangkan oleh Ahmad Mustaqim. Boleh ikuti beliau di sini.

Anda Mungkin Suka