Pengalaman Lasik surgery saya pada harga murah!

Ramai dok tunggu I post pasal ni sejak dari hari operation hihi. Ok sudah 5 hari. Dah boleh tengok fon lama-lama. Meh nak kongsi dengan u ols.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Muka masa pakai spek
Muka masa pakai spek.

Sebenarnya dah lama ai ol mengidam nak buat Lasik surgery ni since half of my life pakai spek (dari umur 15 tahun). Kalau boleh tak mau dah pakai spek nak free je mata. Sebab ai ols suka make up tapi jadi tak cantik sebab pakai spek . Nak pakai contact lens cepat kering lagipun takut juga infection dan hargasebulan pun dah RM60 tu.

After being recommended by my friend Siti Fatimah Mohd Abu Bakar memang berbunga hati nak buat Lasik di Advance Vision. Kawan saya ni dah buat hampir 3 tahun dan masih power tak naik sampai sekarang.

Untuk buat Lasik di Advance Vision ni adalah by appointment. Since ai ols dari Kedah so call awal-awal untuk book for session.

Lasik surgery hanya dibuat setiap hari Jumaat sahaja. Setiap patient akan di-screening sama ada layak atau tidak untuk lasik surgery. Selepas surgery akan ada 5 kali check-up dengan doktor.

Screening day.. Excited
Screening day.. Excited

Nak senang, pada yang duduk jauh boleh book untuk screening pada hari Khamis, Jumaat surgery dan Sabtu first check up. Jimat la sikit kan. Untuk booking and lock date u ols kena byr RM300 by bank in kepada diorang n e-mailkan slip bayaran.

Screening diorang akan periksa power spek, periksa power mata manually and by computer. Periksa ketebalan kornea dan banyak lagilah kriterianya. Nanti consultant diorang akan terangkan, jangan risau. Yang penting 1 hingga 2 minggu sebelum surgery make sure u ols tak pakai contact lens ya.

Operation day.. Takutt.. Nervous...
Operation day.. Takutt.. Nervous…

Nanti u ols kena tanda tangan surat pengakuan yang u ols memang tak pakai contact lens sekurang-kurangnya 1 minggu sebelum surgery. Kalau u ols tipu nanti void all warranty.

Masa screening ni juga uols kena bayar baki payment. Kena setel semua. Kalau tak ada cash boleh pakai kad kredit, Maybank boleh buat installment free interest. Jimattt…

Day of surgery, uols kena mandi bersih-bersih, tak boleh pakai apa-apa wangian, make up, getah rambut dan kalau u ols berhijab, please pakai inner neck sbb nanti doktor akan suruh buka tudung atau shawl tu. Bawa siap-siap spek mata hitam untuk pakai selepas surgery.

Pakai baju dan cap utk surgery... Tgu giliran ramai2
Pakai baju dan cap untuk surgery… Tunggu giliran ramai-ramai

Masa tunggu giliran depa akan bagi siap-siap ubat dalam bag kertas. Doktor akan panggil 2 by 2 untuk naik ke bilik surgery. Nurse akan iring ke atas. Ubat yang depa bagi tu bawa skali. U ols akan diberi baju dan hair cover.

Nurse akan titiskn ubat kebas. Tak ada injection ya. Titis je dalam mata. Banyak kali juga depa titis. Bila nak smpai giliran depa akan panggil masuk bilik asing dan tunggu doktor panggil.

Masuk bilik operation ada lebih kurang 8 nurse dan doktor. Mesin besooorrr .. Dup dap dup dap

Masuk sorang2 dlm bilik tgu dr panggil masuk operation room
Masuk sorang-sorang dalam bilik tunggu doktor panggil masuk operation room.

Tidur dan doktor akan start surgery . Sebelah mata hanya 5 minit sahaja. So both eyes 10 minutes.

Mula-mula doktor akan salotape mata atas dan bawah dan pasang alat untuk tak bagi eyeball gerak-gerak.

Pastu dia akan start hiris kornea mata kita, (doktor panggil flap kornea) tak sakit tapi kita boleh dengar bunyi pisau dan rasa. Once kornea kita dihiris dan flap diangkat penglihatan kita akan jadi zero iaitu buta untuk beberapa saat.

Yupp.. jangan takut sebab ini normal. Memang hitam buta dengan hitam pejam mata sangat tak sama. Huhu…

Lepas tu doktor akan start laser, masa laser ni memang bau u ols. Bau terbakar macam rambut terbakar. Pastu doktor akan cuci dengan air yang banyak sebelum tutup flap tu. Ada sedikit rasa seriau masa ni. Lepas siap, next eye pulak

Ahhaha… Takutkan, tapi sepanjang proses ni langsung tak sakit.

After operation, dah xde nk lilit shawl dah.. Gelap... Mata sikit merah
After operation, dah takde nak lilit shawl dah.. Gelap… Mata sikit merah.

Lepas siap, nurse akan bawa u ols tunggu kat sofa di luar. Bilik atas tu semua gelap ada sikit ja lampu. Tunggu sampai u ols rasa stabil. Memang dah tak pakai spek dah ya masa ni.

Doktor akan keluar dan periksa mata kita. Masa ni 50% eyesight dah pulih.

Once u ols rasa ok bolehlah pakai spek hitam dan balik.

Dah rasa ok, jum balik... Jangan lupa spek mata hitam
Dah rasa ok, jum balik… Jangan lupa spek mata hitam

Saya nasihatkan u ols carilah hotel yang dekat-dekat dengan klinik ni sebab ai ols dok hotel di Shah Alam, nak balik hazab jemm dan bila ubat kebas habis, menangis u olsss. Mata tak boleh buka macam ada cabai dalam mata.

Pedihhhh yang amat. Pastu air mata keluar tanpa henti. Bayangkan dok dalam kereta pula. Adoilaaaaa….

Tapi lepas sampai hotel terus makan ubat yang diorang bagi then tidur lebih kurang 4-5 jam, bangun je terus hilang sakit tu. Just rasa tak selesa di mata macam pakai contact lens yang kering. Tuje. Jadi, ada baiknya ambil hotel dekat dan balik je sebelum ubat kebas habis u ols lena siap-siap.

4 hours after sleep, ada sikit merah belah kanan dan pedih dah hilang
4 hours after sleep, ada sikit merah belah kanan dan pedih dah hilang

Esoknya, adalah first check up. Ada 5 check up after surgery.

1 day after, 1 week after, 1 month after, 3 months after and 6 months after.

So, kena pelan cuti siap-siap pada yang duduk jauh. Setiap check up doktor akan jumpa patient hanya dari pukul 9 hingga 11 pagi sahaja. After that tak ada dah. Kena mai awal na…

Post operation check up... 80% penglihatan dah pulih...
Post operation check up… 80% penglihatan dah pulih…

First check up penglihatan saya dah pulih 80%. Lepas surgery anda tak dibenarkan berenang, berkebun, bersukan sekurang-kurangnya 3 minggu. Mata tak boleh masuk air dan peluh sebab takut infection . So mandi badan lebih kepala sikit-sikit ja naaa.

Make up mata tak boleh selama 3 minggu, dan kena pakai pelindung mata waktu tidur untuk 5 malam. Takut tertenyeh tanpa sengaja. Ahhahaha…. Kena titis 3 jenis ubat 5 kali sehari. Pakai spek mata hitam kalau dok tengok panas. Jangan tengok fon sangat, tukar kepada setting gelap dan big font.

Eye protector pakai 5 malam...
Eye protector pakai 5 malam…
Jgn tertenyeh tanpa sengaja.. Wajib pakai tau
Jangan tertenyeh tanpa sengaja.. Wajib pakai tau

So far dah 5 hari, Alhamdulillah. Masih tak percaya yang mata dah nampak. Bangun pagi je mesti cari spek ahhaha sebab dah biasa.

Lepas tu paling best boleh baca jarak jauh, boleh cam muka orang dari jauh. Orang dah tak kata sombong. So far memang tak sakit hanya rasa mata kering sikit sahaja. Macam pakai contact lens.

Day 4 after operation, dah masuk kerja... Mata xsakit tapi sikit kering and ada sikit merah
Day 4 after operation, dah masuk kerja… Mata tak sakit tapi sikit kering and ada sikit merah
Day 5, ada sikit merah.. Blh buka soek itam kalo indoor.. Outdoor masih pakai...
Day 5, ada sikit merah.. Boleh buka spek hitam kalau indoor.. Outdoor masih pakai…

Punya panjang dok cerita lupa nak cerita harga. U ols mesti terkejut, sebab sangat reasonable.

Ada dua pakej, first is standard RM2888 + RM80 (dah termasuk screening , consultation, ubat, surgery, check up, lifetime warranty). Satu lagi custom, RM5888 + RM80.

Beza dua ini ialah cuma pada lapisan yang akan dilaser dan bentuk kornea after surgery. Pada yang power bawah 500 ambil je yang standard sebab memang tak banyak pun yang kena laser unless power u ols tinggi bolehlah ambil pakej mahal sikit. Tapi kalau tak nak yang mahal nak yang murah pun boleh je (boleh bincang dengan consultant nanti).

For me sangat reasonable harganya dan tak sangka serendah RM2000 boleh dapat balik penglihatan sempurna. Tiap-tiap tahun buat spek pun kos tinggi juga. Satu lagi yang paling best, dengan hanya RM2888 + RM80 tu u ols dapat lifetime warranty.

Maksudnya, kalaulah ditakdirkan power naik balik, makanya just walk in free of charge untuk buat Lasik balik. So far, as mentioned by my consultant paling tiggi power yang naik balik adalah 250 itu pon power asal owner tu adalah 1000. Jadi bagi ai ols sangatlah tak rugi melabur untuk kesihatan mata tambah lagi pula lifetime warranty.

Kat bawah ai ols share picture,contact number and location pada u ols yang berminat nak buat Lasik kat Advance Vision. Saya halalkan u ols share post ni ramai-ramai untuk bantu kawan-kawan lain yang dah lama ada masalah mata dan nak buat Lasik pada harga jimat.

Maklumat lanjut tentang Advance Vision.
Maklumat lanjut tentang Advance Vision.
Maklumat lanjut tentang Advance Vision.
Maklumat lanjut tentang Advance Vision.
Kad appointment.
Kad appointment.
Maklumat lanjut tentang Advance Vision.
Maklumat lanjut tentang Advance Vision.
Ubat
Ubat