Jika anda peminat lagu Inggeris, sudah pasti anda pernah mendengar lagu ‘Havana’ yang dinyanyikan oleh penyanyi Amerika Syarikat yang sedang meningkat naik iaitu Camilla Cabello.

Havana sebenarnya merupakan sebuah bandar yang menjadi ibu negara untuk sebuah negara yang terletak di kepulauan Carribbean iaitu Cuba.

Walaupun negara ini sangat jauh dan mempunyai perbezaan 11 jam dengan Malaysia, namun Cuba merupakan sebuah destinasi pelancongan yang sangat menarik untuk dikunjungi dan seharusnya diletakkan dalam list negara yang wajib anda lawati!

tip-travel-ke-cuba-1
Tugu Peringatan Jose Marti, pemimpin revolusi Cuba di Plaza Revolusi.

Di sini saya sertakan beberapa tips sebelum anda merancang ke Cuba:

1. Rakyat Malaysia tidak perlukan visa ke Cuba

Rakyat Malaysia tidak memerlukan visa untuk memasuki negara ini dan dibenarkan berada di sini selama 90 hari. Malaysia dikira bertuah kerana diberikan visa percuma hasil hubungan diplomatik yang baik diantara kedua-dua belah kerajaan.

Jika  dibandingkan dengan sesetengah negara seperti Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah, mereka harus memohon visa sebelum ke Cuba. Malaysia juga mempunyai kedutaan di Havana.

Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah sepanjang berada di Cuba, anda boleh berhubung terus dengan staff kedutaan disana.

2. Duit

Di Cuba, mereka menggunakan 2 mata wang yang berbeza iaitu CUC (Cuban Convertible) dan CUP (Cuban Peso).

CUC hanya digunakan oleh pelancong dalam segala urusan jual beli dan nilai 1 CUC bersamaan 1 USD(RM 4.08). Manakala matawang CUP pula hanya digunakan oleh rakyat tempatan sahaja.

Jika anda ingin membawa duit cash, lebih elok jika membawa matawang Euro/British Pound berbanding US Dolar kerana anda tidak akan dikenakan cas tambahan apabila anda menukar wang CUC di mana-mana money changer di Cuba.

Namun, sekiranya anda ingin mengeluarkan wang dari mesin ATM apabila tiba di sana, mesin ATM mereka menerima kad VISA/Mastercard selagi mana kad yang didaftarkan bukan daripada bank Amerika Syarikat.

Saya pernah mengeluarkan duit menggunakan kad Maybank dan tidak mempunyai masalah melakukan pengeluaran , tetapi anda harus menelefon bank anda terlebih dahulu dan menghidupkan ATM Plus.

tip-travel-cuba-2
Pemandangan matahari terbenam di Malecon.
tip-travel-cuba-3
Pasar di Havana.
tip-travel-cuba-4
Antara rokok cerut termahal di Havana berharga 281.25 CUC (RM 1145.00).
tip-travel-cuba-5
Bangunan Jose Marti di Plaza Revolusi Havana
tip-travel-cuba-6
El Capitolio , bangunan seakan sama dengan Capitol di Washinton DC

3. Bahasa

Bahasa utama mereka adalah Spanish. English hanya ditutur oleh sebahagian sahaja penduduk Cuba. Jadi jangan lupa download Google Translate dan simpan Spanish language untuk kegunaan offline.

Kalau anda masa belajar lah bahasa asas Spanish seperti hola, gracias , salida dan nombor-nombor dalam bahasa Spanish, ini akan sangat membantu sepanjang anda berada di Cuba.

4. Teksi di Lapangan Terbang Antarabangsa Jose Martin Havana

Satu-satunya cara untuk anda pergi ke bandar Havana dan bandar-bandar lain di Cuba daripada lapangan terbang mereka adalah dengan menggunakan teksi. Tetapi harga untuk sebuah teksi one way boleh mencecah 25-30 CUC (RM 100-120)!

Kalau anda datang beramai-ramai, teksi adalah pilihan terbaik. Namun untuk solo traveller, saya cadangkan anda untuk menggunakan perkhidmatan shared taxi daripada agensi GetYourGuide, sebuah agensi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan kereta dengan harga serendah 10 CUC (RM 40) sehala dan boleh ditempah online.

5. Wifi

Wifi di Cuba sangat terhad! Sehingga ke hari ini, kerajaan Cuba masih tidak membenarkan pemasangan wifi di dalam rumah.

Anda hanya boleh mendapatkan wifi di kawasan-kawasan terbuka seperti taman, sesetengah hotel dan beberapa kawasan tumpuan pelancong.

Bagi mengakses wifi disana, anda boleh membeli kad wifi daripada mana-mana syarikat telekomunikasi mereka seperti ETECSA dengan harga 2 CUC untuk 1 jam!

Jika anda ingin menggunakan wifi lebih daripada satu jam, maka belilah kad ETECSA sebanyak mana yang anda inginkan. Cadangan saya, cubalah rasai seketika hidup tanpa jaringan internet dan nikmati setiap detik anda disana.

Anda akan dapati satu rasa kebebasan dan kepuasan yang tidak dapat digambarkan.

6. Rasai pengalaman menaiki kereta vintage

Anda akan dapati banyak kereta vintage sepanjang anda berada di Cuba. Ini merupakan salah satu daya tarikan kepada pelancong untuk merasai pengalaman yang berbeza.

Tour bandar Havana menggunakan perkhidmatan pemadu kereta vintage boleh didapati di kawasan Old Havana dengan harga serendah 30 CUC untuk satu jam.

Tetapi jika anda sekadar inigin mengambil gambar di dalam kereta tersebut, simply ask pemandu kereta dan bayar 1 CUC.

tip-travel-cuba-7

tip-travel-cuba-8

tip-travel-cuba-9

tip-travel-cuba-10

tip-travel-cuba-11

tip-travel-cuba-12

7. Jelajah Havana dengan berjalan

Bandar Havana sangat selamat unuk dikunjungi dan anda akan dapati ramai pelancong di sana dan dijaga dengan baik.

Berjalan kaki adalah pilihan terbaik untuk anda explore seluruh bandar Havana terutama Old Havana yang juga merupakan salah satu daripada tapak warisan dunia UNESCO.

Anda juga boleh melawat tempat-tempat tarikan pelancong seperti Bangunan Capitol yang seakan sama dengan Capitol di Washington D.C., Kubu El Morro, Musium Nacional de Bellas Artes, Paseo del Prado, Plaza Revolusi Jose Marti.

Atau ke Fabrica de Tabaco Partagas iaitu tempat yang terkenal untuk rokok cerut serta Hotel Nacional, salah satu hotel tertua di Havana yang selalu dikunjungi oleh tetamu penting dan ternama seperti Jimmy Carter,Frank Sinatra, Yuri Gagarin dan Marilyn Monroe.

Selain itu, jangan lepaskan peluang untuk menikmati pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan di Malecon!

8. Cuban sangat peramah dan suka membantu

Sepanjang berada di Cuba, jarang saya menghadapi masalah dengan netizen di sana. Mereka sangat membantu dan yang lebih mengharukan mereka sebenarnya tahu di mana Malaysia dan Kuala Lumpur.

Di sana saya berjumpa dengan seorang wanita yang merupakan ibu kepada pemilik hostel tempat saya menginap dan mendengar cerita tentang lawatannya ke Malaysia (Kuala Lumpur dan Teluk Intan) pada tahun 2000 atas lawatan kerja mewakili syarikatnya untuk melihat teknologi industri kelapa sawit Malaysia.

Sepanjang bercerita, dia sentiasa memuji kecantikan Malaysia dan keindahan akhlak rakyat Malaysia.

One thing that touched me the most was when she said, she never travelled outside Cuba since the day she left Malaysia because it is hard for Cuban to travel due to Cuban government restriction, but after 17 years she never losing her hope to go to Malaysia again because it has been a dearest country to her heart since the first day she arrived Malaysia.

9. Explore sisi lain Cuba

Selain Havana, banyak lagi tempat yang boleh dilawati di Cuba seperti Varadero, Trinidad dan Santiago de Cuba yang menawarkan anda pantai yang sangat awesome dan perkampungan orang asli Cuba yang sangat unik.

Anda boleh menaiki bas atau teksi vintage untuk ke sana, namun harus membeli awal tiket terutama bas untuk mengelak daripada terlepas seat pada hari itu.

Rakyat di Cuba sangat chill dan kadang-kadang sesuatu proses boleh menjadi sangat perlahan dan tidak menentu.

Jadi apabila anda di Cuba tak perlu untuk rushing dan enjoy setiap moment anda di sana. Anda pasti akan menyukai lagu-lagu rancak Cuba, bangunan-bangunan lama dan bersejarah, makanan mereka dan yang paling pasti keramahan rakyat di sana!

Selamat mengembara ke satu sisi dunia yang baru!