Sekitar awal September 2014. Trip aku ke India waktu itu merupakan sebahagian dari fasa pertama misi aku menjelajah ke 50 buah negara sebelum berumur 25 tahun. Alhamdulillah 2017 ni dengan berbekalkan pengalaman ke 33 buah negara, aku masuk fasa kedua misi.

Masa tu aku pertama kali travel solo di Kashmir. Hari pertama sampai Srinagar, air Dal Lake dah mula melimpah. Dal lake ni macam pusat takungan air yang dikelilingi sungai pergunungan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Aku terkandas dalam 3-4 hari tanpa elektrik, line telefon dan kenalan rapat. Tidur di hotel bayar separuh harga. Makan makanan yang abang-abang askar masak. Free of charge.

2 hari sebelum naik helicopter, kenalan baru warga India tempatan ajak naik Shiikara dan redah banjir untuk ke airport. Nasib baik aku fikir panjang sikit. Kalau tak, tak sempat lah nak cerita pengalaman ni kepada orang lain.

Pagi itu air dah mula penuhi kawasan sekitar hotel. Abang-abang askar suruh kami jalan kaki naik ke atas bukit. Bayangkan galas backpack 15kg jalan kaki naik bukit hampir 10km juga lah. Dah macam training askar. Haha.

Sampai atas bukit kena beratur tunggu giliran untuk naik helicopter. Rasanya aku orang yang ke 1500 menunggu giliran. Ada yang dah beratur dari semalam.

Masa tengah beratur tu aku join orang-orang India tempatan berebut panjat pokok epal liar Kashmir. Kami bertiga satu team. Seorang cari buah, seorang panjat dan seorang goncang dahan pokok.

Kerja aku kutip buah-buah epal yang jatuh. Epal liar ni buahnya agak kecil dan rasa tak manis sangat. Ada sorang mak cik India tu kesian kot tengok aku sorang-sorang. Dia bagi buah pear komersial 2-3 biji.

terperangkap-dalam-banjir-di-kashmir-2

terperangkap-dalam-banjir-di-kashmir-3

terperangkap-dalam-banjir-di-kashmir-4

terperangkap-dalam-banjir-di-kashmir-5

terperangkap-dalam-banjir-di-kashmir-6

terperangkap-dalam-banjir-di-kashmir-7

terperangkap-dalam-banjir-di-kashmir-8

Kalau ikut giliran beratur, rasanya makan 2 hari juga lah baru aku dapat naik helicopter. So aku nekad bawa passport merah pergi jumpa pegawai askar yang bertugas. Nak minta pelepasan istimewa sebagai pelancong luar.

2 kali percubaan. Percubaan pertama gagal.  Kerana aku, telah berlaku rusuhan kecil sekejap. Haha. Kali kedua aku cuba, pegawai tu bagi lepas. Aku minta seorang askar teman aku jalan sebab takut orang-orang India yang beratur dari semalam tu marah. Pegawai tu tak mau teman. Dia suruh aku lari laju-laju.

Dengan berbekalkan backpack 15kg, aku lari panjat bukit mencanak. Orang India ramai-ramai yang tengah beratur tu siap ludah dan sumpah-sumpah marah aku. Haha.

Lepas naik helicopter ke airport Srinagar, aku naik flight  Hercules pula macam dalam filem The Expendables tu pergi Delhi. Sampai Delhi tengah malam aku kena scam dengan orang hotel pula. Haha. Alhamdulillah akhinya aku berjaya balik ke Malaysia dan bagi aku ini pengalaman best. Haha.

terperangkap-dalam-banjir-di-kashmir-1

terperangkap-dalam-banjir-di-kashmir-9

terperangkap-dalam-banjir-di-kashmir-11

terperangkap-dalam-banjir-di-kashmir-10

terperangkap-dalam-banjir-di-kashmir-12

Walaupun dan lalui pengalaman begini aku tak serik. Sekarang aku merancang nak ke 17 buah negara lagi untuk lengkapkan misi 50 negara sebelum umur aku 25 tahun. Aku pecahkan negara-negara ini kepada trip-trip kecil. Siapa berminat nak join boleh baca itinerari dan detail trip di web aku di AtlasBiru.com.

Baca lagi: Travel Solo Ke Bekas Sarang Taliban Di Pakistan, Wanita Ini Kongsi 28 Tip Termasuk Mohon Visa