Bario merupakan sebuah perkampungan yang terletak di kawasan Tanah Tinggi Kelabit di Sarawak. Secara ringkasnya, Bario merupakan satu daerah kecil yang terletak di tanah tinggi serta dihuni Kaum Kelabit.

Suasana di sini sungguh nyaman, mendamaikan dan menenangkan. Antara keistimewaan di Bario selain cuaca yang sejuk adalah garam, beras Bario dan nenas yang sangat manis.

Untuk ke Bario, anda boleh mengambil kapal terbang ke Miri dan seterusnya ke Bario dengan menaiki kapal terbang twin-otter MAS Wings yang mempunyai dua waktu penerbangan iaitu pada 9.15 pagi dan 11.30 pagi. Perjalanan ke Bario hanya mengambil masa 45 minit dari Miri.

cara-ke-bario-1

Kapal terbang MAS Wings jenis twin-otter untuk ke Bario.

cara-ke-bario-2

Peta lokasi Bario

cara-ke-bario-4

cara-ke-bario-5

Bilik penginapan saya.

cara-ke-bario-6

Pengangkutan dan penginapan

Lapangan Terbang Bario tidak mempunyai perkhidmatan teksi atau bas. Sekiranya anda sudah menempah tempat penginapan, pastikan anda menempah sekali servís airport pick-up.

Saya tidak membuat sebarang tempahan awal tetapi sudah ada satu nama tempat yang ingin saya tinggal jadi saya hanya bertanya orang tempatan bagaimana untuk ke sana dengan berjalan kaki.

Saya menginap di Homestay Sinah Rang Lemulun yang terletak di dalam Bario Asal Longhouse selama empat malam dengan harga RM60 satu malam termasuk makan & minum.

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi Nenek Sinah Rang (019-8259505) atau Julian (011-25081114). Tiada kipas atau hot shower because you don’t need that when you’re in Bario. Dan bila lagi nak merasa mandi air ais setiap pagi dan merasa kulit muka sangat flawless dan tegang setiap hari. Ehem.

Rumah panjang ini dibahagikan kepada dua bahagian (ruang tamu & dapur). Ruang tamu tersebut kosong di mana akan digantung gambar-gambar keluarga (ada 23 pintu semuanya) dan jika ada majlis untuk meraikan tetamu akan diadakan di sini manakala bahagian dapur adalah seperti “common room” di hostel di mana penghuni akan berkumpul, masak dan makan di situ.

cara-ke-bario-7

Persekitaran di dalam rumah panjang.

cara-ke-bario-8

cara-ke-bario-9

Nenek masak dan makan bersama-sama.

cara-ke-bario-10

cara-ke-bario-13

Penghuni-penghuni Bario Asal Longhouse

Lokasi menrik di Bario

1. Lubuk Garam (Salt Spring) atau Pa’ Umor boleh dikunjungi dengan menaiki basikal & seterusnya memerlukan sedikit jungle trekking. Saya menyewa basikal (RM30) dan berbasikal menuju ke Pa’ Umor sekitar 10 KM dan seterusnya jungle trekking sehingga ke tempat pemprosesan garam tersebut tetapi memandangkan hari minggu maka tiada sebarang pemprosesan garam dijalankan.

2. Salah satu tempat hiking di Bario adalah Prayer Mountain atau Gunung Doa. Trek sederhana mencabar & terdapat satu gereja sebelum sampai ke puncak. Terdapat dua salib di atas puncak dan yang penting dapat 3G di puncak. Untuk sampai ke puncak dengan kaki pindik yang gemuk ini saya mengambil masa sekitar 45 minit dan berehat di puncak hampir satu jam sambil menikmati keindahan Bario.

3. Selesai mendaki Prayer Mountain, anda boleh teruskan perjalanan melawat Kaum Penan di Arur Dalan Village yang hanya terletak di belakang gunung tersebut. Kanak-kanak Penan sangatlah comel, mata sepet dan putih gebu serta mereka tinggal di tepi sungai dan nomad.

4. Highlight of my trip adalah trekking ke Pa’ Lungan. Saya mengambil masa sekitar 5 jam untuk sampai ke Pa’ Lungan melalui jalan tanah merah. Ada beberapa cara untuk ke sana sama ada trekking di dalam hutan (memandangkan saya sendirian so this is not the first choice), trekking melalui jalan tanah merah atau melalui sampan.

Anggaran jarak dari Bario Asal Longhouse ke Pa’ Lungan sekitar 22 KM dan trek tanah merah adalah sedikit lecak. Jika anda ingin trekking dinasihatkan untuk memakai kasut bersesuaian atau Adidas kampung juga sudah memadai.

Starting point untuk trekking Pa’ Lungan adalah dengan mengambil jalan ke Pa’ Umor dan anda akan jumpa satu simpang di mana kalau ke kiri akan ke Pa’ Lungan & ke kanan akan ke Miri. Jalan ke kiri sampai jumpa benda ini maka anda di jalan yang benar.

Kalau jumpa kerbau-kerbau ini maknanya anda dah selamat tiba di Pa’ Lungan. Nampak tak kerbau tu cakap “Selamat datang, Indah!” Haha.

cara-ke-bario-11

Peta Bario

cara-ke-bario-12

Tempat yang boleh dilawati di Bario

cara-ke-bario-14

cara-ke-bario-18

Gereja terbiar yang terletak di tengah-tengah perjalanan untuk ke Prayer Mountain.

cara-ke-bario-15

cara-ke-bario-16

cara-ke-bario-17

cara-ke-bario-18

cara-ke-bario-19

Puncak Prayer Mountain

cara-ke-bario-20

cara-ke-bario-21

cara-ke-bario-30

Batu Ritung atau dikenali sebagai Mini Stonehedge di Pa’ Lungan yang dipercayai berusia 3,000 tahun.

cara-ke-bario-27

Saya menginap di David & Jenni (DJ) Homestay di Pa’ Lungan selama satu malam (RM80) sebelum kembali ke Bario pada esok hari. Boleh hubungi David (019-8847814) tetapi coverage di sana kurang baik atau mungkin boleh sahaja walk-in.

Pa’ Lungan adalah satu kampung kecil di mana terdapat Batu Ritung atau lebih dikenali sebagai “mini stonehedge” di kalangan orang tempatan. Saya juga berpeluang main-main dengan kerbau sewaktu di sana.

Batu Ritung atau dikenali sebagai Mini Stonehedge di Pa’ Lungan yang dipercayai berusia 3,000 tahun.

Larian Ultramarathon Bario

Bagi ultrarunners, Bario Runners Wild merupakan satu acara larian ultramarathon yang diadakan setiap tahun pada bulan Mei. Bario juga turut mengadakan Pesta Nukenan Bario iaitu satu pesta makanan yang akan diadakan pada 27 hingga 29 Julai 2017.

cara-ke-bario-23

cara-ke-bario-24

cara-ke-bario-25

cara-ke-bario-26

cara-ke-bario-32

cara-ke-bario-33

cara-ke-bario-34

Nenek Ngarayah berusia 101 tahun.

cara-ke-bario-36

cara-ke-bario-35

Secara ringkasnya, antara aktiviti saya sepanjang di Bario adalah mendaki Prayer Mountain dan Arur Dalan Village (Kaum Penan), tanam avocado dan petik nenas di dusun Julian, berbasikal dan trekking ke Salt Spring (walaupun tiada pemprosesan garam), trekking sendirian ke Pa’ Lungan, main-main dengan si kerbau dan melawat Batu Ritung (mini stonehedge) di Pa’ Lungan serta mendapat satu keluarga besar baharu di Bario Asal Longhouse.

Buat anda yang mahu merasai pengalaman tinggal di rumah panjang bersama satu keluarga besar Kaum Kelabit, Bario Asal Longhouse is the first choice!

Walaupun saya travel secara bersendirian tetapi suasana yang riuh dan bising sepanjang di rumah panjang tersebut langsung tidak membuatkan enam hari terasa panjang. Di rumah panjang tersebut juga ada seorang Nenek Ngarayah yang berusia 101 tahun.

Akhir sekali, enam hari di Kelabit Highlands terasa begitu pantas berlalu dan tidak keterlaluan jika saya simpulkan bahawa ini bukanlah kali pertama dan terakhir saya menjejakkan kaki di sini. Bario juga selamat untuk solo female traveller yang mahu explore setiap pelusuk Bario sendirian.

Once in Bario, you may find the hardest thing to do is to leave. Till then, Bario.

Artikel di atas disumbangkan oleh Indiana Indah. Boleh ikuti beliau di sini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤