Nama Vanuatu masih asing bagi para pengembara di negara ini. Tapi siapa sangka negara yang terletak di Pasific Selatan dan berada di kepulauan Melanesia ini rupanya menawarkan pengalaman serta pemandangan unik dan menarik.

Vocket telah berjaya mendapatkan perkongsian menarik daripada Faby Daby dari Sarawak yang telah travel ke Vanuatu selama 10 hari.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Penerbangan ke Vanuatu

Untuk sampai ke Port Vila, ibu negara Vanuatu, perlu terbang paling kurang dua flight dari Kuala Lumpur. Ada 3 airport yang terbang direct ke Port Vila: Brisbane (Australia), Auckland (New Zealand) & Nadi (Fiji).

Anggaran masa perjalanan adalah 15 jam (tak termasuk masa transit).

2. Cuaca di Vanuatu

Negara dengan cuaca tropika sebiji macam Malaysia. Flora dan faunanya juga macam negara kita. Orang Vanuatu berkulit hitam seperti orang Afrika cuma rambut mereka unik sebab ada yang berwarna perang.

3. Pelancongan adalah sumber ekonomi utama

Ekonomi utama adalah dari sektor pelancongan, diikuti dengan eksport kelapa. Makanan tempatan mereka  mesti berasaskan santan. Buah kelapa dijual macam orang jual kuih – berlambak.

4. Makanan di Vanuatu

Jangan lupa minum kava – minuman ‘arak’ tradisional yang dibuat daripada akar kayu pokok kava. Kava ada anaesthetic property, rasa kebas mulut, bibir dan lidah kalau minum banyak.

travel-ke-vanuatu-3

travel-ke-vanuatu-4

travel-ke-vanuatu-5

travel-ke-vanuatu-6

5. Bahasa dan komunikasi

Ada banyak pengaruh Perancis dan Amerika dalam sejarah Vanuatu terutama sekali Perang Dunia Kedua. Boleh jumpa bangkai kapal jika diving di pulau Espiritu Santo.

Orang Vanuatu fasih berbahasa Inggeris dan Perancis. Matawang Vanuatu ialah Vatu. Harga barang mahal sikit sebab negara pulau dan banyak barang moden kena import.

6. Keadaan jalan dan airport di Vanuatu

Port Vila rupanya seperti pekan kecil, tak ada highway, cuma one-way road, two lane. Jalan bertar dan jalan batu keliling pulau. Airport international sangat basic, langsung tak macam apa yang kita expect (tak ada aircond, no electronic signboard).

Airport domestic dan airport di pulau lagilah basic. Kalau naik/turun kapal terbang mesti naik dari tarmac (tak ada aerobridge). Naik light plane kena timbang berat (takut overweight). Tapi boarding experience sangat efficient, boleh dapat boarding pass dalam 2 minit.

travel-ke-vanuatu-7

travel-ke-vanuatu-8

travel-ke-vanuatu-9

travel-ke-vanuatu-10

travel-ke-vanuatu-11

7. Aktiviti menarik di Vanuatu

(i) Beach and island visit.

Air di kepulauan Vanuatu sangat jernih dan biru aquamarine. Di sesetengah pulau, scuba diving sangat cantik.

(ii) Village tours.

Setiap pulau ada puak tersendiri yang unik, so kena terbang pakai kapal terbang kecil kalau nak ke sana. Di Vanuatu lah bungee jumping berasal. Bleh lihat puak asli buat bungee pakai akar kayu jika travel ke sana antara bulan April ke Jun.

(iii) Lihat gunung berapi aktif secara dekat di Pulau Tanaa.

Ada daily light plane tour yang bawa ke sana dari Port Vila

Di sesetengah pulau, boleh melawat kaum-kaum orang asli yang memilih untuk hidup cara tradisional. Saya sempat melawat puak Yakel di Pulau Tanna.

8. Kos perjalanan (tiket kapal terbang)

Kuala Lumpur – Auckland : RM3800 (pergi balik)
Auckland – Port Vila : RM RM997
Port Vila – Nadi (Fiji) : RM660
Nadi (Fiji) – Auckland : RM 1252
Port Vila – Tanna (Domestic): RM 1000 (pergi balik)

TOTAL: RM 7115

Saya terbang ke Fiji lepas tu. Jdi tiket mahal sikit sebab saya tak ambik return tiket dari Vanuatu-New Zealand.

9. Penginapan

Kos hotel lebih kurang sama sebab ada banyak backpackers dan resort nak pilih.

travel-ke-vanuatu-12

travel-ke-vanuatu-13

travel-ke-vanuatu-14

travel-ke-vanuatu-15