Untuk peminat Star Wars, pengambaran Star Wars: Episode VIII sudah pun bermula. CEO Disney, Bob Iger menyatakan direktor Rian Johnson (bukan lagi pengarah Star Wars VII, J.J Abrams) bakal membuat modifikasi dalam dunia Star Wars. Rian Johnson sebelum ini terkenal mengarah filem Looper,Brick dan siri hebat Breaking Bad. Jika anda pernah tonton Looper dan Breaking Bad, anda dapat bayangkan bagaimana Episode VIII ini nanti.

Pengarah Star Wars: Episode VIII, Rian Johnson
Pengarah Star Wars: Episode VIII, Rian Johnson

Igor berkongsi kepada para investor di Disney mengenai pencapaian The Force Awakens. Ia menjadi filem ketiga dalam sejarah perfileman Hollywood yang mendapat jualan USD2 billion jualan box office sedunia. Tambah Igor, jualan keseluruhan The Force Awakens dianggarkan USD3 billion termasuk jualan produk yang berasaskan filem itu.

Star Wars: Episode VIII dijangka akan ditayangkan pada December 2017, bukan bulan Mei 2017 seperti yang dijadualkan.

“Proses rakaman Star Wars: Episode VIII sudah bermula dan akan ditayangkan pada Disember 2016. Produksi untuk Episode IX juga sudah bermula dan akan ditayangkan pada tahun 2019, juga telah bermula,” kata Iger.

Episode IX akan diarahkan oleh Colin Trevorrow(pengarah Jurassic World). Agak pelik apabila Iger menyatakan produksi Episode IX sudah bermula sedangkan para pelakon sedang berlakon untuk Episode VIII. Mungkin Iger akan mengeluarkan kenyataan yang baru di masa akan datang untuk menerangkan dengan lebih lanjut rancangan Disney dan Lucasfilm untuk Episode IX.

Apapun, proses pengambaran Star Wars : Episode VIII berjalan seperti yang dijadualkan dan serius pasti ramai yang sudah tidak sabar untuk menunggu sambungan The Force Awakens. Adakah Kylo Ren akan menjadi lebih kuat? Adakah Rey sebenarnya seorang Jedi? Harap persoalan- persoalan yang bermain di fikiran peminat- peminat Star Wars dapat dirungkai dalam episod sambungannya. May the force be with you!

Sumber