Seperti ramai sedia maklum, sejak mulai wabak COVID-19 tersebar ke seluruh dunia, wabak ini jelas meragut nyawa orang ramai. Hal ini sekaligus turut mendesak pihak saintis dalam menghasilkan vaksin bagi menghalang penularan wabak merbahaya ini.

Dalam pada itu, mutasi COVID-19 sekaligus membuatkan wabak ini terus menular dengan varian yang lebih mudah tersebar dan bahaya. Sehubungan dengan itu, pihak Pfizer sebelum ini memaklumkan pihak mereka sedia menghasilkan vaksin khas dalam menghalang penularan varian Omicron.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: CNBC

Terbaharu, CEO Pfizer menerusi ucapan di Jurusalem mencadangkan agar suntikan vaksin COVID-19 dijalankan secara tahunan dalam menempuh pandemik yang melanda.

Beliau memaklumkan pengambilan vaksin secara tahunan adalah lebih baik berbanding suntikan booster yang perlu diambil setiap secara berkala dan dalam tempoh yang singkat.

“Pengambilan booster dalam tempoh empat hingga bulan bukanlah situasi yang baik. Saya mengharapkan sekiranya kita hanya perlu mengambil vaksin setahun sekali sekaligus memudahkan orang ramai.

Pihak kami sedang membangunkan vaksin yang mampu melawan varian Omicron dan juga beberapa varian sebelum ini secara serentak.”ulas CEO Pfizer.

Sumber: Pfizer

Dilaporkan, vaksin Pfizer yang mampu memberi perlindungan kepada varian Omicron dijangka bakal ditawarkan kepada dunia seawal bulan Mac ini. Perlindungan sehingga 90% terhadap varian Omicron antara didakwa.

Sehingga kini, sejumlah besar negara-negara di Eropah dan juga Amerika Syarikat dilihat telah mengalami peningkatan kes COVID-19 berikutan penularan wabak Omicron yang pantas. Penurunan kadar imuniti badan terhadap wabak COVID-19 antara sebab yang dikatakan menjadi punca orang dijangkiti COVID-19.

Sebelum ini, CEO Pfizer merupakan antara individu terawal yang mencadangkan orang ramai perlu mengambil dos keempat vaksin COVID-19.

Kita Mungkin Perlu Ambil Dos Keempat Vaksin COVID-19, Kata CEO Pfizer

Mahu Halang Penularan Wabak, Pfizer Sedia Bangunkan Vaksin Khas Omicron