Bermula di China, siapa sangka wabak ini mampu menular ke Malaysia sekaligus mendesak pihak kerajaan untuk mengarahkan orang ramai untuk stay at home menerusi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 31 Mac setakat ini.

Terbaharu, penganjur bazar Ramadan mengumumkan cadangan untuk membatalkan pengajuran bazar Ramadan di negeri tersebut berikutan wabak COVID-19.

Amirudin Shari
HYPE
Lihat Salah Satu Norma Baharu Dalam Menyambut Hari Raya Aidilfitri Tahun Ini
Baca lagi →

Persatuan Penggerak Pengguna Johor yang diketuai oleh Md Salleh Sadijo mengumumkan meskipun bazar Ramadan merupakan peluang buat para peniaga memperoleh pendapatan tambahan, kehadiran wabak COVID-19 pada tahun ini ternyata lebih serius daripada segalanya.

43485035_xl

Sumber: Rasa

Menganjurkan bazar Ramadan secara tidak langsung membuka peluang buat orang ramai berada di tempat ramai sekaligus meningkatkan peluang penyebaran wabak di kalangan pembeli dan penjual.

Tambahnya lagi, melihatkan kepada ibadah Umrah yang juga ditangguhkan oleh kerajaan Arab Saudi jelas menunjukkan betapa serius wabak ini. Beliau turut berharap cadangan untuk membatalkan bazar Ramadan dipersetujui oleh pihak kerajaan negeri dimana bulan Ramadan bakal bermula pada 24 April ini.

Orang ramai seolah tidak hirau dengan perintah RMO apabila jambatan Pulau Pinang dilaporkan sesak. Turut dikongsikan dakwaan dimana Vladimir Putin melepaskan singa bagi membantu lockdown di Rusia.

Orang Ramai Cetus Kesesakan Di Jambatan Pulau Pinang, Tidak Hirau Perintah RMO

Benarkah Vladimir Putin Guna Singa Bantu ‘Lockdown’ COVID-19 Di Rusia?

Anda Mungkin Suka