‘Bomoh hujan’ atau lebih dikenali sebagai Raden Rara Istiani Wulandari yang bertugas ‘mengawal cuaca’ pada acara MotoGP Mandalika telah menjadi sebutan masyarakat di seluruh dunia selepas beliau membuat penampilan pertama di acara MotoGP Mandalika yang berlangsung di Lombok, Indonesia.

Semalam ketika cuaca buruk melambatkan permulaan MotoGP Mandalika, pihak penganjur terpaksa memanggil Raden Rara bagi memberhentikan hujan di litar Mandalika. Difahamkan bahawa hujan renyai mula turun pada penghujung perlumbaan Moto2 dan semakin lebat menjelang permulaan GP Indonesia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pengarah perlumbaan memutuskan untuk menangguhkan permulaan GP Indonesia dan Kereta Keselamatan mengelilingi litar untuk memeriksa keadaan trek dalam hujan lebat. Lorong pit pada asalnya akan dibuka semula pada 15:55 tetapi jawatankuasa itu sekali lagi menangguhkan permulaan untuk masa yang tidak ditentukan.

Menurut laporan Trans7 yang menyiarkan acara secara langsung, kelihatan Raden Rara berjalan di sekitar litar sambil membawa mangkuk dan kelihatan membaca beberapa mantera.

Memetik laporan Kompas, difahamkan bahawa Raden RaraĀ telah dibayar dengan harga yang tinggi oleh pihak penganjur. Dia yang ditemubual di sekitar kawasan Litar Antarabangsa Mandalika tidak teragak-agak untuk berkongsi bayaran yang diperoleh oleh beliau sepanjang acara MotoGP berlangsung di Indonesia.

Bomoh yang mesra dipanggil Rara itu berkata bahawa dia dibayar sebanyak Rp 5 juta (RM1,500) sehari. Rara Istiani yang sudah bekerja selama 21 hari untuk acara perlumbaan motosikal dunia memperoleh sebanyak Rp 105 juta (RM30,000) sepanjang acara perlumbaan dunia itu berlangsung. Dia berkata bayaran ini setimpal kerana dia diminta untuk bekerja tidak kira siang mahupun malam.

Mengenai tugasnya mengawal hujan, Rara menjelaskan bahawa beliau bukan sahaja ditugaskan untuk mengendali hujan semata-mata. TetapiĀ dia juga bertanggungjawab membawa hujan ke arah yang lain dan memastikan suhu di sekitar litar tidak begitu tinggi.

ā€œOleh kerana ia adalah program, litar tidak boleh terlalu panas. Supaya suhu (litar) tidak sampai mengelupas, kita perlu mengekalkannya di bawah 50 darjah Celsius. Bila pagi diminta cerah, renyai-renyai sedikit sahaja,ā€ jelasnya.

Raden Rara berasal dari Yogyakarta, beliau datangĀ ke Mandalika setelah dilantik oleh Pusat Pembangunan Pelancongan Indonesia dan Persatuan Grand Prix Mandalika (MGPA) untuk mengurus ‘cuaca’ sepanjang acara perlumbaan dunia ini berlangsung.

ā€œKemampuan saya adalah kehendak Tuhan Yang Maha Esa,ā€ jelasnya.Ā Mengenai kebolehannya mengawal hujan, beliau berkata ia adalah ilmu yang dituntut sejak dahulu.Ā ā€œSejak zaman dahulu lagi, Indonesia terkenal dengan banyak kuasa ghaib termasuk mengawal hujan,ā€ dakwanya.

Alami cuaca buruk, Indonesia guna khidmat bomoh untuk ‘tolak hujan pada acara MotoGP. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Alami Cuaca Buruk, Indonesia Guna Khidmat Bomoh Untuk ‘Tolak Hujan’ Pada Acara MotoGP

Macam Pelumba MotoGP, Aksi Rider GrabFood Ambil ‘Corner Baring’ Curi Tumpuan Ramai

Presiden Indonesia Umum Pengunjung MotoGP Mandalika Tidak Perlu Buat Ujian PCR-Antigen