Debaran acara sukan berprestij dunia, Olimpik Tokyo 2020 semakin terasa dan persiapan juga semakin giat dijalankan. Terbaharu, pihak penganjur telah memperkenalkan medal yang bakal dibawa pulang oleh para atlet. Menariknya, medal ini dihasilkan daripada telefon bimbit dan barangan elektronik yang dikitar semula.

Menurut laporan media tempatan, sebanyak 80,000 tan bahan kitar semula tersebut digunakan untuk menghasilkan keseluruhan 5,000 medal yang akan dipertandingkan. Sebanyak 6 juta telefon bimbit digunakan dalam menghasilkan medal ini adalah hasil sumbangan dari rakyat Jepun sendiri selama dua tahun.

SuperPark
HYPE
28 Aktiviti Awesome Yang Anda Boleh Cuba Di ‘SuperPark Malaysia’
Baca lagi →

olympictokyo

Sebanyak 158 juta barangan elektronik yang dikitar semula digunakan untuk projek ini. Keseluruhan 80,000 tan bahan kitar semula ini telah berjaya menghasilkan lebih kurang 32 kilogram medal emas, 3492 kilogram medal perak dan 2199 kilogram medal gangsa.

Anda Mungkin Suka