Pengantin lelaki di India meninggal dunia satu hari selepas melangsungkan majlis akad nikah pada 17 Jun yang lalu, sementara 30 orang tetamu yang hadir ke majlis tersebut dilaporkan positif COVID-19.

Gulf News melaporkan bahawa berita ini telah membuatkan satu kampung berada di dalam keadaan panik kerana mereka adalah antara tetamu yang diundang untuk menghadiri majlis perkahwinan tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pengantin lelaki dilaporkan bekerja di Gurgaon telah sampai ke wilayah Patna pada 15 Jun yang lalu. Dia datang dari Gurgaon menggunakan kenderaan sendiri dan terus menuju ke tempat pernikahan di Nautbatpur Patna.

Berdasarkan laporan daripada penduduk kampung, pengantin lelaki tersebut berada dalam keadaan sakit ketika upacara perkahwinan tersebut dijalankan. Namun, majlis itu tetap berlangsung.

Pada sebelah petang, setelah majlis akad nikah dilaksanakan, tetamu mula hadir membanjiri majlis perkahwinan bagi meraikan kedua mempelai. Mereka datang bagi memenuhi undangan dari pihak pengantin.

Keesokan harinya, keadaan pengantin lelaki tersebut semakin teruk dan dia terus dibawa ke pusat kesihatan setempat yang berada di Paliganj. Dia kemudiannya dipindahkan ke All India Institute of Medical Sciences di Patna.

Dalam perjalanan menuju ke sana, dia jatuh pengsan dan disahkan meninggal dunia. Keluarganya pula telah bertindak membawa pulang jasadnya tanpa memberitahu pihak berkuasa kesihatan dan mayatnya dibakar tanpa melakukan apa-apa ujian COVID-19.

Penduduk desa yang panik dengan berita tersebut telah memberitahu pegawai setempat. Mereka juga melaporkan bahawa pengantin lelaki tersebut tiba dari Gurgaon sebuah wilayah di Haryana, salah satu bahagian negeri di India yang paling teruk terkesan dengan wabak COVID-19.

Jabatan Kesihatan Negeri kemudian bergegas ke tempat kejadian dan mengumpulkan sampel dari 125 penduduk kampung yang menghadiri majlis perkahwinan itu.

Setelah diperiksa, 15 dari 125 sampel positif dijangkiti virus korona. Manakala pada 20 Jun, pihak berkuasa kesihatan negeri mengumpulkan sampel lebih daripada 81 orang dari kawasan yang terjejas. Dari 81 sampel, 16 disahkan positif COVID-19.

“Kebanyakan orang yang positif COVID-19 adalah mereka yang menghadiri majlis perkahwinan,” kata Dr. Ramanujam, seorang pegawai kesihatan, kepada media pada hari Rabu. Dia menambah bahawa keadaan sedang dipantau dengan teliti.

Menurut laporan terbaru dari Jabatan Kesihatan Bihar, India, 55 orang dinyatakan mati dan 8,100 yang lain dilaporkan positif. Daripada jumlah positif, 5,174 orang adalah pekerja migran yang kembali ke kampung halaman.

Terdahulu, seorang wanita yang disahkan meninggal dunia akibat COVID-19 hidup kembali. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Wanita Yang ‘Disahkan’ Meninggal Dunia Akibat COVID-19 Hidup Kembali

Akibat Belayar Lama Di Tengah Laut, Pasangan Ini ‘Tidak Sedar’ Dunia Diserang COVID-19

Sumber