Bagi kebanyakan pasangan pengantin, mereka menghabiskan hari bahagia mereka dengan sambutan bersama-sama keluarga, saudara mara dan rakan taulan, dalam satu majlis yang gah dan gilang-gemilang. Tetapi lainnya bagi pasangan ini yang mengambil keputusan untuk membantu orang ramai. Fethullah Üzümcüoğlu, 24, dan Esra Polat, 20, dari Turki mengambil keputusan untuk menggunakan wang hadiah perkahwinan untuk menjamu pelarian Syria. Bersama-sama dengan badan kebajikan Turki bernama Kimse Yok Mu (KYM), mereka berdiri di belakang kaunter sambil berpakaian pengantin dan menghabiskan masa mereka menghidangkan makanan kepada 4,000 orang pelarian.

“Kami mahu membantu saudara-saudari Syria kita,” kata pasangan ini kepada badan kebajikan KYM. “Melihat kegembiraan di mata kanak-kanak pelarian Syria ini memang tidak ternilai. Kami memulakan perjalanan kami (sebagai suami isteri) menuju kebahagiaan dengan membuat orang lain bahagia, dan ia adalah satu perasaan yang sangat bagus.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Majlis perkahwinan mereka berlangsung di selatan Turki, di bandar Kilis, terletak bersebelahan dengan sempadan Syria. Menurut United Nations (UN), Turki telah memberi perlindungan kepada lebih sejuta pelarian Syria sejak konflik negara itu bermula pada tahun 2011, dan keseluruhannya, sebanyak 4 juta orang telah mencari perlindungan di negara-negara lain.

Selalunya pengantin mengadakan majlis untuk sanak-saudara, tetapi pasangan ini Fethullah Üzümcüoğlu dan Esra Polat mengadakan sambutan perkahwinan mereka dengan cara berbeza.

pasangan-turki-01

Pasangan ini menggunakan wang perkahwinan mereka untuk menjamu 4000 pelarian Syria.

“Saya fikir, berkongsi juadah makanan yang banyak dan sedap bersama-sama keluarga dan rakan-rakan menjadi tidak begitu penting, apabila terdapat terlalu ramai orang yang memerlukan hidup ‘bersebelahan’ dengan kita”

“Melihat kegembiraan di mata anak-anak Syria adalah sesuatu yang tidak ternilai”

“Kami memulakan perjalanan kami ke arah kebahagiaan dengan membuat orang lain gembira, dan ini adalah perasaan yang sukar digambarkan”

“Kami merasakan kami sudah membuat pelaburan untuk membina kebahagiaan dengan berkongsi juadah bersama-sama dengan pelarian Syria yang tinggal dalam bandar kami”

Kami di Vocket sangat terinspirasi dengan kisah ini, dan semoga pasangan ini, Fethullah Üzümcüoğlu, dan Esra Polat, dirahmati dengan kebahagiaan yang melimpah ruah.

BACA: 20 Dosa Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan Yang Dibenci Oleh Musuhnya

BACA Lagi: Berkongsi Kisah Sukar Sewaktu Baru Berkahwin, Ini Pesanan Imam Muda Buat Pengantin Baru

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber