Sekumpulan penganut Hindu di India telah menjalankan satu ritual bagi melawan COVID-19 daripada terus merebak. Ritual tersebut memerlukan mereka untuk minum air kencing lembu – binatang yang dianggap suci bagi penganut agama Hindu.

Namun perkara ini telah dijelaskan oleh pakar bahawa air kencing lembu tidak akan menyembuhkan apa-apa penyakit dan tiada bukti kukuh juga yang menunjukkan bahawa air kencing lembu dapat menyembuhkan seseorang daripada wabak yang sedang melanda dunia ini.

Pesta yang dianjurkan oleh Kesatuan Hindu India di ibu negara telah dihadiri lebih daripada 200 orang dan penganjur mengharapkan acara sama bakal dijalankan di seluruh di India.

“Kami telah minum air kencing lembu selama 21 tahun, kami juga mandi dalam tahi lembu. Kami tidak pernah merasakan keperluan untuk mengambil ubat,” kata Om Prakash, antara peserta yang turut serta dalam ritual ini.

Pemimpin parti nasionalis Hindu, Narendra Modi telah mengesyorkan untuk kegunaan meluas air kencing lembu sebagai ubat bagi mengubati kanser dan bermacam lagi penyakit.

Manakala pemimpin di bahagian timur India, Assam juga menyokong kenyataan Modi dengan menyatakan bahawa air kencing lembu dan tahi lembu dapat merawat COVID-19.

Untuk bacaan lanjut mengenai COVID-19, klik pautan di bawah.

China Tuduh Amerika Syarikat Punca Tersebarnya COVID-19 Di Wuhan

Sumber