Walaupun negara kita sudah mencatatkan angka vaksinasi yang tinggi, namun teori dangkal dari kumpulan kiri yang sering dikenali sebagai anti-vaksin terus tumbuh bak cendawan selepas hujan. Terbaharu, melalui perkongsian seorang pengguna Facebook. Dia menyatakan bahawa 5G adalah senjata terbaharu yang dibangunkan, “Bukan konspirasi lagi, selamat datang ke alaf baharu.”

Hantaran tersebut kemudiannya mendapat perhatian pengguna Facebook yang lain di mana sebahagian daripada mereka menyatakan bahawa kita sekarang dikepong dengan senjata biologi yang akan diaktifkan menggunakan vaksin yang dicucuk oleh orang ramai. Seorang pengguna Facebook yang lain pula mendakwa bahawa matlamat teknologi 5G adalah untuk mengurangkan populasi dunia dan mereka yang divaksin pula akan ‘dikawal’ oleh teknologi ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

collage

Dakwaan tanpa bukti yang kukuh dan dianggap bodoh ini kemudiannya tular di laman Twitter apabila dikongsi oleh Faiz Zainal. Hantaran tersebut telah menjadi hiburan buat pengguna Twitter. Mereka seolah tidak menyangka bahawa wujud kumpulan kiri yang menyangka teknologi 5G dibangunkan untuk mengawal manusia yang sudah mendapatkan vaksin.

Sebelum membuat dakwaan yang tidak ada bukti, adalah lebih baik kumpulan yang kini lebih dikenali sebagai ‘palataologist’ – orang yang suka buat-buat tahu, tapi sebenarnya dia tak tahu – untuk membaca lebih banyak info mengenai teknologi 5G.

Tidak hanya di situ, pengguna Twitter yang lain turut berkongsi satu video berdurasi selama 23 saat di mana seorang lelaki mempersoalkan kesan yang boleh membawa terlahirnya zombie di negara kita. “Kalau 30 tahun lagi baru ada kesan sampingan, kemungkinan kami akan jadi zombie siapa nak jawab? Ini adalah yang berlaku bila kita mula mengkaji kerana kita tidak tahu kesan itu,” katanya.

https://twitter.com/yungjamm/status/1425082915939962882

Tidak pasti apa yang ‘dikaji’ oleh lelaki tersebut, namun video tersebut juga tular dan menjadi perdebatan pengguna di Twitter. Bagaimanapun tidak pasti adakah lelaki itu bercakap mengenai vaksin atau pun tidak. Tetapi melalui salah satu komen yang muncul pada saat ke 14 video tersebut, seorang lelaki telah meminta PPIM untuk menyaman premis atau tempat kerja yang memaksa pekerjanya untuk mengambil vaksin.

Dakwaan yang dangkal daripada kumpulan kiri ini sememangnya menghiburkan. Tetapi ia tetap bahaya buat kumpulan manusia. Dalam pada COVID-19 dikesan telah menjangkiti ribuan orang di seluruh dunia, para penganut teori konspirasi pula mula menjangkiti pemikiran berjuta-juta orang. Mereka lebih percaya berita atau kajian yang tidak ada bukti ilmiah berbanding pakar atau kumpulan barisan hadapan yang melihat sendiri bagaimana COVID-19 meragut nyawa manusia.

Melawan teori anti vaksin yang kaitkan pesawat OneWorld dengan ‘agenda dajjal’. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Melawan Teori Anti Vaksin Yang Kaitkan Pesawat OneWorld Dengan ‘Agenda Dajjal’

Tinggal Di Langkawi Secara Haram, Malaysia Usir Penganut Teori Konspirasi Perancis

Menepis Kebencian Terhadap Dakwaan Dr Noor Hisham Sebagai Seorang Agen Freemason