Penganut kepercayaan teori konspirasi berpendapat bahawa tengkorak kuno berbentuk bujur ini adalah bukti bahawa makhluk asing telah mengunjungi Bumi pada suatu masa dahulu.

Lad Bible melaporkan bahawa dalam satu catatan Facebook yang telah dipadam, seorang penganut teori konspirasi berkongsi video yang menunjukkan tengkorak berbentuk bujur dengan kapsyen, “Sila periksa mata anda, ini adalah 100% makhluk asing.”

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Muat naik tersebut dikatakan telah mendapat perhatian ramai dengan lebih 500 perkongsian dan dihubungkan dengan video di YouTube yang mengandungi rakaman tengkorak yang dijumpai di pergunungan Huancavelica di Peru.

https—s3-images.ladbible.com-s3-content-5894d7d460a88f81e4fb1b4d1d576bc4.png
YouTube

Tengkorak yang ditemui pada tahun 1920 oleh ahli arkeologi Peru, Julio C. Tello merupakan salah satu dari dua fosil yang dijumpai oleh para ahli arkeologi yang memiliki bentuk dan ciri yang jauh berbeza dari tengkorak manusia normal.

Bentuknya yang unik dan lain daripada yang lain telah membuka ruang perdebatan kepada orang yang bukan ahli di dalam bidang ini untuk mengeluarkan teori mereka sendiri.

Profesor Melissa S. Murphy, pakar antropologi Peru, memberitahu USA Today bahawa “Soket mata normal dan sempurna dalam jangkauan variasi manusia dan kelihatan seperti soket mata tengkorak manusia lain dari Peru.” Ukurannya sekitar 50 sentimeter dan soket matanya jauh lebih besar daripada ukuran tengkorak manusia.

https—s3-images.ladbible.com-s3-content-735fa63260a88f81e4fbafdd11c9372d
Creative Common

Ya, benar bahawa bentuk kepala ini tidak normal. Tetapi ia masih manusia. Kenapa ia terjadi begitu adalah hasil dari perubahan atau ikatan kepala, di mana pertumbuhan dan perkembangan kepala yang normal diubah selama beberapa tahun dengan menggunakan kain, tali atau alat lain.

Dalam satu laporan tahun 2018 di Science News pula menyatakan bahawa tengkorak berbentuk bujur dan memanjang itu adalah simbol status orang-orang zaman Peru kuno dan ia biasanya dijumpai di kalangan anggota golongan elit.

Ahli bioarkaeologi Matthew Velasco dari Universiti Cornell mencatat dalam kajiannya 2018 bahawa, “Pada masa krisis dan pergolakan sosial, ciptaan jenis identiti baru dapat menguatkan atau melemahkan politik.”

Melawan teori anti vaksin yang kaitkan pesawat OneWorld dengan agenda dajjal. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Melawan Teori Anti Vaksin Yang Kaitkan Pesawat OneWorld Dengan ‘Agenda Dajjal’

Dakwa COVID-19 Agenda Freemason Dan Yahudi, PU Azman Sekolahkan Kumpulan Teori Konspirasi

Peminat Indonesia Cipta Teori Konspirasi Baharu, Ahmad Dhani Sekarang Adalah ‘Ahmad Dhani Clone”