Naim Daniel, seorang selebriti yang terkenal dengan kelantangannya menyuarakan isu-isu marhaen telah dituduh oleh kumpulan penganut teori konspirasi sebagai salah seorang ‘penjual’ jiwa kepada syaitan. Dakwaan tidak masuk akal lagi bodoh ini telah dibuat oleh satu halaman yang dinamakan sebagai Ilmu Eskatologi di dalam satu hantaran yang dimuat naik semalam.

Di dalam hantaran tersebut, Ilmu Eskatologi membuat dakwaan bahawa luka yang ada di bahagian muka Naim adalah akibat daripada ritual ‘soul scalping’. Manakala kecederaan pada tangan kanan pula dikatakan mempunyai kaitan dengan ‘the hidden hands’. Namun dakwaan dangkal ini telah disangkal awal lagi dan kecederaan yang dialami oleh Naim bukannya disebabkan dia menjual jiwanya kepada syaitan. Tetapi dia tercedera disebabkan bermain ‘skateboard’.

“Admin: setiap tanda Dan bentuk Pasti ada maksudnya mungkin Kita anggap seperti Teori konspirasi tapi kalau Kita check Dan Kaji itulah reality. Nasihat admin jangan ambil 100% Dan jangan tolak 100%,” kata admin Ilmu Eskatologi di hantaran yang mendakwa Naim Daniel telah melakukan ‘soul scalping’ kepada iblis.

Perangai ‘palatoa’ oleh penganut teori konspirasi ini mendapat reaksi yang negatif daripada netizen. Kebanyakan mereka menyelar dakwaan bahawa Naim Daniel menjual jiwanya kepada iblis. Manakala sebahagian daripada netizen meminta agar admin Ilmu Eskatologi untuk keluar dari kepompong dan bergaul dengan ramai orang kerana luka yang ada di muka Naim adalah disebabkan bermain ‘skate’.

“Benda paling bodoh aku dengar hari ni. Naim jatuh main skate depan mata aku dan aku sendiri yang hantar dia pi hospital. Then ada mangkuk kata dia masuk illuminati siap buat soul scalping dengan dajjal. Kelakar gila!” Kata Razaisyam, pengarah filem CEO dan siri televisyen Sembil9n.

“Ini mengarut, jadi orang tidak boleh ada lebam pada mata kerana nanti mereka akan jadi sebahagian daripada illuminati? Dan penafian anda ‘jangan ambil 100% dan jangan tolak 100%’ – jika anda tidak pasti tentangnya jangan mengada-adakan benda yang tiada,” kata netizen yang lain.

Sejak masuknya tahun 2020 dan kini kita berada di tahun 2022, kumpulan penganut teori konspirasi mula tumbuh mekar dan menampakkan belang mereka.   Pelbagai teori tanpa pembuktian mula tumbuh dan kebanyakannya adalah hanya dakwaan semata-mata. Tambah lagi sejak pandemik COVID-19 melanda dunia, kumpulan ini mendapat perhatian ramai dengan teori tanpa kajian ilmiah.

Untuk rekod, setakat laporan ini ditulis, Naim tidak lagi memberikan apa-apa kenyataan mengenai dakwaan ini.

Penganut teori konspirasi kaitkan 5G dengan vaksin, dakwa rakyat Malaysia bakal jadi zombie. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Penganut Teori Konspirasi Kaitkan 5G Dengan Vaksin, Dakwa Rakyat Malaysia Bakal Jadi Zombie

‘Ini Upacara Puja Syaitan’ – Tragedi Konsert Travis Scott Dikaitkan Dengan Freemason

Peminat Indonesia Cipta Teori Konspirasi Baharu, Ahmad Dhani Sekarang Adalah ‘Ahmad Dhani Clone”