Selepas keluarnya trailer rasmi untuk Captain Marvel, pengarah Avengers 4 nampaknya tidak mahu hype Captain Marvel menutup Avengers 4. Jadi mereka berkongsi gambar hitam putih ini dengan caption ‘Look Hard’.

Ianya hanyalah gambar biasa di dalam studio dengan Joe sedang melihat laptop dan terdapat tangga di belakangnya. Menarik tentang tangga berkenaan adalah terdapat 4 huruf ‘A’, mungkin salah satu klue untuk tajuk rasmi Avengers 4 nanti.

Pengguna Twitter dengan nama Juliomaster 3 kemudiannya membalas dengan gambar mesin berkenaan yang pernah muncul dalam filem Avengers sebelum ini. Ianya berada di pejabat Don Cheadle (War Machine).

Namun jika anda sudah menonton Ant-Man & The Wasp, device berkenaan juga mirip mesin quantum realm yang berada di belakang van milik Hank Pym sewaktu babak end credit.

Melalui gambar ini sahaja pelbagai konspirasi yang dibuat peminat Marvel. Semestinya device yang dibuat oleh Hank Pym ini penting dalam mencari jalan untuk mengeluarkan Ant-Man dari dunia quantum realm.

Begitulah Marvel Studios dalam membina hype filem mereka supaya filem mereka sentiasa menjadi bualan. Tetapi ianya bagus untuk buat peminat sentiasa rasa tidak sabar menantikan filem Avengers tahun hadapan. Sebelum itu, kenalah layan Captain Marvel dahulu. Barulah boleh faham maksud tersirat dalam gambar ini.

Guns N’ Roses sekali lagi kembali ke Malaysia tetapi kali ini berbeza kerana line-up asal mereka yang akan menghiburkan anda!

Dapatkan potongan harga sebanyak 15% dengan memasukkan kod MSIA7 untuk setiap kategori (kecuali VVIP)!

Tiket boleh terus dibeli di buytickets.com.my.

Guns

Maklumat lanjut layari Facebook Rasmi Guns ‘N Roses, Facebook Fans Guns ‘N Roses, dan Facebook Galaxy Group.

Jumpa anda di sana!