Netflix telah mengeluarkan banyak filem-filem menarik dan antaranya adalah filem terbaharu lakonan Chris Hemworth iaitu Extraction. Filem yang dirakam di Dhaka, Bangladesh ini telah mendapat reaksi yang seimbang dari pengkritik filem dengan rata-rata dari mereka ada yang setuju dan tidak setuju dengan tahap filem ini.

Filem ini lebih mencuri tumpuan di Malaysia apbila kebanyakan kereta yang digunakan di dalam filem ini adalah jenama Proton – kereta buatan Malaysia. Dari Satria Neo sehinggalah ke Savvy. Kereta jenama Proton dapat dilihat di dalam filem ini.

Sam Hargrave, pengarah filem Extraction telah memberi penjelasan mengapa beliau gunakan kereta jenama Proton sebagai prop di dalam filem yang hampir 90% dirakam di India dan Bangladesh.

Screenshot-2020-05-09-at-3.59.02-PM.png

“Semasa pemerhati kami ke Dhaka, Bangladesh dan seluruh India, kami melihat banyak kereta Proton di jalanan. Supaya filem ini kelihatan sahih, kami ingin memastikan dan mempamerkan kereta Proton sepanjang filem ini. Bahkan ada beberapa kenderaan Polis di Dhaka, Bangladesh yang menggunakan kereta Proton,” katanya ketika seperti dilaporkan oleh SoyaCincau.

Filem ini berlangsung di Bangladesh, di mana PHP Automobiles adalah syarikat yang bertanggungjawab mengedar kereta jenama Proton – lima jenis kenderaan iaitu Proton Saga, Proton Preve, Proton Exora, Proton X70, dan Proton Persona.

Bagi anda yang belum lagi menonton filem Extraction di Netflix, tontonlah segera. Dilaporkan bahawa produksi filem ini bersedia untuk mengeluarkan sekual filem ini.

Untuk bacaan lanjut mengenai filem Extraction, klik pautan di bawah.

‘Trending’ Sejak Mula Ditayangkan, Filem Extraction Sah Bakal Hadir Dengan Sekuel Terbaru