Tahun lalu hangat diperkatakan apabila filem seram Roh (2020) arahan Emir Ezwan tercalon dalam kategori Filem Antarabangsa sekaligus mewakili Malaysia ke acara Anugerah Oscar ke-93, lapor kenyataan Finas.

Walau bagaimanapun, filem Roh dilaporkan tidak berjaya tersenarai pendek top 15 filem terbaik antarabangsa untuk pencalonan bagi Anugerah Oscar seperti dilaporkan akhbar The Star. Namun begitu, filem Roh ini telah dipuji sebagai karya agung yang amazing’ oleh salah seorang pengarah filem British, Edgar Wright.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagi yang belum tahu, Edgar merupakan pengarah filem yang popular dengan karya filem beliau bertajuk Shaun of the Dead (2004) dan beberapa filem hebat Hollywood yang lain antaranya Scott Pilgrim vs. the World dan Baby Driver Terbaharu, menerusi ciapan di Twitter, Edgar berkongsi untaian yang berkaitan dengan senarai pendek filem kegemaran yang telah beliau tonton dan salah satunya ialah filem Roh.

Menjadi kebanggaan segelintir netizen di Twitter apabila filem Roh karya anak watan ini turut ditonton oleh pengarah terkenal Edgar Wright. Lantaran itu, ada beberapa netizen mengulang kicau ciapan yang dikirim Edgar berserta kapsyen dan meletakkan tag akaun Twitter Kuman Pictures iaitu produksi yang menerbitkan filem ini.

Terharunya apabila Kuman Pictures juga perasaan ciapan yang dihantar Edgar itu sambil mereka membalas dengan komen dalam bahasa Inggeris “Terima kasih kerana sudi menonton Roh” berserta emoji berbentuk hati. Ciapan itu dibalas kembali oleh Edgar dengan mengatakan tahniah serta berkata bahawa filem Roh sebagai satu karya filem yang amazing.

Walaupun filem Roh terkeluar dari senarai pencalonan Anugerah Oscar tetapi sekurang-kurangnya filem ini tersenarai dalam kategori filem kegemaran pengarah Edgar Wright sudah membanggakan kita. Malah, ini sedikit memberikan gambaran bahawa karya filem Malaysia diterima dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Jika Edgar Wright sudah menonton filem Roh, bagaimana pula dengan anda? Anda boleh menonton filem ini menerusi penstriman MUBI.

Gara-gara satu ciapan daripada Tom Holland, ‘Cybertrooper’ India mahu boikot filem lakonan beliau. Baca lanjut pada pautan di bawah.

Cybertrooper India Mahu Boikot Filem Tom Holland Akibat Ciapan Dari ‘Tom Holland’ Versi Berbeza

Finas Umum Filem ‘Roh’ Terpilih Wakili Malaysia Untuk Bertanding Di Anugerah Oscar

Ini Antara Filem Menarik Yang Menanti Anda Di Pawagam Bermula 5 Mac 2021

Sumber