Pengarah filem terbaru Joker, Todd Phillips sememangnya individu yang mempunyai idea unik untuk mengembalikan kegemilangan filem DC Comics.

Ketika Todd mengemukan cadangan untuk filem standalone Joker, beliau turut membuat cadangan kepada Marvel untuk memperkenalkan divisyen ‘DC Black’ atau ‘DC Dark’ untuk membezakan DCEU dengan Marvel Studios.

S10
HYPE
Rakam Video Dan Terus Sunting, Ini Kelebihan Samsung Galaxy Note10 Untuk Anda Yang ‘On The Go’
Baca lagi →

Dalam cadangannya, setiap filem di bawah divisyen DC Black perlu diberi sepenuh kreativiti kepada pengarah yang dipilih dan filem berkenaan akan ‘langsung berlainan’ daripada versi komik.

Todd mahu Warner Bros mulakan projek berkenaan dengan Joker terlebih dahulu dan di masa akan datang membawa pengarah hebat lain untuk sertai projek ini. Selain itu, filem yang bakal dihasilkan tidak bergantung kepada CGI (seperti filem Marvel). Mereka mahu buang atau kurangkan semua itu dan hasilkan sesuatu yang hebat.

Tambah Todd, filem di bawah divisyen DC Black ini juga tidak akan mempunyai kaitan dengan mana-mana filem DC yang telah dikeluarkan Warner Bros sebelum ini.

Penggambaran filem Joker ketika ini tidak menggunakan green screen dan dirakam sepenuhnya di jalanan New York. Ramai yang teruja dengan pandangan Todd ini dan jika ianya benar, divisyen ini bakal memberi kelainan antara filem superhero yang muncul di pawagam.

Anda Mungkin Suka