Kumpulan Senario sememangnya sangat sinonim dengan rakyat Malaysia terutama dalam kalangan remaja dan kanak-kanak yang membesar di lewat 90-an dan awal tahun 2000.

Dengan beberapa penampilan di layar perak dan siri sitkom mereka yang sendiri, filem Lagi-Lagi Senario yang terbit pada 2001 boleh dikatakan antara yang paling ‘melekat’ dengan kita semua.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sudah lupa filem yang mana? Lagi-Lagi Senario adalah filem di mana berlakunya perseteruan antara Azlee dan Mazlan dalam menjalankan perniagaan warung roti canai milik mereka.

90751583_1417965945201204_4448234110195859456_n
Warung Azlee dan Mazlan dalam Lagi-Lagi Senario

Bila berbicara mengenai warung kedua-dua mereka yang didirikan bersebelahan ini, pasti ramai yang ingin mengetahui dimanakah lokasi penggambaran sebenar untuk adegan tersebut dijalankan.

Kini selepas 20 tahun, pengarah filem Lagi-Lagi Senario iaitu Aziz M Osman akhirnya mendedahkan lokasi sebenar warung berkenaan melalui satu ciapan di akaun Twitter-nya.

Jawapan itu diberikan susulan pertanyaan oleh seorang netizen yang ingin mengetahui dimanakah lokasi sebenar warung berkenaan seperti dalam filem itu.

Dalam balasan tersebut, Aziz mengepilkan gambar semasa kawasan warung roti canai itu pernah didirikan untuk penggambaran filem berkenaan.

Buat anda yang tidak tahu, bangunan yang diberikan petunjuk oleh Aziz itu adalah merupakan bangunan Sri Pentas milik kumpulan Media Prima yang terletak di Bandar Utama, Petaling Jaya.

Malah, bangunan berkenaan juga kelihatan di bahagian belakang warung Azlee dan Mazlan dalam filem tersebut. Perhatikan gambar di bawah ini. (Bangunan Sri Pentas berada dalam bulatan).

1

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kedudukan sebenar warung tersebut dari Sri Pentas memandangkan ia telah berlalu lebih 20 tahun dan terdapat banyak pembangunan yang berlaku di kawasan sekitar.

Namun, jika anda tidak pernah ke kawasan Sri Pentas yang berada bersebelahan dengan pusat membeli belah One Utama, berikut adalah tangkap layar daripada Google yang menunjukkan sekitar kawasan berkenaan.

Capture
Pandangan dari bahagian atas kawasan Sri Pentas.

Atau jika anda ingin berjalan-berjalan secara maya dan menentukan sendiri lokasi sebenar warung milik Azlee dan Mazlan ini anda juga boleh menggunakan pautan Google Maps di bawah.

Apa yang pasti, lokasi kedua-dua warung ini berada berhampiran kawasan ini dan ianya diakui sendiri oleh pengarah filem yang pernah meraih antara kutipan tertinggi dalam negara itu. Selamat mencuba!

Baca juga perkongsian hiburan semasa daripada kami sebelum ini melalui pautan di bawah.

Ini Sebabnya FINAS Tersenarai Dalam ‘End Credit’ Star Wars: The Mandalorian

Mengaku Tonton Mael Totey Secara ‘Haram’, Penonton Ini Minta Maaf Pada Syahmi Sazli

Umpama ‘Mocking’ Orang Susah, Program Realiti The House Mendapat Kecaman Netizen

Sumber