Teka-teki asal COVID-19, yang masih menjadi misteri, terus menjadi tanda tanya besar. Makmal Wuhan, yang sangat disyaki sebagai sarang virus korona, masih belum dapat dibuktikan.

Dalam laporan Jawatankuasa Perkhidmatan Bersenjata Senat, wabak itu dikatakan bukan berasal dari binatang buas yang dijual di pasar basah Wuhan seperti yang ditegaskan oleh pegawai China, tetapi sebenarnya dari makmal rahsia milik kerajaan, iaitu Institut Virologi Wuhan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sehingga ke hari ini debat mengenai asal usul wabak COVID-19 masih gagal dibuktikan. Dengan WHO tidak mendapat kerjasama sepenuhnya dari kerajaan China untuk melakukan siasatan dan beberapa halangan yang dihadapi oleh mereka untuk menyiasat punca kepada segala kacau-bilau yang menimpa seluruh dunia.

Terbaharu, melalui laporan yang dikeluarkan oleh Fortune dan dipetik oleh World Today News, Pengarah Institut Virologi Wuhan Prof. Wang Yanyi didakwa mengeluarkan arahan kepada semua barisan saintis China di makmal untuk tidak membuka mulut mengenai COVID-19.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Prof. Wang Yanyi didakwa mengirim e-mel kepada semua saintis di institut itu meminta mereka untuk tidak menyebarkan maklumat mengenai coronavirus.

Menurut jabatan itu, perincian emel yang diperoleh organisasi penyelidikan kajian awam US Right to Know (USRTK) menunjukkan Yanyi menghantar e-mel kepada semua saintis pada Januari tahun lalu.

Yanyi sebelum ini menafikan semua tuduhan mengenai wabak COVID-19 yang dikatakan dicipta di makmal dan menyebar ke manusia, di samping itu dia memberi jaminan bahawa institusi yang dikendalikannya adalah ‘100 peratus selamat’.

Jabatan Negara AS memaklumkan bahawa pendedahan mengenai e-mel itu juga ditulis oleh seorang blogger yang berpusat di Guangzhou sebelum artikel itu dihapuskan. Sejumlah makmal di Wuhan menjadi perhatian dunia setelah Covid-19 didakwa dihasilkan di salah satu makmal.

Lonjakan kes COVID-19 di Malaysia antara yang terburuk di dunia, lapor data antarabangsa. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Lonjakan Kes COVID-19 Di Malaysia Antara Yang Terburuk Di Dunia, Lapor Data Antarabangsa

Baru Sahaja Dibuka Untuk Pelancong Luar, Phuket Kembali Catat Angka Kes Tertinggi COVID-19

COVID-19 Jadi ‘Lubuk’ Kaut Untung, Syarikat Pembuat Vaksin Naikkan Harga Sehingga 25 Peratus