Kes kecurian di pasar raya bukanlah satu perkara asing yang berlaku di negara kita. Jika dahulu, barangan elektronik yang berharga menjadi sasaran utama pengunjung di pasar raya untuk mencurinya kerana ia berbaloi untuk dijual semula.

Namun kini, barangan tersebut bukan lagi jadi sasaran utama sebaliknya kes kecurian bahan-bahan makanan seperti ikan dan sayur-sayuran di pasar raya dilaporkan kian meningkat selepas kerajaan melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan kes COVID-19.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Perkara tersebut telah didedahkan oleh Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Ameer Ali Mydin semasa menjadi panel dalam sidang media khas anjuran Industries Unite (IU) iaitu gabungan 115 persatuan, institusi dan badan perdagangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia.

“Kes kecurian di pasar raya besar seperti Mydin dilaporkan meningkat, tetapi mereka ini bukannya mencuri barangan yang bernilai tinggi.

“Jika dulu, individu yang tidak bertanggungjawab datang ke pasar raya untuk curi TV dan pembesar suara untuk dijual. Sekarang ini, mereka terpaksa curi ikan kembung dan sayur-sayuran di pasar raya. Ini sangat menyedihkan,” katanya seperti dipetik laporan Malaysia Kini.

maiding24_field_image_listing_featured.variant
Sumber: Berita Harian

Dalam pada itu, Ameer juga mendakwa bahawa jualan mi segera di pasar raya besar miliknya juga laris terjual. Alasan beliau, rakyat bukannya malas hendak memasak tetapi juadah tersebut dipilih kerana ia merupakan pilihan makanan yang paling murah berikutan segelintir rakyat di negara ini yang terjejas serta hilang punca pendapatan akibat pandemik ini.

“Jualan mi segera kian meningkat. Adakah anda semua fikir orang kita malas masak? Tidak! Ia berlaku kerana orang sudah tak mampu beli makanan yang lain.

“Jadi mi segera ialah pilihan makanan yang paling murah untuk mengalas perut mereka.

“Adakah kita mahu rakyat kita mengisi perut mereka sebegini? Ini menyedihkan,” kata Ameer lagi.

Susulan itu, Ameer juga berkata bahawa pihak kerajaan perlu memainkan penting dalam mengaturkan strategi baru untuk memutuskan penularan COVID-19 di negara ini.

Dalam pada itu, satu kempen kibar bendera putih sebagai isyarat bagi rakyat yang memerlukan bantuan makanan sudah mula dilaksanakan di negara kita sejak minggu lepas. Ini sekaligus menunjukkan bahawa rakyat di negara kita sudah penat dengan kerajaan yang gagal mengekang COVID-19.

Label orang kibar bendera putih sebagai pemalas, Datuk Seri Vida undang kecaman netizen. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Label Orang Kibar Bendera Putih Sebagai Pemalas, Datuk Seri Vida Undang Kecaman Netizen

Disangka Bendera Putih, Wanita Ini Terima ‘Bantuan’ Selepas 40 Minit Jemur Kain Luar Rumah

Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai #KempenBenderaPutih?

Sumber