Baru-baru ini terdapat berita mengejutkan mengenai pelakon terkenal, Nad Zainal yang dilaporkan berada di unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Ampang Puteri kerana dipercayai jangkitan kuman di paru-paru.

Menurut sumber, pengarah popular drama, Shahrulezad atau lebih dikenali sebagai Ijat mengatakan berita Nad Zainal ini amat mengejutkannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Selain itu, Ijat juga mendapat tahu khabar berita ini dari pelakon, Ungku Ismail dari cast Cina Buta drama arahannya. Dalam pada itu, dia mendoakan agar pelakon utama Cina Buta, Nad Zainal cepat sembuh daripada penyakitnya.

Pengarah drama itu juga menyatakan kali terakhir dia melihat Nad Zainal adalah dua minggu lalu, ketika Nad melawatnya di set filem Gila Viral, dan Nad kelihatan sihat ketika itu.

Malah, Nad sempat memaklumkan dia akan berada di set SR One production, namun mereka tidak berhubung sesama sendiri selepas itu kerana kesibukan masing-masing.

Lakonan Nad dalam drama terbaharu Cina Buta arahan Ijat akan menemui penonton bermula 23 November 2022 menerusi slot megadrama di Astro Ria saluran 104.

Walau bagaimanapun, pengarah drama Cina Buta itu memuat naik foto di Instagramnya untuk memaklumkan bahawa drama baharu tersebut telah ditangguhkan dan tarikh baharu akan diumumkan kemudian.

Sementara itu, menurut pengurus kepada Sherry Al Hadad iaitu Aina Liza yang merupakan rakan baik Nad Zainal memaklumkan keadaan Nad masih stabil namun masih dipantau di ICU.