Lakonan Jake Gyllenhaal dalam Spider-Man: Far From Home (FFM) sebagai Mysterio sangat hebat dan menyebabkan peminat Spider-Man seperti tidak puas yang beliau ‘mati’ di akhir filem FFM.

Pengarah FFM, Jon Watts dalam temubual bersama pihak Slash Film telah menjawab spekulasi sama ada Mysterio akan muncul lagi atau pun tidak dalam siri filem Spider-Man.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Ianya Mysterio, siapa tahu? Tetapi pada saya, beliau memang nampak seperti sudah ‘mati’,” kata Jon kepada pihak Slash Film. Namun, Producer FFM, Eric Carroll sebelum ini telah memberi hint bahawa watak Mysterio bakal sama dengan Baron Mordo (Chiwetel Ejiofor), rakan yang bertukar musuh dalam filem Dr.Strange.

Jika anda masih ingat end credit untuk filem Homecoming, Vulture diberitahu bahawa ada sekumpulan ‘orang jahat’ lain yang boleh beliau hubungi untuk membentuk satu kumpulan yang dikenali sebagai Sinister Six. Marvel juga sebelum ini mempunyai pelan untuk menghasilkan sebuah filem khas untuk Sinister Six sebelum filem ketiga Spider-Man.

Disebabkan Mysterio merupakan salah seorang ahli tetap Sinister Six, ianya pasti hambar jika Quentin Beck mati begitu sahaja. Lagi pun tipu helah adalah kuasa Mysterio. Kemungkinan besar kematian beliau dalam FFM juga adalah fake.

Tom Holland pada ketika ini mempunyai satu sahaja lagi kontrak filem bersama Marvel dan Sony Pictures, dan ianya untuk filem ketiga Spider-Man. Tom mungkin akan memperbaharui kontraknya untuk MCU dan itu pun jika Sony Pictures memberi kebenaran. Apa pun, kami pasti akan gembira sekiranya Mysterio kembali untuk filem Spider-Man akan datang.

Sumber