Seringkali sesebuah jenama akan berbangga sekiranya sebuah filem atau drama menggunakan produk mereka kerana berjaya memperoleh pemasaran secara percuma.

Walau bagaimanapun, perkara ini mungkin sedikit berbeza buat Apple. Syarikat yang dikenali dengan penawaran telefon pintar popular iaitu iPhone ini sememangnya tidak mahu sekiranya watak jahat di dalam filem menggunakan produk keluaran mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
iphone-11-pro-review-1
Sumber: Digital Trends

Perkara ini didedahkan sendiri oleh Rian Johnson yang merupakan pengarah kepada filem Star Wars: The Last Jedi serta Knives Out. Difahamkan penggunaan produk Apple pada watak jahat bakal memberi persepsi buruk terhadap jenama ini dalam jangka masa panjang.

Lebih mengejutkan, perang psikologi mengenai penjenamaan produk melalui filem ini sudah lama diaplikasikan dimana seringkali watak baik menggunakan komputer Mac manakala watak jahat menggunakan komputer Windows. Anda boleh ikuti temu bual Rian Johnson di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.

Apple dijangka bakal memperkenalkan iPhone 9 dan iPad terbaharu pada 31 Mac ini. 

Apple iPhone 9 Dan iPad Pro Baharu Bakal Dilancarkan 31 Mac Ini

Bilionair Warren Buffett Beralih Ke iPhone Selepas Hampir Sedekad Guna Telefon Berharga RM85