Umum tahu Foodpanda merupakan sebuah servis dimana orang ramai berpeluang memesan makanan melalui aplikasi serta dihantar oleh penunggang motosikal yang berdaftar untuk menghantar makanan yang dipesan.

Servis yang mendapat sambutan ramai oleh penunggang dan pelanggan ini nampaknya bertukar kepada kejadian mogok baru-baru ini apabila Foodpanda telah memperkenalkan skim bayaran terbaru dimana para rider bakal menerima bayaran yang lebih rendah bermula 30 September 2019.

Berikutan dengan pengenalan skim terbaru, para rider telah menjalankan sebuah mogok bagi mendesak Foodpanda untuk mengembalikan skim bayaran seperti sebelum ini.

578b0a2344a8a5971efb7383dcbfbda5
Sumber: Malaysiakini

Dalam sebuah taklimat Foodpanda yang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur, Sayantan Das tampil dengan kenyataan yang membuatkan orang ramai marah dengan servis ini dengan mengatakan “Jika awak (penghantar) tidak mahu kerja, tolong berikan atau tukar awak punya syif pada penghantar lain sebab awak menjejaskan kehidupan mereka”.

Beliau turut menambah ‘Mesej yang kami berikan adalah, jika awak tidak mahu kerja, kami OK sebab mogok tidak melanggar undang-undang,’.

Berdasarkan kenyataan yang dibuat, para netizen khususnya para pelanggan berasa tidak puas hati dengan layanan yang diberikan pengarah urusan Foodpanda terhadap para rider.

Sehubungan dengan itu dilihat beberapa hashtag dan kempen boikot servis ini telah dimuat naik bagi menyarankan kepada orang ramai untuk tidak lagi menggunakan servis Foodpanda.

https://twitter.com/adamabedulah/status/1181374454896549889

https://twitter.com/khalidismath/status/1181143910791254017

Campur tangan politik

Melihat kepada mereka yang terlibat sebagai rider Foodpanda terdiri daripada anak muda, YB Syed Saddiq sebelum ini telah mengadakan sebuah himpunan yang menghimpunkan rider Foodpanda di kediaman beliau bagi membincangkan masalah yang berlaku.

Terbaru, beliau telah memuat naik sebuah tweet dengan mengatakan kenyataan yang dibuat pengarah urusan Foodpanda sebagai angkuh. Tweet beliau turut mendapat sokongan yang tinggi daripada para netizen yang berpendapat yang sama.

Diharap masalah ini bakal menemui jalan penyelesaian baik dari segi syarikat mahupun rider. Selain itu, para pengguna juga berpeluang menggunakan beberapa lagi servis daripada syarikat lain yang turut menawarkan servis penghataran makanan.

Kami kongsikan kepada anda beberapa lagi artikel yang berkaitan dengan Foodpanda. Klik pautan dibawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Old Town White Coffee Berkolaborasi Dengan Foodpanda Lancar Oldtown 2Go

‘Rider’ Foodpanda Singapura Bakal Dipenjara Kerana Serang Rakan Sekerja

Penghantar Foodpanda OKU Ini Buat Netizen Sebak

Sumber